Part 21

525 53 4
                                    

"I will kill you again, Iqbal."

Ucap Hana merenung tajam ke arah jejaka itu. Saling berbalas pandangan. Mereka semua tahu yang itu bukan Hana yang sebenar. Professor Irfan sengaja mengujinya hingga salah satu Hana keluar menemui mereka.

Namun dari sisi Hana, kelihatan Iqbal mengatakan sesuatu melalui gerak bibirnya. Reaksi wajah Iqbal yang lembut dengan sedikit senyuman. Hana terpempan. Mata merah gadis yang marak dengan api dendam itu perlahan kembali ke warna asalnya lalu dia rebah kepenatan.

Pintu dibuka, Professor Asyraf segera berlari ke arah Hana yang sudah terbaring lesu. Azra menoleh melihat Iqbal yang masih tunduk memandang lantai setelah mengucapkan kata-kata itu tadi.

"Iqbal?"

Tangan Azra menyentuh bahu lelaki itu. Iqbal memandang dan hanya tersenyum kelat lalu menyusun tapak untuk berlalu pergi dari situ. Hafiz memilih untuk mengikuti langkah Iqbal. Manakala Arman kekal bersama Azra melihat Hana diangkat lalu diusung pergi oleh paramedik.

***

Malam itu pekat seperti biasa. Cuaca sejuk masih menggigit hingga ke tulang. Iqbal menyarungkan kasut luncur aisnya lalu diikat kemas. Gelanggang hoki ais UIPP penuh dengan ahli pasukannya yang lain.

Takk takkk

Bunyi kuat ketukan cermin gelanggang membuatkan Iqbal mendongak ke atas melihat Hafiz yang melambai supaya Iqbal segera masuk ke dalam ice rink. Pantas dia mencapai kayu hokinya lalu masuk meluncur ke tengah gelanggang. Jurulatih skuad "Crescent Knights" memandang anak-anak buahnya lalu bersuara nyaring,

"Dalam masa 2 minggu, kita akan ada perlawanan persahabatan dengan High-Tech University. Pada game yang lepas, kita dah menang. Jadi saya nak siapa jadi pemain simpanan akan jadi pemain utama untuk game kali ini. Dan saya akan pilih siapa pula jadi pemain simpanan. Faham?!"

"Faham coach!"

Serentak mereka bersuara, bergema segenap ruang gelanggang bertutup itu. Masing-masing memulakan sesi latihan mereka. Iqbal meluncur laju dicelahan kon yang tersusun lurus. Mindanya fokus dengan latihan hoki dan berharap untuk bermain pada perlawanan kali ini. Di UIPP, pemain simpanan bukan pemain biasa.

Meskipun hanya bergelar simpanan, kebolehan mereka setaraf dengan pemain utama, ini kerana jurulatih mereka tidak mengutamakan kalah atau menang sesuatu perlawanan, tetapi kemahiran dalam setiap pemain itu lebih penting.

Hafiz pula gigih berlatih demi posisi "Power Forward". Kekuatan tangannya seringkali menjaringkan gol bagi pasukan Crescent Knight pada semester lalu. Namun dijadikan pemain simpanan kerana ingin memberi peluang kepada pelajar junior untuk meningkatkan skill mereka.

Disuatu sudut luar gelanggang ais, seorang pelajar duduk memandang ke arah mereka. Wajahnya tersorok disebalik jaket hood tebal berwarna coklat kehitaman. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Octovio Eribile."

Satu garisan merah neon laju menular ke segenap ruang dome, secara terus menghilangkan pemain-pemain yang masih dalam sesi latihan. Hafiz dan Iqbal terkejut melihatkan situasi itu. Setahu mereka, hanya Arman yang boleh membuka Time Circle. Tetapi mereka yakin ini bukan kerja Arman, Jadi siapa pula yang mengaktifkan bulatan masa ini?

Seketika kemudian, garisan merah itu muncul semula. Mengembalikan pemain-pemain lain dalam keadaan seperti sediakala. Hafiz pantas menghentikan latihannya lalu segera meluncur ke arah Iqbal yang masih terkaku dengan apa yang terjadi tadi.

"Iqbal. Kau okay tak?"

Iqbal hanya mengangguk.

"Okay, habis latihan kita laporkan kat HQ."

NOXIOUSWhere stories live. Discover now