Chapter 2: Curiga

44 15 20
                                    

28 tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

28 tahun yang lalu...

Suasana di kantin sekolah yang riuh rendah pasti akan mengamit kenangan seseorang untuk mengingati waktu zaman persekolahan.

Setiap kali saya terserempak dengan Rafie, pasti mata ini tidak henti-henti dari memandang wajahnya. Bukanlah kerana mempunyai perasaan terhadap jejaka itu, tetapi diri ini berasa curiga, sungguh menghairankan, perasaan takut akan lelaki langsung tidak diaplikasikan saat berhadapan dengannya.

Pada waktu itulah saya mula sedar, ada matlamat yang ingin saya capai. Saya hendak cuba berkawan dengan Rafie. Mungkin dia mampu bantu saya untuk atasi ketakutan ini, tambahan pula dia sendiri tidak mempunyai kawan.

"Huargghh! Seronoknya bila exam dah habis, kan korang? Bolehlah Rina mulakan balik latihan olahraga macam biasa," gumam Rina sambil menggeliat badannya. Sekarang ini waktu rehat, jadi inilah waktu untuk kami mengalas perut.

"Rina ni, tak habis-habis fikir fasal olahraga. Kadang Inas risau tau dengan prestasi pelajaran Rina. Kalau awak gagal dalam exam tu nanti macam mana?" Sempat saya menepuk perlahan bahunya.

"Hehehe... itu jangan risau, Inas. Aku ni mana pernah gagal dalam exam. Lagipun olahraga ni passion aku. Betul tak Mei?" Rina meminta pendapat kepada rakan kami yang seorang lagi. Dialah Mei, gadis berbangsa cina yang fasih berbahasa melayu.

Mei hanya mengangguk seperti malas melayan. Tambah pula dia sedang khusyuk menelan santapannya.

"Tengok, Inas. Mei pun setuju dengan aku. Kau seorang je yang risau."

"Ehem! Mana ada ma. I pun risau juga, cumanya I masih percayakan kebolehan you, Rina. Lagipun I dah banyak bantu you lorh." Pantas Mei menegur, dia tidak mahu anggukannya tadi disalah erti oleh Rina.

"Okey, okey. Terima kasih sebab percayakan aku."

Sewaktu rakan-rakan saya ini bersembang, mata saya terpandang pada Rafie yang sedang duduk berseorangan di sebuah bangku. Seperti biasa wajahnya muram, bagai tidak berperasaan.

Melihatkan diri dia menyendiri, timbullah sekelumit rasa kasihan dalam diri ini. Rafie yang saya kenal suatu ketika dahulu, tidak sama dengan dirinya yang sekarang.

"Inas! Inas! Inas!" Panggilan Rina itu berjaya memecahkan lamunan ini.

"Ah! Eh! Urmmm... aha iya?" Gelabah saya untuk memahami akan apa yang telah terjadi sekarang ini.

"Awak nak ikut kitaorang  tak nanti?" tanya Rina.

Saya terpinga-pinga. Apa yang dibualkan mereka tadi? Ikut ke mana?

Rina sudah mengerut dahi. "Awak dengar ke tak perbualan kami tadi?"

"Maaf, Rina. Inas tak dengar tadi."

"Ish, kau ni! Boleh pula tak dengar. Aku dan Mei cadang nak pergi shopping complex petang nanti. Kau nak ikut tak?"

Terangguk-angguk saya. Barulah faham mengapa dia mengajak saya tadi. "Owwhh! Aha, boleh je. Lagipun exam kan dah habis."

[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)Where stories live. Discover now