Keadaan sekeliling gelap gelita. Tiada langsung cahaya melainkan satu skrin besar yang terpampang di hadapan. Benar, saya berada di panggung wayang.
Beberapa hari yang lalu Geng Yusri telah mengajak saya, dan rakan-rakan yang lain untuk menonton wayang. Malangnya Mei tidak dapat sertai kami kerana ada kelas tuisyen. Sebagai ganti, Rina telah mengajak Mona dan Wani.
Akan tetapi, hari yang saya sangkakan bakal menjadi seronok mula bertukar suram. Tidaklah saya duga cerita yang kami tonton ini ialah cerita seram. Kelemahan kedua saya selain takut lelaki.
Saya sebenarnya bukanlah setakat takut dengan lelaki, dengan hantu pun saya takut juga. Acap kali saya menonton cerita seram, bulu roma pasti menaik. Nasib baiklah dalam panggung wayang saya duduk di sebelah Rafie. Hilang sikit rasa resah ini.
"Kau okey? Dari tadi kau asyik tutup mata je." Rafie membisik ke arah saya. Prihatin sungguh dia hingga membuatkan saya selesa.
"Tak ada apa awak. Cuma saya jenis tak suka tengok cerita seram."
"Oooh... macam tu."
Sebaik cerita tersebut tamat, kami pun keluar dari panggung. Masing-masing menunjukkan wajah puas. Berbeza dengan saya yang masih lagi menggeletar ketakutan.
"Inas awak ni lembiklah, tengok cerita seram je mesti macam ni," tegur Rina. Dia ketawa setelah melihat saya menggigil satu badan.
"Huuu... Inas mana tahan, Rina. Inas takut sangat dengan cerita seram. Huhuhu..." rungut saya.
"Alah tak apa, nanti okeylah tu," pujuknya. Kemudian, dia berjalan ke hadapan lalu meninggalkan saya di belakang.
Saya mengeluh panjang. Macam manalah nak atasi ketakutan saya sekarang. Nanti malam mesti tak boleh tidur. Silap-silap saya terpaksa meminta Kak Iman untuk tidur di biliknya.
"Kau okey?" Datang satu suara lembut seorang lelaki. Saya tersenyum kecil. Siapa gerangan itu? Semestinyalah suara itu kepunyaan Rafie, kawan lelaki saya.
"Maaf, saya tak berapa okey. Masih menggigil lagi," kata saya sambil menunjukkan tangan yang sedang menggigil.
"Iya ke. Kesiannya." Rafie berfikir sejenak. Seketika pula, dia memetik jari.
"Aha, aku ada satu rancangan, tapi untuk kita berdua je tau," kata-katanya itu disertakan dengan jari telunjuknya diletakkan pada bibir. Dia memberi isyarat rahsia.
Saya pandang sekeliling. Tidak mahu ada yang mencuri dengar. Kemudian, pandangan itu kembali pada Rafie. "Apa dia?"
"Nanti, bila semua dah nak balik, kau ikut aku pergi ke satu tempat ni," cadangnya.
"Pergi ke mana?"
"Adalah. Ni surprise untuk kau je tau. Khas untuk kawan aku." Suara Rafie kedengaran teruja. Macam ada sesuatu hebat yang mahu dia tunjukkan kepada saya. Saya diam seketika, mahu mempertimbangkan cadangannya.
"Ermm... macam mana kalau Rina dan Mei ajak saya balik bersama?"
"Alah, kau cakap je yang kakak kau ambil kau. Tak pun kau cakap yang kau ada emergency." Selamba Rafie memberi buah fikiran.
"Tapi... tak ke nanti... saya..."
Saya bagai teragak-agak bukan kerana tidak setuju. Cuma takut jika Rina tahu apa yang saya buat dengan Rafie nanti. Sudahlah kami berdua. Pasti dia akan usik saya setiap hari.
Dalam keraguan itu Rafie memberikan senyuman ikhlas. Entah mengapa saya seperti tertarik gayanya itu hinggakan timbul rasa serba salah untuk menolak pelawaannya.
"Tak mengapa, kalau kau tak nak, aku tak paksa. Ni pun cadangan je. Aku cuma... nak buat kau gembira je," ujar Rafie lagi.
Setelah berkira-kira cadangan tersebut, akhirnya saya pun bersetuju. "Iyalah, saya terima pelawaan awak tu."
YOU ARE READING
[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)
RomansCerita penuh untuk Short Story-Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu. Credit cover by @peanurts- "Orang selalu berkata, semasa bersekolah tak usahlah bercinta kerana bagi mereka percintaan itu tidak akan berkekalan selamanya. Cinta monyet kata mereka. N...