Part 40

162 22 1
                                    

Burung-burung gagak berterbangan lari. Iqbal pantas menoleh kebelakang. Satu bunyi letupan baru sahaja didengari. Namun datangnya dari mana, Iqbal tidak pasti. Beberapa pelajar lain yang ada turut sama menoleh. Tercari-cari dari mana bunyi letupan itu.

"Harghhhh!"

Mata Iqbal membesar tatkala mendengar suara jeritan luar biasa yang menakutkan. Lantas memaksa dia untuk berpatah balik ke arah belakang unit kelabnya semula. Beberapa oarang pelajar yang masih ada menunjuk ke arah bangunan yang meletup tadi. Debu konkrit naik meninggi memudahkan Iqbal mengesan kedudukan mereka.

"Pergi dari sini! Bangunan tu akan runtuh!"

Pekik Iqbal menghayunkan tangannya bagi menghalau pelajar-pelajar yang berhampiran sebaik sahaja dia tiba di bangunan tersebut.

BANG!

"Arghhh!" Gema bunyi tembakan tadi membuatkan seorang pelajar perempuan menjerit terkejut sambil menunduk sebelum dia dibawa pergi oleh rakannya yang turut sama ketakutan. Iqbal mendongak ke atas. Runtuhan, bunyi pekikan makhluk yang mengerikan serta satu bunyi tembakan. Apakah yang sedang berlaku diatas sana?

Iqbal terus berlari masuk ke dalam bangunan itu menuju ke arah tangga. Tanpa membuang masa, segala kekuatannya digunakan untuk mendaki anak tangga tersebut sehingga dia menemukan penghujung jalan mati akibat runtuhan tadi. Iqbal tidak mempunyai banyak pilihan lain. Mindanya ligat berfikir.

"Argh!! Johan! Lari!"

Dada Iqbal berdebar kencang saat telinganya menangkap suara cemas itu. Satu gegaran lagi terasa. Namun debaran itu lebih kepada suara Hana yang baru sahaja didengari sebentar tadi. Suara itu bukanlah satu suara yang dijangka akan berada di atas bangunan tersebut. Iqbal perlu melakukan sesuatu terlebih dahulu. Dia berdiri di hujung tebing bangunan dan akhirnya memutuskan untuk membina dinding kaca bagi menyembunyikan bangunan tersebut. Dia yakin akan ada orang lain yang boleh menjumpai mereka walauapapun yang akan terjadi nanti.

"Glassil aquo!"

Maka terbentuklah dinding kaca mengelilingi bangunan tersebut. Mengurung sekali makhluk tadi didalamnya. Iqbal jatuh melutut. Sedikit kepenatan setelah menggunakan hampir kesemua tenaganya untuk membina dinding kaca lutsinar yang besar itu. Dia sedikit mengah namun ditariknya nafas dalam supaya dia boleh meneruskan perjalanannya ke atas bangunan tersebut. Batu-batu runtuhan itu menghalang perjalanan Iqbal. Dia tahu Johan masih berada diatas bersama Hana. Untuk datang kepada mereka dan cuba berlagak normal bukan satu pilihan lagi. Kuasanya perlu digunakan bagi menyelamatkan mereka.

"Aregon!"

Satu letupan kecil memecahkan bongkah-bongkah batu yang menghalang laluan. Sekali lagi Iqbal terkejut melihat keadaan dimana batang-batang besi terpacak dalam pada lantai konkrit. Darah merah mengalir dari keluar dari celahan runtuhan lain. Hanya menampakkan kaki mangsa yang tersepit dibawahnya. Seorang lagi terbaring kaku tidak jauh dari situ dengan tangan dan kaki berada dalam keadaan yang mengerikan.

Letupan itu sedikit sebanyak mengalihkan perhatian makhluk yang mendekati Hana, Shah dan Kamal. Johan? Dimana dia? Iqbal cukup pasti yang dibawah runtuhan konkrit itu tadi bukan Johan. Iqbal memandang sekeliling. Cuba mencari kelibat Johan yang tidak kelihatan. Desiran makhluk itu mengembalikan fokus Iqbal untuk memandang ke arahnya.

"Vermoth."

Terpacul perkataan itu dari bibirnya. Ini kali kedua Iqbal berdepan dengan makhluk ini. Kali ini dia lebih kuat dari sebelumnya. Itulah makhluk yang sama yang telah membunuh ayahnya. Mujur saja persediaan buat dirinya telah diatur rapi oleh Puan Aisyah yang merupakan ibunya sendiri. Marah Iqbal mula merebak ke seluruh badan. Dendamnya pada makhluk itu telah disimpan sekian lama. Spesis makhluk itulah punca ayahnya mati serta ibunya terpaksa meninggalkan dirinya.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now