Part 4

1K 101 0
                                    

"Dia stabil cuma jumlah tenaga yang di gunakan terlalu tinggi. But she'll be fine."

"Yeah! She's a strong girl after all."

Sayup-sayup kedengaran suara itu. Kemudian terdengar pula bunyi tapak kaki melangkah pergi. Hana terasa sakit diseluruh badannya. Matanya cuba dibuka. Kelihatan persekitaran yang seakan-akan sebuah hospital. Tangannya dicucuk jarum bagi menyalurkan cecair jernih ke dalam badannya. Hana menggagahkan dirinya untuk bangun.

"Oh, you're awake now."

Kelihatan Miss Amal berjalan santai ke arahnya. Hana pelik.

"Miss?"

"Hmm, you should rest more."

Hana diam. Dia masih memerhati kawasan sekeliling. Ketika Miss Amal memeriksa keadaannya, barulah Hana bersuara.

"Where am I?"

"Hmm? UIPP Medic Lab."

"Hah?!"

"Can you stand up? Actually there's someone who would like to see you."

Miss Amal tersenyum manis sambil membantu Hana turun dari katilnya.

***

"Iqballl!!!!"

Hana berlari ke arah Iqbal yang masih tidak sedarkan diri. Tangannya didepakan. Saat itu juga mereka berdua ditembak hebat.

Ketika debu-debu naik ke awangan. Ketiga-tiga rakan seperjuangan Iqbal mula berang. Das-das letupan dilepaskan ke arah lawan. Gadis tadi berpaling ke arah mereka kerana sangkanya Hana dan Iqbal telah berjaya dihapuskan. Namun kemudian Iqbal perlahan membuka matanya. Terlihat satu susuk didepannya.

"Hana?"

Halus suara Iqbal sayup-sayup kedengaran. Dahinya sedikit berlumuran darah. Mata Iqbal membesar saat melihat perisai kaca yang sedikit retak berwarna merah melindungi mereka berdua. Walaupun kecil namun masih kuat menahan serangan. Hana masih fokus. Dia sendiri tidak pernah mengetahui kekuatan sebenar dirinya. Tapi kali ini badannya bertindak sendiri seolah-olah tahu apa yang perlu dilakukan.

Saat tembakan lawan telah berhenti, Hana terduduk lalu perisai kaca merahnya hilang begitu sahaja. Nafas gadis itu laju kepenatan. Namun digagahkan diri Hana untuk kembali duduk dalam posisi bersedia. Kakinya ditolak kebelakang lalu pantas meluncur laju ke arah gadis yang sedang leka membalas serangan rakan-rakan seperjuangan Iqbal. Perlahan Iqbal bangun, terkejut dengan tindakan pantas Hana.

Tepat Hana sampai dibelakang gadis itu, tangannya yang bercahaya sedikit kemerahan menepuk kuat bahagian jantung yang menempatkan permata merah menyala itu. Batu Amordite dipisahkan dan berjaya dikeluarkan dari jantung gadis itu. Sebaik sahaja Hana menggenggam batu merah Amordite, gadis bermata hitam kembali normal serta terus rebah jatuh ke bumi. Begitu juga Hana yang terus tidak sedarkan diri.

"Hafiz!!"

Panggillan Iqbal melalui kuasa telepati itu pantas difahami oleh Hafiz, rakan seperjuangannya. Hafiz pantas menyambut gadis tadi sementara Iqbal pula memecut menyelamatkan Hana.

***

Punat kecil ditekan selepas kad milik Miss Amal ditekap ke kotak keselamatan. Mata Hana pula leka membaca label nama dipintu yang tertera "Proffessor Ammar Aqeem". Pintu dibuka mempamerkan ruang eksklusif bertaraf tinggi.

"Prof."

Senyum Miss Amal melangkah masuk dengan yakin. Kelihatan Proffesor Ammar sedang jauh merenung keluar jendela menoleh setelah mendengar suara dari Miss Amal sebentar tadi. Bibirnya mengukir senyuman manis sambil melangkah penuh karisma ke arah gadis kebingungan itu. Hana memandang lelaki yang berkemeja putih dikenakan pula dengan rompi biru gelap segak dengan rambut coklat kehitaman yang kemas bersikat. Untuk gelaran professor semuda itu, terasa sangatlah mustahil. Langkah lelaki itu berhenti tepat dihadapan Hana, sepasang mata hitam itu menatap wajahnya serius.

"Hana Adriana."

Bergema suara yang selalu didengari oleh Hana. Anak mata Hana terus membesar. Lelaki itu tersenyum.

"You may leave us now. Thank you."

Kata-katanya membuatkan Miss Amal mengangguk lalu terus beredar keluar. Meninggalkan Hana yang masih dalam keadaan terkejut. Professor Ammar pula langsung menuju ke arah meja kacanya.

"Duduklah, Hana. Make yourself comfortable."

Hana takut-takut menyusun tapak. Tangannya sedikit mengigil ketika menarik kerusi yang berhadapan dengan Professor Ammar.

"Hana? Awak okay tak?"

Hana cuma mengangguk, lidahnya mati untuk berbicara.

"I'm sorry if I scared you. Saya cuma nak pastikan awak orang yang saya cari selama ni. Kalau tersalah orang, bila-bila masa sahaja rahsia kita akan terbongkar."

Hana masih mendengar. Bibirnya diketap rapat.

"Hmmm, saya nak cakap mengenai kejadian malam tadi. Awak ingat ada apa-apa?"

Hana mengalihkan pandangannya. Dia cuba mengingati apa yang terjadi namun apa yang ada pada memorinya hanya detik-detik cemas lariannya untuk menyelamatkan Iqbal. Selebihnya hitam gelap.

"Hana?"

Teguran Professor Ammar mematikan imbauan Hana.

"Saya cuma ingat yang saya nak selamatkan Iqbal dari..."

"Vermoth."

"Vermoth?"

"Would you like to see what had happened?"

Hana mengangguk. Dia juga ingin tahu. Jari-jemari Professor Ammar menaip laju papan kekunci neon dimejanya. Keluar paparan video berbentuk hologram menghadap ke arah Hana. Video dari pelbagai sudut. Pertempuran 2 lelaki dan seorang perempuan yang tidak kenalinya. Kemudian terlihat pula tahap kelajuan dan kepantasan dirinya. Hana menekup mulut apabila melihat dirinya bertindak sedemikian.

"That was definitely not me!"

Hana menafikannya. Proffessor Ammar hanya memandang. Menantikan patah perkataan seterusnya.

"I need to call my dad."

Hana pantas mencari telefon bimbitnya. Professor Ammar pula datang mendekat.

"Hana, I know you can hear me. Yet we never met. I know you can hear them too. You have that special ability, Hana."

Hana terdiam.

"You know, only selected people have this specialty. You are one of them."

"One of what?"

"Dah lama kami cari remaja yang mempunyai kuasa minda. Hanya dia saja yang boleh membawa keamanan yang kekal untuk dunia dari kuasa batu Amordite."

"Batu Amordite? Jadi kenapa pula saya ada dekat sini? Umm, sini sebenarnya dekat mana? Seperti yang saya cakap sebelum ni, tu bukan saya."

"You're in UIPP Basement. If that wasn't you, my dear Hana. Why would you be here? Getting treatment from us. Having a footages of yourself fighting against the enemy. Actually Hana, I'd like to have you in my team. It is an invitation of course. But it will be great if you join us. You still have time to decide. Come, let me show you around first."

Pintu kaca itu terbuka automatik apabila Proffesor Ammar menuju ke arahnya. Hana lalu bangun dari kerusi, dia hanya mengikuti langkah professornya itu.

***

NOXIOUSWhere stories live. Discover now