Hari ini merupakan hari berkawal bagi Jaemin dan Johnny. Walaupun tempat ini agak selamat bagi mereka, namun beberapa kali percubaan pecah masuk membuatkan mereka lebih berhati-hati. Maka wujud lah jadual berkawal bagi setiap penghuni lelaki kawasan itu.
Grukk... Grukkk.. Grukkk..
Jaemin dan Johnny saling berpandangan. Apabila mata mereka bertatapan beberapa saat, Johnny tersengih.
"Kenapa hyung? Sakit perut lagi?" tanya Jaemin prihatin.
"Eo.. Hyung pon tak tahu apa masalah perut ni asyik sakit je" jawab Johnny.
"Apa kata hyung pergi je berehat. Lagipon masa berkawal kita pon tak lama lagi habis" usul Jaemin.
"Takpelah. Like you said, tak lama pon lagi" tolak Johnny. Matanya memerhati sekeliling.
"Don't worry about me, hyung. Hyung pergi je berehat"
"Is it okey? Are you sure about this?" tanya Johnny serba salah.
"Yes. I am sure 100%. Just rest hyung" tegas Jaemin yang mahukan Johnny berehat. Hal ini kerana sudah beberapa kali Johnny ke tandas sepanjang tempoh masa mereka berkawal.
"Okeylah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa berlaku jangan lupa panggil hyung guna walkie-talkie ni. Especially kalau nampak orang asing dan mencurigakan" Johnny memberi peringatan ringkas kepada Jaemin.
"Baik. Baik. Jaemin bukan budak-budak lagi sampai tak tahu nak buat apa"
"LOL.. seriously bukan budak lagi?"
"Hyung, better you go now" kata Jaemin dengan muka datar. Malas nak melayan hyung yang sorang ni.
Johnny bila garang memang semua takut sebab dia memang menakutkan bila marah. Tapi bila dia baik, dia akan jadi terlebih caring dan suka menyakat sampai orang lain pon pasrah nak melayan dia.
Jaemin meneruskan tugasannya selepas kelibat Johnny menghilang. Khusyuk menjalankan tugasnya melihat sekeliling namun sesuatu membuatkan dia terpanar. Matanya digosok beberapa kali untuk memastikan apa yang dilihatnya benar dan bukan khayalan.
"No way. Tak mungkin" ujar Jaemin yang masih pegun di tempatnya berdiri. Namun lembaga yang dinampaknya melambaikan tangan seakan-akan memanggilnya untuk menghampiri.
Tanpa sedar Jaemin melangkah setapak demi setapak menuju ke lembaga tersebut. Matanya mula memanas. Takungan air mata juga hampir jatuh. Hampir sekian lama dia tidak menjatuhkan mutiara jernih itu namun apa yang dilihatnya sekarang membuatkan mutiara itu jatuh kembali.
Jaemin semakin hampir memuju ke lembaga itu. Itu bermaksud dia juga hampir keluar daripada lingkungan keselamatan. Langkahnya dilajukan.
TAK!
Lariannya terhenti apabila seseorang menariknya dari belakang. Jaemin berusaha melepaskan tarikkan tangan orang tersebut. Namun semakin kuat orang tersebut menariknya.
"Lepaskan aku Jeno" marah Jaemin. Dia masih berusaha menarik lengannya daripada cengkaman kuat Jeno. Matanya kembali memandang tempat lembaga tersebut namun lembaga itu menghilang.
"Kau gila ke Jaemin? Apahal kau nak keluar?!" marah Jeno. Mukanya tidak memamirkan ketenangan seperti kebiasaannya. Raut wajahnya keruh bercampur risau.
"Appa aku. Aku nampak appa aku dekat luar. Dia panggil aku. Lepaskan tangan aku Jeno! Aku nak cari appa aku" Jeno tersentak.
Jaemin masih memberontak untuk melepaskan diri daripada cengkaman Jeno.
PAK!
Satu das penampar dilepaskan di pipi sahabatnya itu. Jaemin terkesima.
"KAU DAH KENAPA HA?" marah Jaemin.
YOU ARE READING
03| STAR MAESTRO
FanfictionSM SERIES: 2 4 orang sahabat berjanji untuk bertemu semula di tempat kegemaran mereka selepas 15 tahun. Adakah mereka akan menepati janji zaman kanak-kanak mereka? "Kita akan jumpa dekat sini selepas 15 tahun" "Jangan lupa janji kita" Somethings ha...