Tawaan, senyuman dan kegembiraan, semuanya terpancar pada wajah. Pengalaman baru hari ini begitu menyeronokkan. Rafie yang berada di sebelah hanya tersenyum. Mungkin berpuas hati setelah ajakannya ini berjaya membuat saya gembira.
Setelah puas kami bermain di arked, masa yang terluang ini dimanfaatkan dengan bersiar-siar di sekitar kawasan luar kompleks beli belah. Jalan-jalan makan angin katakan.
Dengan air fountain yang memancut indah di sekitar kompleks ini, membuatkan suasana kedengaran tenang dengan bunyi airnya.
Kebetulan ada satu bangku kosong berdekatan fountain itu. Segera saya dan Rafie duduk untuk berehat. Walaupun kami duduk sebelah menyebelah tetapi Rafie menjarakkan sedikit tubuhnya untuk memberikan ruang di antara kami berdua. Maklumlah kami berlainan jantina, perlu menjaga batas dalam pergaulan.
Suasana antara kami menjadi sunyi. Langsung tiada satu pun perbualan dimulakan. Hanya bunyi air fountain sahaja yang kedengaran.
"Urrmm... Inas." Rafie membuka bicara. "Tadi kat wayang kau cakap kau tak berapa suka dengan cerita seram, kan? Boleh aku tahu sebab apa?".
"Aha, saya tak suka sangat cerita seram. Sebabnya saya susah nak kawal ketakutan saya. Bila waktu malam nanti mesti saya tak boleh nak tidur," terang saya kepadanya
"Oh, sampai macam tu ya."
"Awak jangan risau. Sekarang saya dah okey sikit. Itupun sebab saya lebih teringatkan game yang kita main tadi. Seronok sangat." Terujanya saya sampai hingga hampir menepuk tangan.
Wajah lega ditampilkan oleh Rafie. "Ya ke. Baguslah kalau kau suka."
"Tapi kan awak, boleh tak saya nak tahu kenapa awak bawa saya ke arked tu?" Persoalan itu diajukan. Sejujurnya saya masih keliru apa tujuan dia membawa saya ke arked itu.
"Saje. Sebab aku nampak kau takut sangat tadi."
"Sebab saya takut? Apa kaitannya?" Kepala saya yang bertudung litup digaru walaupun tidak berasa gatal. Rafie mengerling bersama senyumannya.
"Sebab aku ada dengar kalau nak atasi ketakutan terhadap benda yang menakutkan, buatlah sesuatu yang menyeronokkan. Macam positif, kan lawannya negatif. Jadi bila kita banyakkan sifat positif, secara tak langsung ia akan neutralkan semula perasaan negatif kita, akhirnya mesti awak kembali tenang semula. So, sekarang macam mana rasa takut kau tu, dah okey?"
Saya diam sejenak. Bila dia kata begitu baru saya perasan bahawa ketakutan tadi sudah semakin reda. Telapak tangan juga diperiksa. Langsung tidak menggigil.
"Eh! Ha'ah lah! Bila awak cakap macam tu baru saya perasan tangan saya tak menggeletar pun. Biasanya dia jadi macam tu lepas tengok cerita seram," nyata saya terkejut.
Rafie menunjukkan isyarat good job. "Cun!"
Saya tertawa kecil. Tangan saya pula menutup sedikit mulut kerana cuba menahan tawaan itu. "Terima kasih, awak. Terima kasih sangat-sangat."
"Tak da hal, Inas. Aku cuma buat yang terbaik je." Sekali lagi dia memberikan senyuman. Cuma kali ini lebih lebar.
Perbualan kami terjeda. Dalam tempoh jeda itu, mulalah saya mengerling wajah tenang jejaka ini. Hairan. Sudah banyak perkara sedih terjadi dalam hidupnya tetapi wajahnya masih tenang. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah.
Beberapa bulan yang lalu, wajahnya tidak selalu begini. Kebiasaannya dia akan buat wajah muram. Sampaikan ada yang mengatakan dia nerd. Namun, itu cerita dahulu. Sekarang dia sudah lain. Dia sudah mampu untuk tersenyum dengan lebar.
"Saya gembira bila tengok awak senyum macam ni. Awak dah kembali," ujar saya secara tiba-tiba.
Rafie kembali memandang dengan ahinya berkerut. "Apa maksud awak dah kembali?"
YOU ARE READING
[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)
RomansaCerita penuh untuk Short Story-Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu. Credit cover by @peanurts- "Orang selalu berkata, semasa bersekolah tak usahlah bercinta kerana bagi mereka percintaan itu tidak akan berkekalan selamanya. Cinta monyet kata mereka. N...