Chapter 14: Atasi Ketakutan

12 2 10
                                    

Di satu sudut belakang bangunan sekolah, Yusri dan rakan-rakannya sedang melepak sambil meminum air kotak, yang dibeli oleh mereka di kantin. Semenjak Yusri mula berkawan rapat dengan Rafie, timbul rasa kemusykilan dalam diri Hairi. 

Dia tidak faham apakah tujuan rakannya ini mahu berkawan dengan budak pendiam itu. Orangnya biasa-biasa sahaja, tak ada apa yang menarik sangat pun. Tambah lagi dia pendiam, apabila ditegur mesti dia akan membalas dingin, malah sinis.

Hairi memandang Yusri dengan agak lama. Tidak lama kemudian dia mula bersuara. "Yus, kau memang rapat ke dengan Rafie?"

"Ha'ah. Kenapa?"

"Kenapa tiba-tiba kau rapat dengan dia eh? Dia tu kan tak ada kawan. Kita nak berkawan dengan dia pun macam nak tak nak. Ni tak ada angin tak ada khabar kau boleh pula berkawan dengan dia."

"Kenapa kau tanya macam tu? Okey apa? Asalkan sekarang dia dah ada kawan. Tak ke lagi bagus," nyata Yusri yang pelik dengan pertanyaan Hairi itu.

"Iyalah, tapi Rafie tu kan pelik. Kau tak rasa ke dia tu ada something fishy. Mana tahu dia nak pergunakan kau. Kau kan kaya, mesti dia nakkan sesuatu."

Mata Yusri disepetkan. Tangannya mula mengusap-usap dagu, seperti sedang berfikir. "Hmm... perasaan kau je kot. Tengok aku, okey je. Tak ada apa-apa berlaku pun."

"Memanglah tapi-"

"Kau cemburu ke Hairi?" sampuk Irwan lalu menepuk belakang tubuh remaja berbadan sasa ini.

"Adui! Sakitlah!" raung Hairi.

Irwan memberikan senyuman sinis. "Jangan risau, aku tahu kau sunyi sebab Yusri dah jarang lepak dengan kita. Aku kan ada untuk kau."

"Tak! Bukan tu masalahnya. Aku-"

"Hairi, Hairi. Ikut kaulah nak cakap apa. Tapi kau kena tahu, Rafie pun kawan aku juga," omel Yusri lalu menggelengkan kepala. Air kotak yang dipegangnya dihabiskan sebelum dibuang ke dalam tong sampah. 

"Aku pergi tandas. Kita jumpa dekat kelas nanti." Yusri pun berlalu pergi. 

Sebaik Yusri meninggalkan mereka berdua, Irwan mula menepuk perlahan bahu Hairi.

"Wei, relaxlah sikit. Aku tahu kau tak berapa nak ngam dengan Rafie tu, tapi aku rasa kau tak patut cakap macam tu dekat Yus."

Nasihat Irwan yang tidak mahu hubungannya Hairi dan Yusri menjadi dingin hanya disebabkan oleh Rafie.

"Yalah. Aku tahu. Aku terlepas cakap tadi." Balas Hairi yang akur dengan kesilapannya.

"Ni satu lagi, aku rasa kita jangan salah anggap tentang Rafie. Aku tengok dia macam okey je. Rina dan yang lain-lain pun tak ada pula nak bergaduh dengan dia," kata Irwan lagi. Pun begitu Hairi masih memberi raut tidak puas hati.

"Dengan perempuan bolehlah. Dengan kita apa jadi? layan macam nak tak nak."

"Alah, adalah tu sebabnya. Apa-apahal kita cuba berbaik dengan Rafie. Tengok Yus tu. Masih tak berputus asa. Sekaran tengoklah, diorang pun macam dah rapat je." Pujukan Irwan itu masih tidak membuatkan hati Hairi untuk terbuka. 

Dia masih menganggap yang Rafie tidak sesuai dibuat kawan. Baginya berkawan dengan orang pendiam sangatlah membosankan. 

*****************************

Pada waktu petang yang sangat terik, saya dan rakan-rakan berjalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan yang terletak berdekatan dengan sekolah.

"Inas, keep strong ya. Abaikan je mulut-mulut jahat yang cerita tentang awak tu. Apa yang penting I dan Rina sentiasa sokong you," kata Mei yang cuba memberikan semangat kepada saya. Setelah khabar angin bertebaran kencang, dia begitu risau dengan penerimaan saya.

[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)Where stories live. Discover now