Part 37

150 16 4
                                    

Hana terus meluru berlari keluar mendapatkan Iqbal dan Arman yang terlalu buas menyerang lawan mereka sehingga tidak nampak bahaya sebenar yang menanti di sebalik perisai Prof Arhan. Mereka semua akan mati jika perisai pelindung tidak sempat dibuka. Dia tidak mahu menambah angka kematian yang sedia ada. Hana pantas mendepakan tangan bagi membuka perisai kaca merah miliknya. Iqbal terkejut dengan Hana yang tiba-tiba berlari keluar sewaktu Arman membuat tembakan. Keadaan yang bingit dengan bunyi tembakan bertukar perlahan pada mata Iqbal. Kemudian bilah-bilah hexagon kaca perisai merah milik Hana mula bertebaran membentuk satu lagi dinding baru memaksa Arman terus berundur ke belakang.

"Hana!"

Jerit Iqbal menghulurkan tangan, cuba menarik gadis itu.

"Reaharis."

Ucap Amirul setelah Prof Arhan melenyapkan perisai kaca tadi sekaligus membebaskan beribu jarum halus yang telah disediakan olehnya. Amirul tersenyum sinis sebelum dia berlari mengikut laluan yang sama dilalui oleh Prof Arhan tadi. Meski hatinya begitu teringin melihat kesudahan serangan padu itu, dia terpaksa membelakangkan perasaannya. Dia perlu melarikan diri.

***

Debu naik memenuhi ruang udara. Iqbal mula membuka matanya perlahan bagi melihat apa yang sebenarnya telah terjadi. Kesan calar yang dalam jelas kelihatan dimerata tempat. Mujur saja kaca kristal merah sempat dibuka bagi melindungi Iqbal dan Arman.

"Hana!"

Panggil Iqbal sebelum Hana jatuh terduduk lalu menoleh perlahan ke arahnya dengan senyuman lega. Pelindungnya perlahan menghilang. Arman menolak kepingan besi yang menghempap dirinya lalu cuba untuk bangun. Iqbal pula pantas mendapatkan gadis yang terduduk keletihan. Hana menunduk sebaik sahaja Iqbal tiba tepat dihadapannya.

"Hana? Kau okay?"

Hana mengangguk perlahan. Namun dia tidak memandang ke arah Iqbal. Lega hati jejaka itu saat Hana menjawab pertanyaannya. Matanya lantas melilau mencari Arman pula.

"Arman! Kau okay tak?"

Jerit Iqbal dengan mata mencari kelibat Arman kerana dia tidak dapat melihat dengan jelas dek debu yang tebal masih memenuhi ruang tersebut. Bunyi besi ditolak ke tepi membuatkan mata Iqbal menangkap pergerakan tersebut lalu segera mendapatkan Arman yang masih tersepit dicelahan runtuhan konkrit. Diangkat besi berat itu supaya Arman boleh mengeluarkan dirinya.

"Mana Hana?"

Tanya Arman mencari Hana sebaik sahaja kaki kirinya berjaya ditarik keluar. Iqbal pantas menoleh kebelakang semula. Dahinya berkerut seribu. Setahunya sebentar tadi Hana ada duduk merehatkan diri tetapi kini dia menghilang. Iqbal bangun bagi melihat tempat Hana terduduk tadi, anak matanya membesar tatkala menemui Hana dalam keadaan terbaring kaku. Mereka berdua dengan pantas kembali mendapatkan Hana yang rebah tidak sedarkan diri. Kelihatan darah merah keluar mengalir dari hidungnya.

"No. No. Hana? Bangun!"

Kejut Iqbal sambil 2 jarinya merasai nadi yang tersangat lemah pada leher gadis itu.

"Kita perlu keluar dari sini."

Kata Arman juga risau dengan keadaan Hana yang tidak memberi sebarang reaksi. Maka Iqbal dengan segera mengangkat Hana sebelum mereka berdua melangkah keluar dari tempat itu.

***

Pintu besi yang berhabuk itu dibuka luas setelah pengesahan biometrik dilakukan. Mereka menyusup masuk ke tempat persembunyian terakhir itu.

Prof Arhan kemudiannya mengambil tempat pada sofa lama yang tersedia ada. Tangan kanannya diletakkan pada dagunya yang kasar dengan rerambut sedikit. Fikirannya masih tidak dapat dilarikan dari memikirkan tentang serang balas tadi.

NOXIOUSWhere stories live. Discover now