"Huwaaa! Sedihnya kena tinggal seorang diri." Rina bersungut. Dagunya ditongkat malas di atas pahanya. Jelas dia berasa jengkel.
Setelah mendengar rungutannya itu, Irwan memandang hairan. Dia yang tidak mahu ikut, tiba-tiba dia yang merungut.
"Eleh, seorang konon. Habis tu, kitaorang ni apa? Tunggul?" Irwan mencelah.
"Diamlah kau! Kau kan lelaki. Aku ni perempuan, mana boleh masuk dengan korang," tegas gadis kasar ini lalu memalingkan muka.
"Ya, ya je perempuan. Perangai kau tak macam perempuan pun." Begitu selamba Irwan berseloroh. Bagi mencurah minyak ke dalam api. Serta merta baran Rina menaik.
"Oi! Kasar pulak kau ya. Aku pukul kang!" Tangannya sudah terangkat untuk memukul.
Takutnya Irwan sampai menutup mukanya, risau dipukul oleh gadis berperangai kasar ini.
"Uish! Janganlah. Kau ni... aku gurau sikit dah nak marah," rungut Irwan pula.
Yusri menyengih sahaja melihat kerenah mereka berdua itu. Setiap kali berjumpa, setiap itulah mereka akan bergaduh. Langsung dia menyampuk perbualan mereka.
"Korang. Janganlah gaduh-gaduh. Karang terkahwin nanti, macam mana?"
Rina tergelak kecil. "Kahwin? Dengan dia ni? Tolonglah. Buat lawak pun hambar," sindir gadis itu.
"Wei! Sekurang-kurangnya aku mencuba okey. Tak ada lah hambar sangat," tempelak Irwan.
Yusri menggelengkan kepalanya.
"Korang ni kan, kita kat sini nak chill-chill je. Bukannya nak bergaduh. Kau pun satu Rina, kenapa kau tak ikut je diorang. Ni dahlah tak ikut, lepas tu merungut. Aku dengan Irwan boleh je jaga tikar kita ni."
"Bukan tak nak ikut, Yus. Aku cuma nak bagi ruang untuk Inas je. Lagipun... aku tak nak kacau dia dengan Rafie." Itulah alasan Rina.
"Eh! Diorang dah couple ke sampai kau cakap macam tu?" soal Irwan kepadanya.
"Taklah. Aku cuma kesian dekat Inas. Yalah, sebelum ni kan dia takut lelaki. Cuma Rafie je dia yang boleh tolong dia. Lagipun... Inas..." Ayat Rina terhenti. Dia mengeleng sekilas sebelum menyambung ayatnya.
"Rasanya aku tak perlu ceritakan selebihnya. Korang sendiri patut tahu, kan?" Pandangan Rina berubah ke arah Yusri.
"Kau nak cakap yang Inas suka Rafie?" Yusri mahukan kepastian.
Rina tertawa kecil dan terus mengiyakan. "Dahlah, aku tak mahu cerita lebih, nampak sendu pula aku nanti." Rina bangun dari duduknya. Langit malam yang dihuni bintang-bintang ditatapnya, sambil itu juga dia mengeliat.
"Kesian Inas. Selama ni, dia cukup takut dengan lelaki, tapi semenjak dia mula berkawan dengan Rafie, aku dapat sense yang dia tersuka dekat Rafie. Dia terlalu polos. Terlalu naif. Maklumlah, pertama kali rapat dengan lelaki, kan," luah gadis ini lagi.
Irwan hanya mengangguk. Lain pula dengan Yusri, dia menyengih senget. Tidak lama kemudian, dia mula tertawa.
Rina dan Irwan memandang sesama mereka. Pasti dia fikir yang Yusri sudah gila, ketawa tanpa sebab.
"Kenapa Yus? Macam orang tak betul je kau ni." Irwan berkerut dahi.
"Tak sangka. Rupa-rupanya diorang suka sama suka rupanya." Pernyataan jejaka kacak ini mengejutkan Rina dan Irwan
"Apa maksud kau tu Yus? Maksudnya Rafie pun ada hati dekat Inas ke?" tanya Rina. Sekali gus, mendekati Yusri.
Jejaka tinggi lampai itu membalas dengan anggukkan kepala. Tangan Rina terus menutup mulutnya yang sudah terlopong.
YOU ARE READING
[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)
RomanceCerita penuh untuk Short Story-Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu. Credit cover by @peanurts- "Orang selalu berkata, semasa bersekolah tak usahlah bercinta kerana bagi mereka percintaan itu tidak akan berkekalan selamanya. Cinta monyet kata mereka. N...