Chapter 21: Kawan Baru

13 1 13
                                    

"Kau fikir kau siapa bangang! Kalau tak tahu cerita, lebih kau diam," bentak Rina yang sedang bertekak dengan seorang pelajar lelaki .

"Eleh, tak payah cerita pun aku dah tahu. Kawan kau ni jenis murah juga. Dulu beria kata takut dengan lelaki," balas lelaki itu dengan jari dituju ke arah saya. Cepat-cepat saya alihkan pandangan. Tak mampu nak betekak, cuma mampu memberi riak sedih.

Rina? Apa lagi, makin membuaklah hati dia.

"Wei babun! Mulut tu jaga sikit. Muka dahlah macam tapir tambah lak mulut macam babun." Tambahnya bersama makian yang tak bertapis. Makin menjadi-jadi pergaduhan mereka ini sampai takut dibuatnya.

Tiba-tiba tubuh pelajar lelaki itu telah ditarik seseorang. Baru sahaja dia hendak marah, mukanya berubah pucat. Terkejut apabila mendapati jejaka itu lebih tinggi, malah sasa dari dirinya. Dialah kapten pasukan bola keranjang sekolah, Hairi.

"Apa kecoh-kecoh ni bro? Dengan perempuan pun kau nak bergaduh ke?" soalnya dengan penuh kesinisan.

"Eh? Errr... tak ada aku cuma... cuma berbual je. Ni ha Rina ni yang kacau aku dulu," tipu lelaki itu.

"Kepala hotak dia salah aku! Wei, kau tuduh Inas macam-macam. Lepas tu play victim pula."

Muka Hairi berubah geram. Langsung dia menarik kolar lelaki itu lalu merapatinya. "Betul ke apa aku dengar ni?"

Wajah ketakutan lelaki itu kian terselah. Air liurnya kemudian ditelan payah. "So... sorry bro. A... aku ta... takkkan ganggu dia lagi." Tergagap-gagap dia hendak menjawab. Mana tidaknya, sekali Hairi menampar mukanya, pasti berpinar mata.

Habis sahaja ayat itu diucapkan, Hairi pun melepaskan pegangannya dengan kasar. "Sekali lagi aku dengar kau kacau diorang, nahas kau. Aku ni pantang bila tengok perempuan kena tindas," tegasnya. Terangguk-angguk lelaki itu hingga hampir terpejam matanya.

Hairi pun melepaskan pegangannya. Apa lagi, lintang-pukanglah lelaki tadi melarikan diri.

Nafas kelegaan dilepaskan perlahan. Lega betul rasanya. Haruslah saya berterima kasih kepada Hairi kerana menolong saya.

"Terima kasih, Hairi," ucap saya sambil berselindung di belakang Rina. Kalau boleh hendak sahaja saya mengucap di hadapannya, tapi apakan daya, anda sendiri tahu mengapa sebabnya.

"Itulah, buat sakit otak je melayan mamat Si tapir tu," gumam Rina pula.

Hairi mendengus berat. "Tulah kau Inas, berkawan lagi dengan Rafie tu. Kau tahu tak khabar angin tentang korang dah tersebar meluas?"

Mata Rina terjeling pada Hairi. "Wei, apa ni? Kau dah tolong dia tiba-tiba kau pula nak sambung cari gaduh?" omel Rina yang sudah mula hendak bertekak dengan jejaka sasa ini.

"Aku tanya jelah. Kau relax boleh tak? Aku cuma nak-"

"Dia perlukan kawan, Hairi!" celah saya tanpa menunggu Hairi menghabiskan ayatnya. Kedua-dua mereka tertoleh ke arah saya.

"Saya masih tak faham kenapa orang begitu skeptikal dengan Rafie. Sebab dia tak ada kawan? Kalau dia tak ada kawan kenapa saya tak boleh jadi kawan dia?" Hairi tersentak. Mungkin dia tidak menyangka bahawa gadis seperti saya ini mampu untuk bersuara demi mempertahankan Rafie.

[02] Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu (ABAKU)Where stories live. Discover now