Part 19

605 60 0
                                    

"Iqbal. Kita nak masuk dari mana?"

Tanya Hana terhendap-hendap di belakang Iqbal yang tanpa ragu-ragu mara ke depan.

"Aku dah katakan tadi, kalau nak ikut jangan banyak tanya. Cuba senyap sikit."

Kata Iqbal separuh berbisik. Hana mengetap bibir sambil menekup mulut. Kakinya melangkah berhati-hati mengikut Iqbal dari belakang.

Mereka berdua masuk dicelah-celah semak sehinggalah Iqbal berhenti tepat didepan pintu pagar kecil yang ditutup menandakan sempadan sekolahnya.

"Kau nak lumba lari dengan aku dekat padang sekolah ni? Kenapa tak buat dekat padang yang ada dekat kawasan rumah aje?"

Iqbal memandang Hana sedikit geram. Gadis itu dari awal perjalanan tadi masih tidak berhenti bertanya pelbagai soalan. Jari telunjuknya diletakkan diatas bibir tanda menyuruh Hana supaya berhenti bertanya. Tangannya terus membuka pagar dengan berhati-hati.

Kriekkk kriekkkkkkk

Bunyi halus besi karat berlaga membingitkan telinga. Sebaik sahaja pintu pagar itu terbuka, pantas Iqbal meloloskan dirinya diikut rapat oleh Hana.

Mereka berdua berjalan melepasi pondok pengawal sekolah yang berada tidak jauh dari situ menuju terus ke arah padang sekolah. Nasib mereka baik kerana pakcik jaga itu sedang asyik menghadap perlawanan bola bersama rakan sekerjanya.

"Fuhh, first aku masuk kawasan sekolah macam nak mencuri. Hahaha."

Kata Hana tergelak kecil sebaik sahaja mereka sampai ke destinasi yang dituju. Iqbal hanya tersenyum kecil lalu segera memandang sekeliling. Cahaya terang bulan purnama menyinari tanah lapang itu. Iqbal melangkah beberapa tapak dari tempat asalnya. Hana hanya memerhati. Kemudian terlihat jejakan itu membuka kedua tangannya kedepan. Matanya dipejamkan.

"Glassill aquo!"

Sebaik sahaja mentera itu dibaca, terbina satu susunan kaca lutsinar yang besar didepan Iqbal, seolah-olah cermin bagi memisahkan kawasan padang dengan bangunan kelas. Sebaik sahaja siap terbina, Iqbal berjalan menuju ke arah Hana.

"Power gila! Apa yang kau buat tadi tu?"

"Hehe. Tu supaya Pak Cik Jaga tak nampak kita. Tapi kita nampak laa dyorang. Jom. Cepat."

Kata Iqbal terus berlari ke tengah track padang. Hana pantas mengikuti jejaka itu. Iqbal banyak mengajarnya tentang kuasa yang ada pada diri Hana. Hana tidak lagi terasa dirinya seperti orang asing ataupun manusia pelik yang mempunyai kebolehan istimewa.

"Kau perhati baik-baik dulu tau. Aku buat then kau cuba. Okay?"

"Wokeh boss!"

Semangat Hana menyahut. Iqbal berdiri dibelakang garisan. Kaki kirinya dihadapan manakala kaki kanannya dibelakang dalam keadaan sedia. Mukanya kelihatan serius dan fokus memandang ke depan.

"Bukan sepatutnya tangan kau kat lantai tu ke?"

Sampuk Hana tiba-tiba. Iqbal memejamkan mata lalu mengerutkan dahinya. Menarik nafas dalam supaya sabarnya tidak hilang. Mukanya sedikit bengang kerana Hana mengganggu konsentrasinya.

"Tengok je lah. Boleh?"

Balas Iqbal tidak memandang. Hana menggangguk lalu tersenyum sumbing. Memang dia suka mempersoalkan segala apa yang Iqbal buat. Saja-saja mengusik Iqbal.

Wajah Iqbal bertukar serius semula. Matanya tepat memandang hujung garisan penamat yg berada jauh.

Swoooshhh~

Sepantas kilat Iqbal ke arah hujung garisan penamat. Tahap pecutan yang sangat menakjubkan. Hana ternganga sedikit. Pergerakan Iqbal terlalu pantas. Mana mungkin dia akan memenangi perlumbaan tersebut. Namun melihatkan Iqbal mampu berlari pecut dalam kelajuan sebegitu. Hana yakin, dia juga boleh. Dari jauh kelihatan Iqbal melambai. Menandakan giliran Hana untuk mencuba. Hana menghela nafas perlahan. Langkahnya disusun ke tempat permulaan tadi. Ditiru satu demi satu langkah Iqbal tadi. Dan kemudian, dia bersedia.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now