Chapter 1: Lelaki Pendiam

77 25 58
                                    

Masa Kini...

Secangkir teh dihirup. Manis rasanya. Ia menyegarkan badan ini untuk kekal celik di waktu pagi. Sementara menunggu waktu untuk menyiapkan sarapan, sebuah buku dicapai di atas meja, saya mahu membaca.

Tubuh ini disandarkan pada sofa, dengan lafaz bismillah, saya membuka helaian buku itu lalu membacanya.

Zaman persekolahan. Segalanya bermula dari sini. Pelbagai onak duri ditempuhi oleh kami sekawan sebelum menjengah ke alam dewasa.

Orang selalu berkata, semasa bersekolah tak usahlah bercinta. Bagi mereka percintaan itu tidak akan berkekalan selamanya. Cinta monyet kata mereka.

Namun begitu, tidak bagi pendapat aku. Kalau benarlah cinta itu tidak akan kekal selamanya, mengapa aku masih lagi mencintai dirinya?

Apa itu cinta? Bagi aku cinta itu hanyalah perasaan kasih yang lahir dalam diri kita terhadap seseorang. Adakalanya kita cintakan keluarga, dan kadang kita cinta akan seorang insan, dia yang istimewa bagi, dia yang kita sayang selamanya.

Meskipun begitu, aku tetap beranggapan yang cinta itu merupakan fitrah yang sememangnya telah wujud dalam hati manusia sejak lahir.

Kalau cinta monyet itu berkekalan, tidakkah itu bermaksud itu takdir mereka?

Aku sendiri tidak tahu. Cumanya apa yang pasti, hati aku hanya ada seorang. Pasti satu dan tiadanya dua.

Disebabkan itulah, dalam cerita ini aku akan menceritakan kisah cinta mengenai aku, bersama seorang perempuan yang begitu istimewa. Cerita ini ditulis hanya untukmu, Inas. Kerana engkau yang teristimewa bagiku. Cinta hati aku yang pertama.

Itulah salah satu bait yang tertulis di dalam sebuah novel bertajuk Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu, hasil karya Fahim.

Saya hanya mampu tersenyum.

Mengapa tersenyum?

Kerana sayalah wanita yang dimaksudkan oleh penulis tersebut.

Ya, sayalah Inas. Heroin dalam novel Aku berjanji akan kembali untukmu.

Dan itulah sebab mengapa saya begitu menyukai novel ini. Tiap kali membaca, pasti saya akan teringat tentang zaman persekolahan saya yang terjadi lebih kurang 28 tahun lalu. Benar, saya sudah pun tua. Tahun ini pun usia sudah hampir memasuki 44 tahun.

Kalau hendak tahu buku ini sudah beberapa kali dikhatamkan. Anda fikir ia mengarut, bukan? Wanita yang hampir separuh umur seperti saya hendak mengenang kisah ketika zaman remaja.

Percayalah, manusia seperti saya ini wujud. Kalau tidak disebabkan buku ini, pasti kenangan semasa sekolah tidak akan selalu bermain dalam fikiran.

Saya melihat jam di dinding.

"Oh, dah nak pukul 7 pagi ya," getus hati ini. Maklumlah, hendak membuat sarapan untuk keluarga.

Lantaran itu, saya bangun dari sofa lalu meletakkan novel itu kembali di atas meja. Ada tugas yang lebih penting, iaitu menyiapkan sarapan untuk anak-anak.

Sebaik tiba di dapur, terlihatlah akan pembantu rumah saya. Dia juga baru sahaja hendak memasak sarapan pagi kami. Kak Jemah namanya.

"Selamat pagi, Kak Jemah," ucap saya riang.

"Selamat pagi, puan," balas pula Kak Jemah dengan senyuman.

"Pagi ni kita nak masak apa ni Kak Jemah?" Saya meminta idea untuk sarapan pagi kami.

"Mungkin roti bakar je Puan. Lagipun itu je yang budak-budak ni makan sampai habis," Kak Jemah memberi idea. Saya mengangguk faham, malah setuju dengan cadangan itu.

[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)Where stories live. Discover now