23

11 2 3
                                    

"Turun" arah Yuta.

"50" kira 00 liner, Winwin dan Mark.

"Okey rest" kata Yuta apabila perkataan lima puluh itu disebut.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Okey sebenarnya mereka perlu membuat tekan tubi sebanyak 50 kali dan ada 2 set. Kalau gagal kena mula balik dari awal. Dan ini merupakan set kedua yang sudah diulang 10 kali disebabkan ada je yang gagal buat.

Huhuhuhu kejam tak author??

"Gigil tangan aku weh" kata Mark sambil menunjukkan tangannya yang sudah menggigil akibat terlalu lama membuat tekan tubi.

"Korang aku dapat confirmkan satu benda" kata Renjun tiba-tiba.

"Ha apa dia?" tanya 00 liner serentak.

"Kita dekat kem tentera" katanya menjawab pertanyaan sahabatnya sekali gus menyambung kata-katanya tadi.

Tiada perkataan yang keluar dari mulut mereka kerana mereka juga merasakan perkara yang sama.

"Mula-mula je korang rasa macam berada di kem tentera. Kalau korang semua dah mahir takdenya lagi latihan macam ni" sampuk Yuta.

Lagi tadi dia hanya melihat sahaja gelagat orang baru itu.

"Apa maksud hyung?" tanya Winwin.

"Kami buat macam ni sebab kita semua tak berapa selamat walaupun berada dalam kawasan ni. Jadi kami latih semua orang agar semua boleh berlawan kalau ada apa-apa terjadi. Kita juga mungkin akan jadi back up untuk ahli SM yang lain" terang Yuta.

"Tapi papa kata tempat ni selamat" kata Yang Yang.

"Apa yang hyung boleh katakan adalah tempat ni yang paling selamat berbanding tempat lain sebab dilengkapi dengan alat keselamatan. Dalam masa yang sama tidak selamat sepenuhnya sebab dah beberapa kali tempat ni diceroboh" terang Yuta lagi.

"Hyung boleh tanya apa sebabnya kita diburu? Kenapa hidup kami tak selamat sebenarnya? Kenapa mereka perlu membunuh ibu bapa aku?" tanya Jaemin. Dia bingung. Hatinya sakit apabila teringat mayat ibu bapanya yang terbaring kaku dua tahun lepas.

Yuta terdiam sebentar. Dia faham apa yang dirasai oleh Jaemin. Ibunya juga dibunuh oleh anti SM. Yang lebih teruk, ibunya dibunuh didepan matanya.

*Flashback*

"Mummy, harini mummy nak masak apa? Yuta tolong okey?" tanya Yuta yang berumur 19 tahun.

"Mummy rasa harini nak masak kari daging jelah. Lama tak makan"

"Kalau macam tu Yuta tolong potong jelah"

"Bagus juga. Yuta potong bawang, lobak dan daging tu dulu sementara mummy sediakan bahan-bahan lain" arah Mummy Yuta.

Yuta membuat apa yang disuruh tanpa banyak soal. Sesekali dia menjawab pertanyaan mummy -nya berkenaan keadaan di sekolah.

Ting tong...

Bunyi loceng rumah bergema di seluruh rumah.

"Kamu buat je. Biar mummy yang pergi tengok" arah Mummy Yuta.

Yuta mengangguk dan meneruskan kerjanya memotong daging.

Dalam dia meneruskan kerjanya dia terdengar bunyi seperti orang bergelut di ruang tamu. Memikirkan mummy dia berada di depan untuk membuka pintu dia pantas membasuh tangan dan berlari ke ruang tamu.

"MUMMY!!" jerit Yuta apabila melihat mummy -nya ditikam di dada oleh seorang lelaki bertopeng. Sebelum lelaki itu melarikan diri.

Yuta berlari ke arah mummy -nya. Tubuh wanita itu disambut sebelum jatuh ke lantai. Air matanya jatuh apabila melihat keadaan mummynya yang menahan sakit.

Yuta mengambil telefon bimbit di dalam poket seluar tracknya untuk menghubungi nombor kecemasan.

"Mummy tahan sikit eh.. Kejap lagi ambulans sampai. Mummy jangan tutup mata tau" kata Yuta dengan juraian air matanya. Dia sedaya upaya menahan darah keluar dari dada mummy -nya.

"Yuta jaga diri ye. Sentiasa ingat mummy sayang Yuta" kata wanita itu. Suaranya kedengaran begitu lemah membuatkan hati Yuta diruntun sedih.

"Shush.. mummy jangan banyak cakap. Nanti mummy lagi sakit. Yuta pon sayang mummy" kata Yuta.

Bunyi siren ambulans membuatkan Yuta sedikit lega. Dia memcempung tubuh mummy -nya ke arah strectcher bed yang baru keluar dari ambulans.

Namun begitu, Tuhan lebih sayangkan mummy Yuta. Wanita itu meninggal sebaik sahaja tiba di hospital.

*End Flashback*

"HYUNG! YUTA HYUNG!!" jerit 00 liner, Mark dan Winwin serentak.

Yuta tersedar daripada lamunanya.

"Huh?"

"Kenapa hyung? Lagi tadi kami panggil tapi hyung macam tak dengar je" tanya Jeno.

"Takde apa-apalah"

"Betul ni hyung?" tanya Jeno lagi sekali.

"Betul jangan risau. Cuma teringat sesuatu je" jawab Yuta.

"Untuk pertanyaan Jaemin. Malam nanti datanglah rumah hyung. Nanti kami bagitahu. Jangan lupa mandi dan makan dan rehat dulu" kata Yuta.

"Baik hyung"

"Bersurai" kata Yuta.


TBC

Selamat Berpuasa semua... Hehehe Kai tahu kita dah beberapa hari berpuasa but why not right?


03| STAR MAESTROWhere stories live. Discover now