Prolog

68 24 8
                                    

20 tahun yang lalu...

Tiada apa yang lebih tenang selain dari mendengar deruan ombak di tepi pantai. Di tambah pula langit petang ini dihiasi dengan kemerahan teja petang. Kalau berdua dengan orang tersayang, pasti kita anggap inilah suasana romantik, membangkitkan nostalgia, terutamanya mereka yang bergelar pasangan kekasih.

Namun, dalam keindahan suasana ini, hanya hiba menyapa hati. Tiupan angin pantai memukul perlahan tubuh ini yang sedang duduk di bawah pohon rendang. Saya menunduk sedih, air mata sudah lama berjujuran. Ingin sahaja mengesak sedu tetapi sedaya upaya saya cuba menahan. Tidak mahu si dia melihat saya begini.

Nasib ada bunyi kelompok burung, dapatlah saya menyembunyikan keseduan daripada jejaka yang duduk disebelah saya ini. Jejaka yang sudah dikenali sejak dari darjah satu. Berbagai kenangan kami berkongsi, ketika sekolah rendah, ketika sekolah menengah, ketika remaja, malah ketika kami di peringkat belia.

"Inas." Suara perlahan seorang lelaki memanggil saya. Ternyata dia perasa bahawa saya sedang menangis. 

Saya menggeleng sungguh.

"Awak dah banyak kali kecewakan saya, Rafie. Saya dah tak tahu nak cakap macam mana lagi," ujar saya sedih. Sudah lapan tahun kami berkawan, pelbagai janji sudah dia mungkiri. Saya yakin, mesti wajah bersalah yang terukir pada mukanya.

Tiba-tiba Rafie bangkit dari duduknya. Dia mara dua tapak ke hadapan sambil mengamati matahari terbenam yang menghiasi langit.

"Inas." Panggilannya itu membuatkan saya mendongak. Air mata yang mengalir diusap sedikit sebelum melihat tubuhnya yang membelakangi saya.

Tidak lama itu, dia menoleh dan menatap wajah ini. "Aku janji Inas. Aku berjanji akan kembali untukmu."

Itulah janji yang diucap oleh Rafie pada hari itu. Janji yang membuatkan saya teringat sehingga hari ini.

*****************************

[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)Where stories live. Discover now