Makan malam sedang dimasak oleh ibu. Sebagai anak perempuan, sudah menjadi rutin harian untuk membantu ibu dan nenek menyediakan makan malam. Bukan saya seorang, malah kakak kandung saya iaitu Kak Iman juga turut membantu sama.
Apa yang kami lakukan hanyalah memotong bahan-bahan makanan yang hendak dimasak. Ada masa kami membasuh perkakasan dapur. Mahu ringankan beban keluarga katakan.
Apabila santapan malam sudah terhidang, maka kami sekeluarga mula menjamu selera bersama-sama, sambil berkongsi menceriakan hal-hal yang berlaku pada hari ini.
"Tadi waktu ayah nak pergi makan tengahari, ayah terjumpa dengan Pak Cik Azmi tau. Tak sangka pula boleh jumpa dia dekat sana. Katanya ada kursus dekat situ," cerita ayah kepada kami sekeluarga.
"Oh, kawan awak yang kena pindah ke Sungai Buloh tu ke? Lama tak dengar berita." Ibu melayan cerita ayah.
"Itulah, dengar cerita anak dia masuk MRSM tau. Tak silap ayah, anak dia tu sebaya Inas kan." kata ayah lalu memandang saya. Saya terdiam. Cepat-cepat kepala ini ditundukkan.
Saya tahu apa reaksi Kak Iman sekarang. Mesti dia sudah mula tersenyum sinis. Wajah yang suka menyakat saya.
"Waahhh, lama tak dengar tentang Rizwan tu! Dulu ingat lagi yang Inas selalu bermain dengan dia waktu kita datang ke rumah dia dulu," usik Kak Iman lalu mengerling ke arah saya.
"Akakkkk! Itu waktu kecil dulu la. Janganlah kacau Inas, malu tau," omel saya.
"Ohhh... tengok tu muka dia dah merahlah. Comel betul adik akak ni bila malu-malu macam ni," sakat Kak Iman lagi.
Tidak senang dengan tindakan itu, ibu menegur Kak Iman. "Iman, kita tengah makan ni. Jangan kacau adik kamu tu."
"Iman gurau sikit je bu. Takkanlah tak boleh." Kak Iman memberi alasan.
"Alah, apa salahnya Asma," celah Nek Mah yang merupakan mak kepada ayah. "Diorang kan dah besar. Lambat laun kena kahwin juga. Nanti dapatlah nenek merasa nak tengok menantu cucu kesayangan nenek ni." Sambung Nek Mah lalu tertawa kecil. Mulut ibu mulai jatuh.
"Mak, mereka ni masih sekolah lagi. Banyak yang nak kena belajar. As rasa lagi bagus kalau mereka fokus untuk belajar dulu," tegur ibu.
"Alah Asma, dulu kamu dengan Hamzah berdating waktu sekolah dahulu tak ada pula nak fikir fasal belajar ya. Biar je lah anak-anak kamu ni buat keputusan sendiri." Ibu terdiam sekali gus menahan malu. Kak Iman sudah mengekek. Dia gembira apabila Nek Mah sudi nak backup kami.
"Betul tu nek. Iman sokong sangat pendapat nenek tu," nyata Kak Iman gembira.
"Ehem!" Suara garau ayah mula kedengaran.
"Ayah nak mencelah sikit boleh? Ayah ni bukan tak kisah pasal anak ayah. Ikutkan ayah sangat sayangkan anak ayah dua orang ni. Tapi, dalam usia begini janganlah terlampau asyik fikir fasal cintalah, jodohlah, semua tu sementara je. Banyak perkara penting yang perlu kamu berdua buat. Lagi-lagi pelajaran. Ingat ya anak-anak ayah," pesan ayah panjang lebar. Saya dan Kak Iman hanya mengangguk.
"Baik ayah." Jawab kami serentak.
"Baguslah kalau kamu berdua faham. Ayah tak halang kalau kamu berdua nak bercinta. Tapi!" Perkataan 'tapi' ditekankan.
"Kalau dah ada calon ke, boyfriend ke, bawalah dia jumpa ayah. Biar ayah nilai dia sama ada dia layak atau tak," nasihatnya lagi. Tersentak Iman hingga terbatuk-batuk.
"Kenapa kamu ni, Iman? macam kena sampuk hantu je," tegur ibu.
"Errr.. hehehe... maksudnya Iman kena bawa dekat ayahlah, kan?" Pertanyaan kakak itu membuat ibu dah ayah terkejut.
YOU ARE READING
[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)
RomanceCerita penuh untuk Short Story-Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu. Credit cover by @peanurts- "Orang selalu berkata, semasa bersekolah tak usahlah bercinta kerana bagi mereka percintaan itu tidak akan berkekalan selamanya. Cinta monyet kata mereka. N...