"Excuse me. Dik. Bangun."
Suara garau seorang lelaki mengejutkan Hana bangun dari tidur. Matanya terkelip-kelip menahan cahaya matahari petang yang menusuk terus ke matanya.
"Awak okay tak? Dari tadi awak tidur dekat sini. Risau saya."
Kata lelaki yang memakai tag berjawatan pegawai perpustakaan itu dengan riak wajah yang sedikit bimbang.
"Ummm. Dah berapa lama saya tertidur dekat sini?"
Tanya Hana meraup halus wajahnya yang sedikit sembap.
"Saya pun tak pasti. Tapi dah beberapa kali saya ulang-alik dari pkul 2 tadi sampai sekarang, awak tak bangun-bangun. Awak okay tak ni?"
Mata Hana melirik ke arah jam besar diperpustakaan itu. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 6:15 petang. Lama betul Hana tertidur.
"Saya okay. Maaf buat tuan risau."
Pegawai tadi hanya menganggukkan kepalanya lalu berlalu pergi. Hana pula cuba memikirkan penyebab dia tertidur diperpustakaan itu sambil bangun lalu melangkah pulang ke kolejnya.
"Assalamualaikum."
Pintu bilik Hana dibuka. Kelihatan Awina sedang duduk belajar dimejanya. Rakan sebiliknya menghadiahkan reaksi pelik disusuli soalan yang makin membingungkan Hana.
"Eh?! Kata balik lambat hari ni?"
"Balik lambat kenapa ye?"
"Kau kata ada assignment urgent nak kena siap. Tengahari tadi kau ada cakap dengan aku. Lupa dah?"
"Hmmm. Entahlah Wina. Aku tengah sakit kepala ni. Tak tahu kenapa. Aku na tidur sekejap. Nanti kalau kau keluar, kejutkan aku ye?"
"Iyelah. Nanti aku kejut. Kau nak ubat tak?"
"Tak. Tak pe. Aku nak tidur je."
Awina mengangguk. Hana naik ke katilnya lalu baring seselesa yang boleh. Matanya dipejamkan. Cuba untuk tidur semula.
***
"Hana!"
Panggil mesra dari seorang lelaki sayup-sayup kedengaran. Hana kenal suara itu. Matanya melilau mencari sekitar taman yang dipenuhi pelbagai jenis bunga itu.
"Papa?"
Dari kejauhan Hana terpandang ayahnya yang membuka depa tangannya. Seorang gadis kecil gigih berlari menyambut pelukan si ayah. Hana tersentuh melihat memorinya semula.
"Wanna see some magic?"
Ayahnya bersuara sambil memegang sekuntum bunga yang masih belum mekar. Hana kecil mengangguk teruja.
Ayahnya tersenyum lembut. Diambil tangan kecil Hana lalu dibawa bersama tangan sasanya menggenggam bunga itu."Pegang ni."
Hana kecil tertawa riang mendengar arahan ayahnya.
"Okay. Dah."
Hana kecil teruja dengan aksi ayahnya. Matanya membesar tatkala melihat bunga yang juga memekar saat tangan ayahnya memegang tangannya.
"Haha! Nak lagi! Nak lagi!"
Desak Hana kecil melompat-lompat gembira. Si ayah pula hanya tersenyum lembut.
"Come here."
Hana kecil duduk di atas riba ayahnya yang menghulurkan kuntuman bunga lain.
"Satu hari nanti Hana kena cuba kawal kuasa Hana. Itu satu-satunya cara untuk Hana selamat. Papa nak Hana kuat. Hana kena yakin dengan diri Hana. Okay sayang?"
YOU ARE READING
NOXIOUS
Fantasy[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemunculan permata merah yang amat jarang ditemui bersama berlian hitam mengubah sejarah arkeologis dunia. Namun setelah kejadian pahit yang meragu...