Chapter 7: Kita Berkawan

16 5 10
                                    

Bahangnya hari, hingga terasa di dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bahangnya hari, hingga terasa di dalam rumah. Sudahlah panas, berpeluh pula. Nasib Rafie ada memasang kipas meja, beranginlah sedikit tubuh ini.

Saya mengusap peluh di dahi. Seketika itu, saya memperbetulkan juga kaki yang sedang duduk bersila. Lenguhnya tidak boleh bawa bincang. Hampir menganggu fokus untuk mencari idea.

"Rafie, Inas, mak cik nak ke rumah sekejap tau. Tak lama pun." Datang seorang wanita yang berada dalam lingkungan 40-an. Dialah Mak Cik Lina, jiran kepada Rafie, dialah yang bertanggungjawab memantau kami.

Saya dan Rafie mengiyakan sahaja. Terlalu fokus memerah idea untuk tugasan kami.

Sebaik Mak Cik Lina keluar, saya kembali menelaah buku yang berada di atas meja lipat. Meja yang menjadi medan untuk kami berbincang.

Iky yang berada di sebelah abangnya, sudah mula tersengguk-sengguk. Tidak lama selepas itu, dia merebahkan kepala di atas meja lalu tertidur. Penat agaknya.

Ia kedengaran tenang bukan? Malangnya ketenangan itu tidak kekal lama. Ada satu perkara yang tidak terduga telah berlaku.

Tangan saya dibukukan. Dahi pula berkerut lalu disertakan muka geram.

"Tak! Aku tolaknya seratus peratus!" tegas Rafie sungguh.

"Hah? Kenapa pula?"

"Cara kau tu susahlah. Cubalah bagi cara yang senang sikit," tegas Rafie. Itulah masalah kami sekarang. Disebabkan perbezaan pendapat, perbalahan antara kami mula tercetus.

"Susah sangat ke contoh yang saya bagi ni? Saya tengok macam tak susah pun." Saya mempertahankan kenyataan saya. Pantang saya menyerah tanpa alasan kukuh.

"Ya, susah sangat." Rafie masih berkeras. Tidaklah saya jangka bahawa egonya tinggi sebegini.

"Tapi saya buat ni sebab nak terangkan dengan detail. Takkanlah tak boleh?"

"Inas, waktu kau sekolah rendah, kau belajar tambah tolak atau kau terus belajar algebra? Cuba jawab soalan aku." Saya terdiam, sama sekali tersentak. Saya tahu apa yang dia cuba maksudkan.

"Tengok kau sendiri faham kan maksud aku. Kalau kita nak terangkan sesuatu kenalah ada asasnya terlebih dahulu. Ya, aku tahu kau nak terangkan dengan detail, tapi nanti kalau orang lain tak faham macam mana? Objektif kita nak bagi orang senang faham." Dia menasihati saya, namun nadanya kedengaran sinis.

"Tapi kalau simple sangat orang lain tak akan faham juga. Kan lebih elok kalau kita terangkan lagi?" Saya memberi cadangan. Namun cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Rafie.

"Tak! Aku tetap tak setuju!"

Bibir saya diketam kuat. Nak sahaja saya lepuk kepalanya. "Ish, Susahlah macam ni! Awak ni asyik tak terima je pandangan saya. Kalau saya buat dengan Rina, mesti dia setuju je. Beza sangat dengan awak, semua benda tak kena." Luahan rasa hati ini membuat jiwa lelaki ini tersentak.

[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)Where stories live. Discover now