Saya melangkah masuk ke dalam kelas. Bersama senyuman, saya pun menuju ke tempat duduk, kerusi ditarik lalu punggung ini dilabuhkan di atas kerusi. Baru sahaja hendak mengambil buku dari beg, Rina datang menyergah dari belakang.
"Inas!"
"Oh, mak!" latah hingga bergegar kerusi. Nasib tangan ini sempat berpaut, jikalau tidak mesti saya jatuh tadi.
Jegilan mata ini menatap tajam muka si gadi lincah ini. "Adoi, Rina! Terkejut Inas tau."
Dia menahan ketawa. Dalam masa yang sama dia meminta maaf.
"Hahaha... sorry la, aku sengaja je nak sergah kau tadi." Kemudian suara Rina diperlahankan.
Tangannya menekup tepi bibirnya lalu berbisik, "Macam mana semalam? Ada apa-apa perkembangan ke?" soalnya yang sudah mula tersenyum sinis.
"Oh, fasal semalam ke. Okey je, Inas dengan Rafie dah capai sepakat dengan idea yang kitaorang bincangkan. Jadi Rina tak payah risau, pembentangan kita orang mesti okey punya," balas saya polos.
Rina mendibab bahu saya. "Ish, kau ni! Bukan benda tu lah aku tanya."
"Adoi, Rina!" marah saya sambil mengusap bekas pukulannya. Rina tergeleng-geleng.
"Aku tanya fasal kau dengan Rafie. Bukan fasal assignment. Macam mana? Okey tak?"
"Ohhhh! tentang tu ke. Cakaplah elok-elok. Kitaorang okey je. Semalam kitaorang dah bersetuju untuk menjadi kawan. Lagipun, waktu bincang dekat rumah Rafie, kitaorang ada lah sembang-sembang sikit tentang kehidupan masing-masing," terang saya kepadanya lagi.
Terangguk-angguk Rina sewaktu mendengar penjelasan saya itu. Namun begitu, wajahnya tiba-tiba berubah.
"Eh? Kejap! Rumah Rafie awak cakap!" Terus bahu saya dipegang oleh kedua-dua belah tangannya. Matanya memandang tepat pada mata saya ini.
"Errr... ha'ah. Kenapa Rina?"
"Kau pergi ke rumah budak lelaki?"
Bibir ini sudah terseringai, lalu saya menyengetkan kepala lalu mengiyakan. "Errrr... ya?"
Mata Rina mula terbuntang.
"Wei, Inas! Kau gila ke? Tak ke nanti orang syak yang korang berdua-duaan di rumah?" bebelnya tanpa henti. Sudahlah membebel, boleh pula dia menggoyang-goyangkan tubuh saya hingga beralun seperti ombak di laut. Nasib kepala ini tak pening.
Saya menarik tangannya dari terus memegang bahu milik saya.
"Relax, Rina. Awak jangan risau. Semalam kitaorang bukannya berdua, tapi berempat. Adik Rafie dengan jiran dia. Diorang lah yang teman kami. Oh, by the way, jiran dia baik tau. Siap bawa kuih lagi untuk kitaorang."
Rina menarik nafas lega. "Huh! Kau ni pun. Buat aku risau je. Nasib baik ada jiran Rafie tu. Lain kali kalau kau nak pergi ke rumah dia, kau ajak la aku sekali. Barulah aku tak risau. Kau kena ingat, Inas. Lelaki ni mana boleh percaya sangat." Tegas benar dia menasihati saya. Walaupun perangainya suka mengusik tetapi Rina ini semeangnya prihatin dengan keadaan saya. Inilah ciri-ciri kawan baik.
YOU ARE READING
[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)
RomansaCerita penuh untuk Short Story-Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu. Credit cover by @peanurts- "Orang selalu berkata, semasa bersekolah tak usahlah bercinta kerana bagi mereka percintaan itu tidak akan berkekalan selamanya. Cinta monyet kata mereka. N...