Part 1

1.9K 178 7
                                    

- November 2046 -

Sinaran matahari pagi yang redup menyapa penduduk bumi. Benarlah laporan cuaca pagi ini, musim salji sudah mula mendatang. Angin dingin lembut menyapa pipi yang kemerahan menahan sejuk. Aturan langkahnya segera dipercepatkan. Keping-keping pertama salji putih turun perlahan dari langit. Baju sejuknya ditarik rapat. Rambut hitamnya diselak ke belakang telinga. Hembusan nafasnya mula berkabus, mengundang senyuman manis dari bibir merah delima milik Hana Adriana, pelajar tahun kedua di Universiti Intelektual Prima Perdana, UIPP.

UIPP adalah sebuah universiti khas yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam bidang intelektual. Bukanlah sesuatu yg mudah untuk menjadi seorang pelajar UIPP kerana setiap kemasukan pasti ada ujian dan penilaian. Jika 100 orang yang hadir, mungkin hanya 30 orang sahaja yang lulus. Pelajar-pelajar UIPP terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan SPM, sistem pembelajaran juga tidak sama seperti yang sebelumnya. Pelajar-pelajar UIPP akan menghabiskan 5 tahun pembelajaran mereka sehingga ke tahap Ijazah Sarjana Muda. Kelas-kelas yang mereka ambil juga terpulang kepada mereka sendiri asalkan mereka boleh menghabiskan semua subjek dalam jangka masa yang ditetapkan, sebab itulah hanya yang benar-benar layak akan diambil untuk belajar di UIPP.

Langkah kaki Hana terus menuju ke arah lorong yang penuh dengan simpang ke bilik-bilik serta dewan-dewan pembelajaran. Lorong yang berdindingkan latar putih bergaris biru itu disentuh perlahan.

"Hee, sejuk!"

Omelnya tersengih sendiri lalu pantas ditarik semula tangannya. Kakinya berhenti sebaik sahaja tiba dihadapan pintu kaca hitam yg berlabelkan "C-22". Pintu kelasnya automatik dibuka sebaik sahaja kad pelajarnya di sentuh lalu di kotak keselamatan itu. Kelas itu masih tidak ramai lagi yang hadir, mungkin semuanya masih sedang golot bersiap di kolej masing-masing. Cuma kelihatan beberapa pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki bernama Iqbal Azeem yang sedang lena di mejanya. Matanya masih memandang ke arah Iqbal yang lena dibuai mimpi. Meski pun sudah setahun mereka sekelas, tidak pernah sekali pun mereka bertegur sapa. Iqbal sememangnya dingin dengan semua orang. Sentiasa menyendiri namun bijak dalam pembelajarannya. Sikapnya yang misteri itu seolah-olah dia langsung tidak ambil peduli tentang orang lain disekelilingnya. Dia juga merupakan satu-satunya pelajar yang Hana masih tidak dapat baca kata fikirannya.

Ya, disebalik kehidupan normal Hana Adriana, ada kelebihan dalam dirinya. Kebolehan membaca fikiran orang lain adalah satu kelebihan yang mengkagumkan namun pada masa yang sama menyeramkan. Hana dapat mendengar keluhan-keluhan yang lahir dari hati namun tersimpan disebalik bibir. Bukan itu saja, refleksi pantas dari Hana juga kelebihan yang amat menakjubkan. Namun ia bukanlah satu kelebihan yang boleh dibanggakan apatah lagi dihebah-hebahkan. Bahaya akan tiba jika orang tahu tentang kelebihan dirinya. Setidaknya itulah yang diberitahu oleh Pak Cik Hasyim sebagai penjaganya.

Hana meletakkan begnya diatas meja. Matanya masih memandang Iqbal yang lena. Kelihatan salji halus diatas rambut hitam pemuda itu. Hana tersenyum nipis. Dikeluarkan sekotak susu dan tablet kacanya. Seperti biasa, Hana menyemak segala email mahupun mengemaskini status laman sosialnya.

***

"Any question upon your assignment?"

Soal Miss Amal sambil mencekak pinggang. Diperhati tajam satu-persatu pelajar-pelajarnya. Kemudian pandangannya terhenti.

"Iqbal!"

Iqbal tersentak. Matanya dibuka lalu mukanya diangkat perlahan memandang ke arah Miss Amal yang sudah sedia mengangkat keningnya melihatkan Iqbal yang tertidur. Iqbal meraup lembut mukanya. Pelajar lain segera menoleh ke arah Iqbal.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now