"Alamak siapa punya wallet pulak ni?" kata Renjun sendirian apabila dia ternampak wallet berwarna hitam di atas meja.
Dengan perasaan was-was dia membuka wallet tersebut untuk melihat empunya wallet tersebut. Satu kad pengenalan diri ditarik keluar dalam masa yang sama sekeping gambar kecil turut sama ditarik keluar. Tubuh Renjun kaku melihat gambar yang terjatuh di atas meja itu. Kad pengenalan diri tersebut dilihat dengan teliti. Gambar seorang lelaki yang selalu datang ke cafe mereka dan memesan latte dan kek tiramisu terpampang. Namanya pula dibaca. 'Lee Jeno'. Satu nama yang cukup membuatkan Renjun boleh tersenyum manis. Nama sahabat yang dirinduinya.
Dengan pantas dia menuju ke arah kaunter tempat Jaemin membuat tugasannya membacuh dan menghidangkan kek dan biskuit.
"Ya Jaemin" panggil Renjun agak kuat.
Jaemin memandangnya sebelum mengangkat keningnya tanda 'kau nak apa?'. Tapi malang sekali Renjun tidak menjawab sebaliknya tersenyum lebar sambil menunjukkan sebuah wallet. Berkerut kening Jaemin melihat wallet yang ditunjuk Renjun.
"Wallet sape pulak kau pegang tu Renjun?"
"Wallet one of our customer" kata Renjun dengan senyuman yang belum pudar daripada bibirnya.
"Dah tu. Jangan cakap kau nak curi. Aku sepak kau kang"
"Eh budak sekor ni. Suka hati je kata nak aku mencuri" kata Renjun sambil mengetuk kepala Jaemin menggunakan wallet ditangannya.
"Dah tu? Mana kau dapat wallet ni?" tanya Jaemin.
Belum sempat Renjun menjawab ada suatu suara menyampuk.
"Maaf tapi korang ada nampak wallet kat meja sana tak?" tanya jejaka itu.
Tidak semena-mena Renjun berlari keluar dari bahagian kaunter dan memeluk lelaki itu. Lelaki itu terkejut lalu terus menolak Renjun kerana dia dipeluk secara tiba-tiba. Jaemin sudah terganga melihat perilaku Renjun.
"Yah kau dah kenapa tetiba peluk aku. Gay ke apa?" marah lelaki itu.
"Jeno. Kau tak kenal aku ke?" Jaemin yang berada di kaunter membesarkan matanya apabila mendengar nama itu.
"Macam mana kau tahu nama aku ni? Kau siapa?"
"Oh aku buka wallet kau sebab nak tahu siapa pemilik dia sebab aku jumpa atas meja tadi. And nama aku Renjun. Huang Renjun" kata-kata Renjun membuatkan lelaki itu berkerut.
"Jap kau serius ke dia ni Jeno?" tanya Jaemin dengan muka tidak percaya.
"Jay aku yakin dia ni Jeno. Masa aku nak tarik id card nak tengok siapa pemilik wallet ni ada sekeping gambar yang turut sama tertarik. Gambar tu gambar kita dengan pokok tempat lepak kita dulu" cerita Renjun dengan teruja.
"Okey. I got it. Kalau kau Renjun, Jay ni sape pulak?" tanya jejaka itu.
"Jay ni ialah Na Jaemin aka Nana" terang Renjun. Setelah lama jejaka itu meneliti Renjun dan Jaemin akhirnya jejaka itu tersenyum. Terselah eye smilenya.
"Injun. Nana. Sorry ambil masa yang lama untuk cam korang" kata jejaka itu atau lebih dikenali dengan nama Lee Jeno.
"See Nana penantian kau selama ni tak sia-sia. Sekarang ni just Haechan je yang kita tak jumpa lagi" Jaemin tersenyum suka sambil menepuk tangannya.
"Penantian kau selama 2 bulan ni pon tak sia-sia Injun"
"Akhirnya penantian kita selama ni tak sia-sia" kata Jeno penuh makna.
TBC
YOU ARE READING
03| STAR MAESTRO
FanfictionSM SERIES: 2 4 orang sahabat berjanji untuk bertemu semula di tempat kegemaran mereka selepas 15 tahun. Adakah mereka akan menepati janji zaman kanak-kanak mereka? "Kita akan jumpa dekat sini selepas 15 tahun" "Jangan lupa janji kita" Somethings ha...