16

11 3 1
                                    

"Are you sure kita dekat tempat yang betul?" tanya Haechan.

Dihadapan mereka kini terdapatnya sebuah perkampungan yang dikelilingi kehijauan alam semula jadi. Burung berterbangan bebas di udara, pokok-pokok dan juga bunga-bungaan juga hidup segar.

"Segar giler udara dekat sini" kata Renjun sambil menghirup-hirup udara segar di sekitarnya.

"Kalau ikut peta ni memang betul" kata Winwin.

"Why not kita tanya penduduk dekat sini" cadang Jeno.

"Pergilah tanya. Pergi. Ramai orang yang kau boleh tanya" perli Yang Yang.

Jeno membuat muka 'aku ke yang kena tanya?' sambil menunjuk ke arah dirinya.

"Jen.... kau ada nampak ke orang kat sini?" tanya Renjun dengan pandangan datar.

Jeno memandang sekeliling. "Eh haahlah takde orang dekat sini" katanya sambil mengaru kepalanya.

Mereka hanya mengeleng pasrah.

"Hailah... nasib korang dapat kawan macam ni" kata Winwin.

"Macam ini -lah. Apa kata kita berpecah and cari penduduk dekat sini. After 30 minutes kita kumpul sini balik" cadang Jaemin.

"Okey" jawab mereka yang lain hampir serentak.

Tanpa perlu bersuara mereka membentuk kumpulan secara semulajadinya.

Haechan - Winwin - Mark

Jaemin - Yang Yang

Jeno - Renjun

"30 minit kumpul sini balik" ulang Mark.

"Baik" jawab mereka dan terus berpecah.

Haechan's POV

"Nyaman sungguh udara dekat sini kan hyung?" kata ku kepada dua orang hyung yang menjadi kumpulanku.

"Betul. Rasa tenang je" jawab Mark.

"Tenang memang tenang. Nyaman memang nyaman. Tapi korang jangan lupa tujuan kita ke sini" kata Winwin yang memberi peringatan kepada kami dua beradik.

"Ye hyung kami tak lupa" jawab Mark sambil tersengih.

"Dah jom jalan. Mana tahu ada orang kat kawasan ni" kata Winwin.

"Tapi korang tak pelik ke. Asal kawasan ni takde orang walaupun hari masih siang"

"Pelik juga tapi nak buat macam mana. Kita cari je" arah Winwin.

"Apa kata kita ketuk pintu rumah diorang" cadangku.

Winwin dan Mark memandang antara satu sama lain lalu mengangguk.

Aku sedang berdiri di hadapan sebuah rumah yang pintu dan tingkapnya semua tertutup rapat mengetuk pintu rumah tersebut. Tapi sebenarnya semua rumah begitu.

"Hello. Ada orang tak?" jeritku sambil mengetuk pintu rumah tersebut beberapa kali. Namun malangnya tiada sahutan yang boleh didengari oleh nya.

"Pelik" kataku.

Mark dan Winwin yang mengetuk pintu rumah berdekatan juga mengangguk.

"No answer juga" kata mereka serentak.

Jeno's POV

"Kampung apa ni tak de orang pon" rengus Renjun. Lagi tadi dia merungut kerana tiada orang yang dapat mereka tanya. Kawasan tersebut seperti tiada orang.

"Injun, lek ah. Kejap lagi maybe kita akan jumpa" pujuk ku. Sebenarnya aku sudah tidak tahan dengan bebelannya.

"Shushhh" bunyi Renjun sambil jari telunjuknya diletak di bibir.

"Kenapa?" tanyaku perlahan.

"Jom ikut aku" dengan langkah pasrah aku hayunkan langkah mengikut Renjun yang menarik tanganku seperti ingin tercabut.

"Sungailah!!!" jeritnya teruja apabila langkah kakinya mula berhenti.

Dia mula berlari ke arah sungai tersebut tanpa sempat aku tahan. Kepala ku digelengkan melihat gelagatnya. Aku melangkah mendekati sungai itu.

"Jeno come here. Best siot" jerit Renjun yang sudah berada di dalam air.

Aku hanya mengeleng tanda tak mahu.

"Ala jom ah. Segar weh air dia" ajaknya lagi.

"Taknak ah Renjun. Kita kena cari orang buka mandi kat sini" kataku.

Aku lihat dirinya mula mengulumkan senyuman. Ah sudah.

Tidak sempat aku berlari menyelamatkan diri, bajuku sudah kebasahanan akibat onarnya. Akhirnya aku mengalah dan turut serta berendam di dalam air.

Leka kami berendam aku merasakan tidak sedap hati. Aku memandang ke arah tempat kami meletakkan kasut kami dan ternampak Winwin yang bercekak pinggang.

"Kau nak mati ke?!" jeritnya apabila ternampak aku memandang ke arahnya.

Yang Yang's POV

Setelah berjalan dilorong yang sepi. Aku ternampak sebuah kedai yang tidak tertutup.

"Jay. Aku nampak satu kedai ni. Macam buka je. Jom pergi tengok" ajak aku sambil menarik tangan Jaemin.

Jaemin hanya menurut. Mana tahu mereka akan berjumpa dengan penduduk di sini.

"Hello ada orang tak?" jeritku diluar kedai itu namun tiada sahutan.
"Jom masuk"

"Takpe ke kalau kita main masuk je ni?" tanya Jaemin yang nampak ragu-ragu untuk masuk.

"Dah namanya kedai mestilah orang boleh masuk" kataku dengan yakin. Aku terus menarik Jaemin supaya mengikuti aku.

Namun baru beberapa langkah kami memasuki kedai tersebut terasa ada hentakkan di kepala aku sempat melihat beberapa orang lelaki di belakang kami sebelum pandangan aku mula hitam. Kami pengsan di situ.

"Opss terkuat pulak" kata seorang pemuda berambut panjang yang memukul Jaemin dan Yang Yang sambil tersengih.

"Sengallah kau. Dengar bunyi pon dah tahu" kata seorang lelaki yang paling tinggi antara mereka.

"Udah ler tu. Angkat mereka masuk" arah seorang daripada pemuda tersebut.

Kedua-dua lelaki tersebut mengikut arahan ketua mereka dan memapah kedua lelaki yang mereka pengsankan.

TBC

03| STAR MAESTROWhere stories live. Discover now