8

22 3 2
                                    

"Tapikan bila diingatkan balik benda tu memang lawak" kata Jeno sambil ketawa.

"Tak lawak weh. Buat malu aku je" kata Jaemin yang sudah memasamkan mukanya sambil menumbuk lengan Jeno.

"Aku langsung tak percaya yang Haechan boleh buatkan kau pakai dress pink tu" sambung Renjun pula.

"Ewww tu lagi satu. Kau tahu tak dia paksa aku makan yogurt strawberri kalau aku tak pakai dress pink tu. Ergghh memang aku lebih rela pakai dress ah daripada terpaksa makan benda alah tu" cerita Jaemin.

"No wonder ah. Haechan kecik-kecik dah pandai kenakan orang. Agaknya sekarang dia macam manalah agaknya"

"Ermmm tulah. Harap dia tak lupa j.."

"Tolonggg" tak sempat Jeno menghabiskan ayatnya suatu suara sayup-sayup meminta tolong.

"Weh suara sape tu" tanya Renjun sambil memeluk lengan Jaemin. Dasar penakut.

Jaemin dan Jeno memandang sekitar untuk mencari ke mana arah datangnya suara itu.

"Tolonggg" suara itu lagi sekali kedengaran. Jaemin dan Jeno memandang satu sama lain sebelum bergerak ke arah sebuah lorong yang berada 10 meter di hadapan mereka.

"Wehh tak payah lah pergi. Mana tahu tu suara hantu" kata Renjun.

"Jun, mana ada hantu tengah hari buta ni"

"Kau duduk sini apa-apa nanti kami panggil" arah Jaemin. Selepas itu Jaemin dan Jeno terus masuk ke dalam lorong itu untuk memeriksa apa yang berlaku.

5 minit berlalu. Akhirnya kelibat Jaemin dan Jeno kelihatan tetapi mereka memapah satu tubuh yang kelihatan lemah.

"Weh siapa ni? Apa dah jadi?" tanya Renjun.

"Kita bawa dia pergi hospital dulu" kata Jeno.

................................................................................................................................

"Dah settle. Jom balik" ajak Jeno.

"Kita tunggu sampai dia sedar dulu. Aku ada benda nak tanya dia" kata Jaemin.

"Kau nak tanya apa Jay?" tanya Renjun.

"Ermmm aku tak tahu nak terangkan pada korang macam mana tapi yang pasti aku kena make sure dulu pasal benda ni baru aku boleh cerita pada korang"

"Okeylah kalau macam tu aku nak pergi beli air kat cafeteria bawah. Kau nak order apa-apa tak?" tanya Jeno.

"Ice Americano. Jun kau pergilah ikut Jeno biar aku tunggu sini"

"Kau okey kan sensorang kat sini?" tanya Renjun.

"Okey je. Apa-apa nanti korang call aku. Aku ada je kat sini sampai dia bangun"

Jeno dan Renjun mengangguk dan berlalu pergi.

.........................................................

"Jeno kau tak rasa ke yang Jay tu pelik sikit. Siap nak tunggu lelaki tadi bangun"

"Peliklah jugak. Agaknya apa benda yang dia nak tanya orang tadi eh?"

"Tahlah. Kau nak tahu tak Jay kata dia ada benda nak bagitahu kita bila semua dah berkumpul. Waktu dia cakap tu muka dia agak serius. Macam benda tu penting. Bila aku suruh dia bagitahu aku awal dia taknak. Mesti semua dah ada baru boleh dia bagi tahu"

"Pelik gak. Penting sangat ke sampai dia taknak bagitahu kau benda tu dulu"

"And kalau kau perasan dia sangat berhati-hati dengan percakapan dan pergerakkan dia kat luar rumah. Kadang-kadang dia tetiba je tukar topik perbualan kita.  Macam ada something yang dia takutkan or sorokkan"

Jeno memandang Renjun.

"Takpelah nanti lepas jumpa Haechan mesti dia akan bagitahu kita pasal benda yang ada dalam fikiran dia"

Perbualan mereka terhenti apabila mereka terpaksa mengambil minuman yang mereka order.



TBC




03| STAR MAESTROWhere stories live. Discover now