Winwin's POV
"Kalian semua umur berapa?" tanya Jisung.
"Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin dan Yang Yang 20 tahun. Mark 21 tahun. Aku 23 tahun" jawabku.
"So aku kena panggil korang semua hyung lah. Sebab aku 18 tahun. Lelaki yang paling muda dekat sini" beritahu Jisung.
"Oh siapa yang paling tua" tanya Jaemin.
"Taeil hyung yang paling tua. Dia 26 tahun"
"Ouh dekat sini memang ramai 20 an je ke? Lagi satu sini memang tak ramai orang ke?" tanya Renjun.
"Ye kebanyakkannya pemuda dekat sini 20 an. Yang belasan tahun tak sampai 5 orang pon. Kami memang tak ramai sebab ni tempat yang SM sediakan untuk ahlinya yang muda untuk teruskan hidup dan berlatih untuk melindungi diri dan ahli SM itu sendiri. Dan dekat sini cuma ada 4 orang perempuan yang lain semua lelaki" terang Jisung.
"Ha itu tempat makan yang akan Jaemin dan Renjun kerja." tunjuk Jisung ke arah sebuah banggunan 2 tingkat.
Jaemin dan Renjun hanya menggangguk. Mereka meneruskan lagi perjalanan. Tempat latihan, tempat simpanan makanan, kawasan pertanian dan penternakan, tempat membasuh dan banak tempat lain yang kami kunjungi. Dan kami berhenti di satu kawasan yang agak lapang.
"Pastikan apabila korang bersiar-siar atau buat sesuatu jangan lebih dari kawasan yang ada bendera tu" kata Jisung serius. Umpama dia memberi peringatan kepada ahli terbaru kawasan itu.
"Kenapa. Apa akan terjadi kalau lebih?" tanya Yang Yang.
"Kalian sendiri tahu yang kita ni diperhatikan musuh. Kalau korang lebih dari kawasan tu susah kami nak detect kalau kalian dalam bahaya dan mungkin musuh ada je sedang memerhatikan kita dan bersedia untuk menyerang kalau kita keluar dari kawasan ni. Tempat ni telah dilindungi, hanya orang yang ada rantai SM je boleh masuk dan terdapat alat pengesan yang dapat kesan kalian dimana tapi hanya berfungsi dalam kawasan ni jelah" terang Jisung panjang lebar.
"Aik habis tu yang ahli kalian hampir mati sebab ada orang lain masuk tu apa benda?" tanya Mark.
"Oh itu kes lain. Sebabnya orang itu dibawa masuk oleh kami sendiri. Pada mulanya mereka cedera teruk dan katanya mereka diserang semasa dalam perjalanan ke sini mereka disuruh untuk mencari kawasan ini untuk berlindung. Jadi kami pon percaya dan terus bawa mereka masuk. Tapi malangnya mereka hanya menipu dan hampir membunuh one of us. Tu yang buat kami sukar untuk percaya sebab kalau sorang ada rantai SM dalam kumpulan tu walaupun ada musuh mereka tetap boleh masuk ke sini" cerita Jisung tentang kejadian yang hampir meragut nyawa itu.
"Boleh kami tau siapa dia?" tanya Mark.
Jisung menunduk.
"Aku" katanya mengejutkan kami semua.
"Kau?" ujar kami semua serentak. Terkejut dengan pengakuan itu.
"Ye aku lah yang hampir mati tu. Rasanya mereka overprotective terhadap aku disebabkan aku antara orang yang paling awal dekat sini dan yang kedua paling muda" tambahnya.
"Habis tu sekarang kau tak takut akan kami ke?" tanya Jaemin.
"Tak, sebab aku yakin korang ni orang yang baik. Lagipon kalian kenal satu sama lain kan? Jadi tak mungkin antara korang musuh SM" jawabnya lagi. Aku kagum mendengar kata-katanya yang matang bagiku.
"Memang kami kenal antara satu sama lain sebab kami ni kawan masa kecil dan terpisah waktu umur 5 tahun sebab keluarga kami larikan diri dari Korea. Cuma Mark dan Winwin je kami tak berapa kenal sebab mereka lagi tua dari kami dan ada kawan mereka sendiri" kata Haechan.
"Ceh tak kenal aku konon. Naik bosan aku hadap muka kau hari-hari boleh kau kata tak berapa kenal" kata Mark.
Kami ketawa.
"Kenapa ketawa?" tanya Jisung.
"Sebenarnya Haechan ni adik Mark. Tu yang Mark kata macam tu" terang aku.
"Heol"
"Ala bukan kata hyung, aku pon dah naik muak tengok muka hyung hari-hari" kata Haechan sambil menyilangkan tangannya dengan keningnya di angkat sebelah.
Jisung tersengih melihat kelakuan dua beradik itu.
"Okey sekarang kita ke lokasi terakhir. Buat kad penduduk"
Kami berjalan ke arah yang bertentangan dengan kawasan yang ditunjuk Jisung tadi.
"Kalian isi borang ni dengan data peribadi kali lepas tu letak dekat kaunter tu" arah Jisung selepas mengagihkan borang maklumat peribadi itu.
Masing-masing mula mencari tempat yang selesa untuk kami isi borang yang dihulur Jisung itu. Setelah siap kami meletakkan di kaunter yang ditunjuk dan terus keluar dari tempat itu sementara borang itu diproses.
"Okey disebabkan kalian semua dah tahu tempat-tempat dalam kawasan ni. Kali ni saya nak perkenalkan penduduknya pulak sementara menunggu borang diproses" kata Jisung.
"Hehehehe tak sabar untuk berkenalan dengan semua orang" kata Haechan.
"Lepas berkenalan jangan pula kau kacau mereka macam kau selalu buat pada kami" kata Jeno memberi peringatan.
"Ceh. Pikir aku ni nakal sangat ke?!"
"Cakap je. Kalau makan cili dia terasa pedasnya"
"Eiiii mamat no jam ni"
"Udah-udah jangan bergaduh. Tak malu ke Jisung tengok" kata Jaemin cuba meleraikan bunga-bunga lawan mulut yang bakal tercetus.
"Sorry Jisung. Mereka ni memang kanak-kanak ribena sikit" kata Renjun.
"Ceh dia pon sama ada hati nak kata orang" kata Jeno dan Haechan serentak.
Yang Yang hanya mendiamkan diri. Sebab dia pon sama je sebenarnya tapi disebabkan dia di tempat orang jadi dia behave sebentar.
Kami mula berkenalan dengan beberapa orang penduduk aka ahli SM semasa berada di dewan latihan. Ternyata kehadiran kami dialu-alukan oleh mereka.
Aku berasa senang kerana yakin tempat ini lebih terjamin keselamatannya berbanding ketika kami diluar.
TBC
YOU ARE READING
03| STAR MAESTRO
FanfictionSM SERIES: 2 4 orang sahabat berjanji untuk bertemu semula di tempat kegemaran mereka selepas 15 tahun. Adakah mereka akan menepati janji zaman kanak-kanak mereka? "Kita akan jumpa dekat sini selepas 15 tahun" "Jangan lupa janji kita" Somethings ha...