13

20 3 3
                                    

"Wah kau tinggal sini?" tanya Yang Yang sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah sewa Jaemin.

"Yelah. Kalau tak buat apa aku ajak kau datang sini" kata Jaemin dengan pandangan data.

"Hehehehe saje je tanya. Jangan marah. Dulu masa aku datang first time kau still tinggal dekat kafe tu"

"Ala aku ada duit lebih sikit tu yang aku sewa dekat sini. Lagipon sewanya murah walaupun siap dengan perabot semua"

"So Yangyang kau buatlah macam rumah sendiri. Kami mahu bersihkan diri sementara tunggu Chan dengan Jen sampai" ujar Renjun.

Renjun sudah dapat menerima hakikat yang Yang Yang merupakan rakan baik semasa kecilnya. Itu pon apabila Yang Yang menunjukkan gambar mereka sewaktu kecil sebelum dia sekeluarga berpindah.

Aktiviti malam itu diisi dengan pelbagai cerita yang mengimbas kambali kenangan 5 sekawan itu. Semakin lama bercerita semakin tergambar kenangan bersama Yang Yang yang Jeno dan Renjun lupakan sejak sekian lama. Sempat juga mereka bermain PUBG sehingga jam 3 pagi sebelum masing-masing terbongkang di ruang tamu.

Matahari mula memunculkan diri. Kelihatan 5 orang teruna masih terbongkang di ruang tamu rumah sewa Jaemin.

Tit.. Tit.. Tit..

Berkumandang alarm yang dipasang oleh Renjun. Terpisat-pisat Yang Yang mula bangun dan mengejutkan rakan-rakannya.

"Oii bangunlah kata nak keluar jenjalan. Dah pukul 11 pagi dah ni" kejut Yang Yang dengan menendang hujung kaki Haechan dan Jeno yang tidur disebelahnya.

Namun begitu, masih tiada tanda-tanda untuk Jeno, Haechan, Jaemin dan Renjun untuk bangun daripada tidur mereka.

Yang Yang membetulkan anak tekaknya dengan berdehem terlebih dahulu sebelum....

"BANGUN!!! BANGUN!!! KEBAKARAN" jerit Yang Yang.

Kelam kabut 4 orang jejaka tersebut bangun.

"Kebakaran...." jerit Haechan.

"Mana? Mana kebakaran?" tanya Jaemin. Yelah dahlah rumah sewa dia. Mana dia nak tinggal nanti.

"Hahahahaha. Lawak tho muka korang" ketawa Yang Yang sendirian selepas melihat reaksi rakan-rakannya yang terpedaya dengan penipuannya.

"Cis, kurang ajor betul budak sorang ni" rungut Renjun.

"Dah tu aku kejut baik-baik semua taknak bangun terpaksalah aku guna cara kasar" balas Yang Yang.

Haechan, Jaemin, Jeno dan Renjun memandang Yang Yang tidak puas hati. Namun Yang Yang buat tidak endah sahaja dengan pandangan yang diberikan oleh 4 orang jejaka itu.

"Dah pergi mandi. Kata nak lepak harini" arah Jaemin.

Satu jam masa yang diambil oleh kelima-lima jejaka itu untuk bersiap. Akhirnya mereka keluar untuk bersarapan sebelum menghabiskan masa dengan merewang kesana sini.

"Gunting, Batu, Kertas"

"Yes!" jerit  Yang Yang dan Haechan.

"Senyap tenuk. Tak malu ke?" kata Jeno dengan nada geram.

"Hehhh dah kalah nak geram lak" usik Haechan.

"Hahahaha dah gi bayar Jen" arah Renjun.

Jeno telah kalah permainan osom yang membuatkan dia terpaksa membayar sarapan plus makan tengah hari mereka (brunch) mereka pada hari itu.

"Tulah aku dah kata keluarkan gunting kau degil nak keluarkan batu. Kan dah kalah" perli Jaemin.

"Yelah. Kali ni korang lepas" kata Jeno dengan tidak puas hati. Dia bangun dan ke kaunter pembayaran.

Haechan dan Yang Yang ber'high five'. Nampaknya rancangan mereka untuk mengenakan Jeno berhasil. Mereka telah berpakat berdua untuk mengeluarkan kertas. Jaemin yang perasan keadaan itu menyuruh Jeno mengeluarkan gunting tapi malangnya Jeno berdegil untuk mengeluarkan batu kesayangannya dan kalah. Hasilnya dia perlu membayar brunch mereka tengah hari itu.

"Suka nau menyakat budak tu. Asal tak ajak aku?" kata Renjun. Dia yang memerhati gelagat dua orang jejaka itu hanya mengeleng tidak puas hati.

"Lah kau pun sama dengan diorang Jun?" tanya Jaemin tidak puas hati.

"Hehehehe bukan selalu" kata Renjun, Haechan dan Yang Yang serentak.

Kali ini Jaemin pula yang mengelengkan kepalanya. Pusing apabila rakan-rakannya yang sudah berumur 20 tahun berperangai seperti 15 tahun lalu.

"Ikut suka korang ler" kata Jaemin. Pasrah dengan  perangai jejaka bertiga itu. Langsung tidak berubah.

"Udah tu jom" kata Jeno. Mukanya juga pasrah selepas dikenakan oleh Yang Yang dan Haechan.

"L World, wait for us" jerit Haechan.

"Jangan dekat! Aku tak kenal kau" kata Jaemin selepas Haechan menjerit.

Malu apabila ada beberapa orang memandang ke arah mereka atau lebih tepat ke arah Haechan yang menjerit.

"Ahhh I don't care. Lama tak balik sini. So aku nak enjoy sepuas hati aku" kata Haechan. Dia juga mendahului langkah empat remaja lelaki yang lain dengan perasaan teruja.

"Ah sudah. Datang dah perangai tak semenggah dia tu" rungut Jeno namun akhirnya dia masih mengikuti langkah Haechan yang terlebih teruja.

Setibanya di L World yang merupakan taman tema yang menjadi tumpuan para remaja Korea kami bermain hampir semua permainan.

"Jay. Tengok tu" panggil Yang Yang.

"Aku tahu" kata Jaemin tanpa melihat.

Yang Yang menghela nafas berat.



TBC

Nak tahu apa yang mereka nampak? Wait for the next chapter!!

03| STAR MAESTROWhere stories live. Discover now