4

21 2 1
                                    

"Jay kau yakin mereka akan datang sini?" tanya Renjun yang baru selesai membersihkan pinggan dan cawan yang kotor. Yes Renjun diterima bekerja di cafe tersebut memandangkan hanya patner lama Jaemin telah berhenti kerja.

"Aku yakin Jun. Mereka tak pernah mungkir janji" kata Jaemin menyakinkan Renjun.

"Apa yang kau buat selama 2 tahun kau bekerja kat sini?"

"Aku hanya membuat kerja yang aku perlu buat seterusnya menunggu dan terus menunggu" kata Jaemin.

"Kau tak pernah cari di tempat lain?"

"Tak sebab tak cukup 15 tahun untuk korang kembali ke sini. Tapi lepas ni maybe aku akan mula mencari"

"Kau nak cari sensorang ke?" usik Renjun.

"Yah kau nak biarkan aku cari mereka sensorang ke?" tanya Jaemin sambil mengetuk kepala Renjun.

"Mestilah tak gurau je. Kau ni kan dah ambik alih kerja aku ke? Asyik nak main kepala aku je" tanya Renjun sambil bercekak pinggang.

Hal ini kerana, pada zaman mereka masih kecil Renjun selalu mengetuk kepala mereka sekiranya rasa tidak berpuas hati atau ketika mereka bergaduh.

Jaemin ketawa kecil mendengar kata-kata Renjun.

"Maybe" balasnya pendek.

Ting.

Kelihatan seorang pemuda masuk ke dalam cafe itu. Renjun terus memulakan tugasnya.

"Ya encik nak pesan apa?"

"Hot Latte and Tiramisu cake" pesannya lalu terus membayar harga pesanan tersebut tanpa sempat Renjun memberitahu harganya.

Dengan pantas Jaemin melakukan kerjanya menyediakan pesanan tersebut. Setelah Jaemin menghantar pesanan tersebut dia terus duduk di sebelah Renjun.

"Jay dia pelanggan tetap sini ke?" bisik Renjun.

"Aku baru nampak dia seminggu lepas. Dia akan order Hot Latte and Tiramisu cake setiap hari" jawab Jaemin.

"Ouh patut ah"

"Kenapa?"

"Takdelah tadi aku tak sempat bagitahu harga dia dah hulur duit. Tu yang aku tanya kau tu" terang Renjun.

"Jun kau nak tahu sesuatu tak?" tanya Jaemin. Renjun hanya memandang ke arah Jaemin dengan muka 'apa dia?'

"Pokok kita dulu ada lagi kat belakang cafe ni" beritahu Jaemin sambil tersenyum menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Kau seriuslah?" tanya Renjun dengan muka teruja.

"Tak caya before balik nanti aku tunjuk" kata Jaemin.

"Wah rindu tho dengan pokok tu" kata Renjun. Jaemin hanya ketawa kecil kerana pokok itu pokok yang bersejarah bagi mereka berempat.



TBC

03| STAR MAESTROWhere stories live. Discover now