Part 39

163 17 1
                                    

"Lepaskan aku!"

Bunyi hentakan katil kuat memenuhi ruang bilik putih itu. Imran berkerut dahi meronta hebat minta dilepaskan. Wajahnya merona merah, hatinya panas diikat sedemikian rupa.

Bunyi bip yang sepatutnya tenang kini berbunyi pantas serta monitor yang ada bertukar merah terang menandakan jantung Imran berada dalam tekanan yang sangat kuat.

Dari luar bilik itu, Prof Irfan memandang kosong. Sudah hampir dua bulan Imran berada dalam tahanan. Namun jejak ketua mereka masih tiada. Anak-anak buahnya yang lain juga tiada apa-apa percubaan untuk menyelamatkan rakan seperjuangan mereka.

Tangan kanannya mengelus rerambut halus yang ada pada hujung dagunya. Masih memikirkan segala rancangan yang boleh dibuat oleh Prof Arhan dalam masa tersebut.

"Irfan"

Teguran Puan Aisyah mematikan lamunan Prof Irfan. Dia memandang wanita yang berdiri disebelahnya. Namun anak mata coklat terang milik Puan Aisyah memandang tepat ke arah Imran yang meronta hebat.

"We have to be ready."

Kata Aisyah mengetap bibirnya. Perasaan takut mula melingkari dalam hatinya. Irfan memandang Aisyah dengan pandangan yang meminta penjelasan lanjut tentang kata-katanya sebentar tadi.

Aisyah mengeluh perlahan sebelum matanya beralih pada Prof Irfan yang memandangnya serius.

"Arhan akan bertindak bila tiba masanya. Aku yakin dia sedang menyiapkan bala tenteranya sedang kita bercakap ni. Harapan kita hanya pada mereka berlima. Tapi Hana..."

Aisyah memberhentikan kata-katanya. Satu keluhan kecil dilepaskan sebelum dia menyambung,

"Hana, kuasa dia tak stabil."

***

Prof Asyraf menyilangkan tangannya ke dada. Badannya dipusing bagi membelakangi panel-panel mesyuarat yang ada dalam bilik itu. Bibirnya diketap rapat. Perasaan risau, kesal, marah, takut semuanya bercampur tika itu.

"Asyraf. Be real. Now we need to be ready. He will have the full power soon to strike an attack. You can't protect Hana forever."

Puan Khalida cuba mengetuk pemikiran rasional Prof Asyraf supaya kembali. Dia pening melihatkan Prof Asyraf yang cuba menolak teori yang disampaikan oleh Luna serta Dr Zahran sebentar tadi. Teori bulan merah yang akan memberikan Prof Arhan tenaga yang sangat kuat. Teori yang menyokong persembunyian serta kehilangan Prof Arhan tika itu.

"Asyraf. Let Iqbal talk to her. Dia tak boleh apa-apakan Iqbal bukan?"

Dr Azlina pula mencelah cuba memberi idea untuk rancangan yang bakal dibuat seterusnya. Namun Prof Asyraf tidak juga kembali menghadap mereka semua. Luna berkerut dahi apabila masih tiada respon dari ketua mereka itu.

"Asyraf!"

Panggil Khalida pula. Kali ini panggilan itu bernada sedikit tegas.

"She needs to die in order to end this! Bahagian mana yang kamu semua tak faham?!"

Bentak Prof Asyraf menghentam meja. Matanya berkaca, cuba menahan ombak perasaan yang sedang kuat menghentam dadanya. Masing-masing terdiam.

"Aku janji dengan nyawa aku pada Hasif, untuk aku jaga dan lindungi Hana bagi pihak dia. Dan sekarang Hana perlu mati, supaya semua ni dapat berakhir? Supaya kita semua boleh selamat? Itu saja ke rancangan yang kita ada? Itu saja ke jalan terakhir kita? Hanya bergantung pada Hana?"

Tangan kanan Prof Asyraf terus menutup mulutnya. Dia kemudian kembali membelakangkan yang lain. Dahinya berkerut seribu. Cuba untuk tidak menunjukkan empangan air mata yang hampir jatuh. Suasana sunyi terus memenuhi ruang bilik itu.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now