Di ruang tamu sebuah rumah, Rafie yang sedang duduk di atas sofa hanya termenung. Dia berkira-kira. Menanti waktu untuk menghantar mesej kepada Si pencuri hatinya, Inas.
Kerap kali dia melihat telefon. Kerap kali juga dia melihat jam. Sampaikan tindakannya itu disedari Mak Ngah, ibu saudaranya.
"Hai, Rafie! Dari tadi kamu asyik tengok je telefon tu. Tengah tunggu mesej awek ke?" tegur Mak Ngah. Rafie mendengus lalu tersenyum.
"Mana ada Mak Ngah. Rafie cuma tengok jam dekat handphone ni," jawabnya.
Skrin telefon ditutup. Wajahnya mula tertumpu pada Mak Ngah.
Walaupun dia cuba berdalih, tetapi Mak ngahnya itu tahu yang dia menipu.
"Ya ke ni? Kalau tengok jam, takkanlah sampai berkali-kali kamu renung telefon tu. Ni mesti ada simpan sesuatu ni."
Bibir Rafie dikatup rapat. Hanya sengihan sahaja yang mampu dia beri.
"Ada lah, rahsia."
Yusri yang duduk pada sofa yang berlainan memandang mereka berdua. Dia sudah tersengih. Inilah masa untuk kenakan Rafie.
"Saya tahu apa sebab dia." Yusri menyampuk perbualan.
"Kalau Mak Ngah nak tahu, Rafie ni ada rapat dengan seorang perempuan tau dekat sekolah. Orangnya cantik dan comel, Mak Ngah." Kata-kata Yusri itu membuat Mak Ngah terlopong.
"Oi! Yush." Segera Rafie mematahkan ayat Yusri.
Akan tetapi, segalanya sudah terlambat.
"Oooh... patutlah berahsia. Fasal awek rupanya," ujar Mak Ngah meleret. Tiba-tiba sahaja wajah Mak Ngah berubah teruja.
"Iya! Siapa nama dia? Ada gambar tak?" soal Mak Ngah. Dia berpenasaran. Dengan pantas Yusri berlari ke arah Mak Ngah. Dia siap membawa telefon lagi. Rafie pula sudah terkedu. Habislah dia, terbongkarlah rahsianya di hadapan Mak Ngah.
Gambar Inas ditunjukkan pada wanita itu. Terus Mak Ngah berubah takjub hingga terambil telefon Yusri. Tidak dia sangka anak saudaranya ini mempunyai hati akan gadis secantik ini.
"Tapi mak ngah, Diorang ni kawan je." nyata Yusri sambi menggeleng.
"Eh, kawan je ke. Ceh! Ingatkan awek. Baru nak gembira." keluh wanita berumur separuh abad itu. Telefon itu dikembalikan kepada Yusri.
"Macam kecewa je mak ngah," soal Yusri.
"Kecewalah Yusri oi! Cuba kamu perhati muka dia, Yusri. Muka boleh tahan handsome, tapi seorang perempuan pun tak sangkut. Bukan mak cik seorang je yang hairan, anak-anak mak cik pun sama juga."
Secara tak sengaja Yusri menggetus ketawa lalu dikuti Mak Ngah. Rafie hanya berdiam diri. Tidak dia sangka Mak Ngah juga turut mengusik dirinya. Ini tidak boleh jadi. Dia harus menukar menukar topik.
YOU ARE READING
[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)
RomanceCerita penuh untuk Short Story-Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu. Credit cover by @peanurts- "Orang selalu berkata, semasa bersekolah tak usahlah bercinta kerana bagi mereka percintaan itu tidak akan berkekalan selamanya. Cinta monyet kata mereka. N...