Renjun menyentuh permukaan pokok itu. Tulisan yang tertera di permukaan pokok itu dibaca.
Renjun
Jeno
Haechan
Jaemin
Yang Yang
2005
******
"Tada" kata Jeno sambil mengeluarkan pisau lipat.
"Nak buat apa dengan pisau ni Jeno?" tanya Renjun.
"Nak ukir nama kita kata pokok ni" kata Jeno sambil menepuk pokok tersebut.
"Yah bahayalah Jeno. Tak payahlah" larang Jaemin.
"Ala tak bahaya kalau kita berhati-hati" kata Haechan menyokong cadangan Jeno.
"Kau Injun?" tanya Jeno.
Jaemin memandang Renjun supaya tidak menerima cadangan tersebut. Manakala Haechan dah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda menyuruh Renjun setuju.
"Jun, bahayalah. Nanti luka macam mana?" pujuk Jaemin.
"Kita berhati-hatilah jangan bagi luka" kata Haechan.
"Aku setuju" kata Renjun.
"Jun!!" marah Jaemin.
"Ala kita hati-hatilah bagi tak luka" kata Renjun.
Haechan dan Jeno sudah bertepuk tampar dibelakang Jaemin tanda gembira.
"Okey. Okey kita tulis ikut umur" kata Jeno.
"Tapi kita semua sebaya" kata Renjun.
"Ikut bulan kelahiran" cadang Haechan.
"Yeah kita ikut bulan kelahiran" kata Jeno.
"So aku first" kata Renjun.
"Aku second" kata Jeno pula.
"Aku nombor tiga" sambung Haechan.
"Kau last, Nana" kata Haechan.
"Aku bukan lastlah" marah Jaemin.
"Ye. Ye. Kau bukan last" kata Haechan.
Dengan pisau yang digenggam erat Jeno mula mengukir nama mereka pada permukaan pokok tersebut. Diukir nama mereka dengan berhati-hati bagi mengelakkan luka. Haechan, Renjun dan Jaemin memerhati perbuatan Jeno dengan sabar.
"Jen mana kau dapat idea nak buat benda ni?" tanya Haechan.
"Aku tengok dalam cerita" jawabnya.
"Cerita apa?" tanya Haechan lagi.
"Entahlah aku tak ingat" jawab Jeno.
"Si....."
Belum sempat Haechan menyambung percakapannya Renjun mengetuk kepalanya sebelum mencelah.
"Chan jangan ganggu fokus Jeno -lah"
"Ala kau ni aku tanya je" kata Haechan.
"Arghhh" jeritan Jeno menghentikan perang mulut yang bakal terjadi antara Renjun dan Haechan.
Kelihatan jari telunjuk Jeno dipenuhi darah.
"Da.. rah" kata Renjun dan Haechan serentak dengan mata membulat. Manakala Jaemin dah panik mencari benda yang boleh menghentikan darah Jeno.
"Oh my! Kenapa berdarah ni sayang" jerit Amber yang merupakan ibu kepada Jeno.
Dengan segera dia membalut jari anak lelakinya dengan sapu tangan yang dikeluarkan daripada kocek seluar. Lalu dibawa anaknya duduk di atas tikar tempat perkelahan mereka. Manakala Yoona, ibu kepada Jaemin mengeluarkan kotak kecemasan yang sentiasa dibawa untuk kemana-mana. Jari Jeno dirawat dengan berhati-hati.
"Now all of you own us an explanation" kata Amber.
"Tangan Jeno darah sebab terkena pisau masa dia ukir nama kitaorang dekat pokok tu" kata Jaemin sambil menunjukkan pokok tempat mereka berkumpul tadi.
"Kenapa guna pisau? Korang tahukan pisau tu tajam?" tanyanya dengan suara yang amat tegas.
"Tahu" jawab keempat-empat mereka dengan serentak.
"Lain kali jangan buat lagi faham?" kata Wendy yang merupakan ibu kepada Renjun.
"Faham"
"Okey now korang makan. Kalau dah bermain tak ingat nak makan bebudak ni" arah Luna .
Dengan segera Jeno, Jaemin, Haechan dan Renjun mengambil pinggan bersedia untuk makan. Sebenarnya nak mengelak daripada mendengar bebel yang sudah pasti akan panjang kalau mereka tidak berhenti makan.
*****
Renjun tersenyum manis selepas teringat kembali kenangan lama. Jaemin yang duduk kerusi yang sememangnya diletakkan di bawah pokok tersebut turut tersenyum kerana dia juga mengingati kembali peristiwa lama itu.
"At the end Uncle Donghae yang ukirkan untuk kita kan?" kata Renjun untuk kepastian dan Jaemin hanya mengangguk tanda mengiakan pertanyaan Renjun.
Namun ada sesuatu yang mengganggu pemikiran Renjun.
TBC
YOU ARE READING
03| STAR MAESTRO
FanfictionSM SERIES: 2 4 orang sahabat berjanji untuk bertemu semula di tempat kegemaran mereka selepas 15 tahun. Adakah mereka akan menepati janji zaman kanak-kanak mereka? "Kita akan jumpa dekat sini selepas 15 tahun" "Jangan lupa janji kita" Somethings ha...