"Guys, jom balik" arah Yang Yang.
"Ala kenapa? Tak puas main lagi ni" rungut Haechan.
"Haah. Baru 3 jam kita kat sini. Ada lagi permainan yang kita tak main" kata Renjun.
"Jay" panggil Yang Yang. Bagaikan faham dengan pandangan Yang Yang. Jaemin mengangguk.
"Puas tak puas kita memang kena balik. Ada orang tengah perhatikan kita lagi tadi" terang Jaemin.
"Apa maksud kau?" tanya Jeno.
"Korang ingat lagi cerita aku? Mereka ekori kita lagi tadi" beritahu Jaemin.
"Mana?" tanya Haechan, Jeno dan Renjun serentak.
"Arah jam 5 aka belakang aku yang pakai baju biru gelap dan hitam tu" kata Yang Yang.
Dengan pantas ketiga-tiga jejaka itu menoleh degan pantas namun sempat diketuk oleh Jaemin dan Yang Yang.
"Bongoklah. Acts neutral lah sikit. Kalau diorang perasan nanti kita maybe akan diserang" marah Jaemin. Mereka hanya mengangguk.
Renjun memandang sekitar sebelum bersuara.
"Weh jom naik yang itu pulak" tunjuk Renjun ke arah belakang Yang Yang.
Dengan itu, mereka semua mengalihkan kepala mereka ke arah yang ditunjukkan oleh Renjun.
Kelihatan jelas dua orang lelaki yang dinyatakan oleh Yang Yang sebentar tadi sedang pura-pura melihat telefon pintar mereka.
"Jom. Lepas ni kita pergi makan" kata Jeno.
"Jom main" kata Renjun dan Haechan serupa kanak-kanak ribena.
"Jom. Aku pon tak sabar nak makan" kata Jaemin.
"Kau ni orang excited nak main kau pula tahu makan je" perli Yang Yang.
"Eh biarlah perut aku. Bukan perut kau" balas Jaemin.
Mereka berjalan melepasi dua orang lelaki tadi seperti tiada apa yang berlaku.
"Seperti yang dirancang mereka menaiki permainan itu dan terus ke restaurant untuk mengisi perut mereka.
Sementara menunggu makanan sampai mereka berbincang sesuatu memandangkan dua orang lelaki tadi tidak mengekori mereka lagi.
"Korang jangan risau. Buat masa ni aku yakin mereka hanya tahu pasal aku dengan Yang Yang je" kata Jaemin dengan yakin. Namun suaranya diperlahankan agar tiada orang lain yang mendengar perbualan mereka. Takut-takut masih ada lagi orang lain yang mengekori mereka.
"Sorry. Mungkin mereka ikut aku dari sana" kata Yang Yang. Rasa serba salah menguasai dirinya.
"Tak mereka memang dah lama ada dekat sini. Aku dah lama perasan mereka" kata Jaemin.
"Maksud kau selama ni kita memang diperhatikan?" tanya Renjun tidak percaya.
"Haah sebab tu kalau korang perasan aku cakap benda yang pelik-pelik tetiba je. Tu semua sebab aku selalu perasan dua lelaki tadi" terang Jaemin.
"Lah sebab tu ke kau selalu tetiba je tukar tajuk perbualan kita?" tanya Jeno. Jaemin mengangguk.
"Aku fikir yang memang pelik cenggini rupanya ada udang di sebalik tomyam" kata Jeno.
"Hehehehe aku tak bagitahu korang takut korang gelabah je" kata Jaemin.
Jeno dan Renjun memandang satu sama lain. Akhirnya persoalan mereka terjawab juga.
"Nampaknya korang bertiga kena balik secepat mungkin. Dapatkan rantai korang baru kita boleh berkumpul kembali macam yang lain" kata Yang Yang.
"Maksud kau kitaorang kena tinggalkan Korea dalam masa terdekat?" tanya Haechan.
Yang Yang dan Jaemin mengangguk tanda mengiakan pertanyaan Haechan. Serentak itu juga makanan yang mereka pesan dihantar ke meja. Dia mendiamkan diri sementara menunggu pelayan itu menghidangkan makanan mereka.
"Makin lama korang duduk dekat sini makin bahaya buat korang" kata Yang Yang apabila pelayan itu berlalu pergi.
"Yes. Tujuan aku tunggu korang dekat sini pon hanya untuk tunaikan janji kita sekali gus untuk beritahu korang semua pasal benda ni in case kalau parents korang don't say anything about this" kata Jaemin.
"Kalau kau dah kata begitu mungkin hujung minggu ni aku tempah tiket balik Malaysia" kata Jeno.
"Habis kerja aku macam mana?" tanya Renjun.
"Berhenti jelah. Aku pon akan berhenti join Yang Yang balik New York" kata Jaemin.
"Haish.. Baru nak enjoy dah kena balik"kata Haechan sambil menyuap makanan ke mulut. Yang lain ketawa melihat Haechan yang nampaknya tidak berpuas hati dengan perancangan itu.
TBC
YOU ARE READING
03| STAR MAESTRO
FanfictionSM SERIES: 2 4 orang sahabat berjanji untuk bertemu semula di tempat kegemaran mereka selepas 15 tahun. Adakah mereka akan menepati janji zaman kanak-kanak mereka? "Kita akan jumpa dekat sini selepas 15 tahun" "Jangan lupa janji kita" Somethings ha...