Bunyi bising jatuhan besi membuatkan Haziq menoleh ke arah pintu yang bertutup rapat. Serta merta nalurinya menyuruh supaya dia lebih berjaga-jaga.
"Go! Go! Go!"
Arah Kapten Rashid mengerah anak-anak buahnya yang bersembunyi diluar markas tadi untuk mara ke depan.
Boom!!
Letupan besar terjadi menyebabkan askar-askar yang mara tadi melambung tinggi ke belakang. Kapten Rashid terpempan. Jika letupan berlaku sekarang dan bukan pada ketika Iqbal dan Arman melintasi, maka pihak musuh pasti telah mengetahuinya terlebih dahulu. Api marak menjulang tinggi, menghentikan langkah anggota yang lain.
Kapten Rashid mengarahkan anak-anak buahnya berundur. Dia tidak mahu lebih ramai lagi yang terkorban dalam situasi ini. Jeritan anggota yang mati terbakar amat memilukan.
Namun beberapa minit kemudian, tidak jauh dari situ sambaran petir kuat menampar lantai bumi. Tiada awan hitam, tiada angin hujan. Tiba-tiba petir menyambar.
***
Awina segera berlari masuk ke dalam bilik kawalan setelah letupan tersebut terjadi. Mulutnya menganga melihat monitor-monitor yang memaparkan imej-imej seperti medan perang.
"Mana Haziq?"
Cemas Awina bertanya. Staf yang berada disitu segera memainkan jarinya diatas papan kekunci. Mencari cctv yang menunjukkan wajah Haziq.
"Kamera 5! Dekat mana tu?"
"Bilik Dr Asma."
Sebaik sahaja pertanyaannya dijawab, susuk Haziq dilihat pergi meninggalkan bilik itu. Awina mengetap bibir lantas meninggalkan tempat tersebut.
***
Perisai kaca Arman semakin meretak. Dia perlu melarikan diri tanpa membelah badannya sendiri. Mindanya ligat berfikir sementara Iqbal masih berjaya mengalihkan perhatian Prof Arhan.
Pistol neon ditangan kanannya berubah bentuk, lantas diacukan pada dinding langit. Tembakan dibuat bersama tali kabel yang meluncur keluar. Arman ditarik naik ke atas sambil tangan kiri melepaskan perisai hijaunya, memunculkan semula pistol neon tadi lalu menembak ke arah lelaki itu.
Iqbal dengan segera menghayunkan kedua bilah pedangnya lalu terlerailah cengkaman besi di tangan Hana. Prof Arhan melonjak ke belakang, agak meluat dengan cara kerjasama mereka berdua. Tekanan kuasa kilat Prof Arhan terhadap Arman tadi membuat satu letupan kuat serta kesan lubang yang besar. Arman segera ke arah Iqbal yang cuba memapah Hana untuk bangun.
Tiba-tiba jarum-jarum merah muncul dari belakang Prof Arhan, menyerang laju ke arah mereka. Segera mereka bertiga melarikan diri lalu bersembunyi disebalik bongkah-bongkah meja besi. Arman dan Iqbal saling berpandangan. Salah seorang dari anak buah Prof Arhan telah tiba.
"How do we get out from here?"
Tanya Arman kepada pejabat utama. Soalan Arman melajukan jari jemari pakar intelek yang berusaha menganalisa bangunan tersebut.
"Can you run?"
Iqbal melihat Hana yang masih mencungap mencari nafas. Hana mengangguk. Dia cuba menenangkan dirinya.
"Cuma ada 1 pintu untuk keluar dan masuk."
Kata-kata dari staf yang handal disebalik papan kekunci mengundang resah Prof Ammar. Masing-masing terdiam berat.
Namun kemudian semuanya gelap. Monitor-monitor yang memantau pergerakan Arman dan Iqbal juga bertukar hitam.
"Kenapa ni? Apa jadi?"
Desak Prof Irfan ingin mengetahui punca.
"Bekalan kuasa mereka terputus."
***
"Hafiz, kau ni biar betul."
Azra resah melihat keadaan sekeliling. Bimbang jika ada sesiapa yang ternampak akan perbuatan mereka berdua. Hafiz tersenyum simpul. Masih giat mengeluarkan sejumlah wayar pelbagai warna.
Boommm!!
Bunyi letupan bergema kuat. Azra dan Hafiz tersentak. Sayup-sayup juga kedengaran jeritan suara raungan. Hafiz mempercepatkan kegiatannya.
"Hafiz. We need to go save them! Now!"
"Tunggu. Perangkap mesti ada lagi tu. Ergh! Mana satu yang aku pernah belajar haritu."
Sungut Hafiz serabut dengan wayar. Azra makin resah.
"Hafiz! Cepat lah."
Hafiz lantas melepaskan segala wayar2 tadi. Dia bangun lalu menarik Azra melangkah pergi bersamanya.
"Eh, nak pergi mana? Bukan ke nak selamatkan Arman semua tu."
Hafiz tidak menjawab.
"Okay. Stay here!"
Azra tercengang melihat Hafiz yang mengarahnya sebegitu. Namun dia cuma diam. Ingin melihat inisiatif apakah yang diambil oleh Hafiz.
Remaja lelaki itu terus berlalu dan berhenti lebih kurang 5 tapak dari Azra. Dia berdiri tegak. Matanya dipejamkan cuba untuk fokus. Kedua tangannya diangkat.
"Goradius Halt!"
Tangannya dilibas ke bawah. Namun tiada apa-apa yang terjadi. Hafiz mengherotkan bibirnya. Dia lantas mendongak langit yang masih terang.
"Tak jadi pula. Hmm."
Dia menunduk. Cuba memikirkan cara lain. Tetapi seketika kemudian kedengaran bunyi guruh sayup-sayup dari jauh. Hafiz tersengih semula, dia kembali berdiri tegak cuba untuk fokus kali kedua. Azra mendongak langit, Hafiz sedang cuba memanggil petir kering yang bervoltan tinggi.
"Goradius Halt!!"
Jerit Hafiz serentak menurunkan petir tersebut lalu meletupkan bekalan kuasa yang tersebut. Menjadikan markas Prof Arhan gelap gelita.
***
YOU ARE READING
NOXIOUS
Fantasy[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragu...