Part 22

499 51 3
                                    

"Urghhh."

Lelaki itu terus melutut memegang bahunya yang basah dengan darah. Seketika kemudian satu lagi portal merah terbuka luas. Melangkah laju kaki itu menuju kearah lelaki yang cedera ini tadi.

"Awina."

"Aku dah cakap jangan berdepan dengan Arman! Tengok apa dah jadi."

Rungut Awina mengambil lengan kiri jejaka itu lalu dipautkan pada bahunya.

"Bukan Arman yang tembak aku."

"Habis tu siapa?"

"Budak perempuan yang ada dengan dia tadi."

"Azra?"

Angguk lelaki tadi sambil mengerang keras akibat kesakitan dibahunya. Awina terdiam. Bibirnya diketap bengang.

"Urgh! Kau ni beratlah! Lain kali ingat apa yang aku cakap! Arman biar aku yang selesaikan. Tugas kau cuma Iqbal dan Hafiz."

Marah Awina lagi. Mereka tiba disatu pintu kaca hitam pekat lalu Awina mengeluarkan kad untuk disentuh pada kotak keselamatan. Pintu dibuka, diteruskan langkah ke arah Medical Lab mereka.

"Eh?! Apa dah jadi?"

Soal Dr Asma Aimirah melihatkan Haziq Daniel yang cedera teruk. Segera diletakkan fail biru yang dipegang lalu membantu Awina membawa Haziq untuk duduk di meja rawatan. Jaket hoodie kepunyaan Haziq dibuka oleh Awina secara perlahan. Raut wajah kesakitan jelas terpamer dimuka jejaka itu. Baju t-shirt Haziq digunting bagi mendedahkan luka. Dr Asma segera mengambil kelengkapan rawatan kecemasan untuk Haziq lalu memulakan sesi pembersihan luka seterusnya mengeluarkan peluru yang terbenam dibahunya.

"Insane."

Sungut Awina kegeraman. Sakit hati Haziq mendengar rungutan itu. Lalu dia bersuara marah,

"I wasn't going for Arman okay?! Dia yang nampak aku. Kau ingat aku nak ke jadi macam ni?!"

"Kau boleh larilah. Bukan susah sangat pun."

"So, kau nak cakap yang aku boleh lari guna kuasa depan orang ramai termasuk Arman yang ada dekat situ dengan kau?"

"Kau dah guna pun kuasa kau depan Arman!"

"Kau ingat kau innocent sangat ke depan dia? Entah-entah dia pun dah syak something dekat kau."

"Arman tak tahu aku siapa!"

"Oh really?! I bet he knows you're up to something!!"

"Both of you! Shut up!"

Marah Dr Asma menekan luka yang ada pada Haziq. Menghentikan perbalahan kata antara mereka berdua. Awina terdiam.

"Awina. Pergi report dekat Professor Arhan. Now."

Arah Dr Asma tegas. Awina melangkah pergi dalam keadaan bengang dan sakit hati. Amarahnya membuak terhadap kembar lelakinya. Ya, Haziq Danial merupakan adik kembar pada Awina Sofea. Meskipun marah, rasa sayang itu tetap ada.

Awina tidak semena bimbang. Haziq pasti akan dihukum. Kakinya mematikan langkah marah tadi yang kini berada tepat dikoridor menuju ke pejabat Professor Arhan. Nafasnya ditarik dalam-dalam supaya bertenang. Dia tidak mahu melihat Haziq dihukum sedemikian rupa hanya kerana dia seorang lelaki. Awina membuat keputusan untuk berlalu pergi. Dia akan cari jalan supaya luka Haziq boleh disorokkan.

***

"Ya, siasat siapa pelajar lelaki itu."

Arah Professor Ammar bercakap melalui telefon. Ganggang diletakkan. Matanya kembali memandang 4 sekawan yang berada dihadapannya.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now