3

21 3 0
                                    

"Kau dah berapa lama kat sini?" tanya Jaemin sambil menanggalkan apronnya.

"Aku baru je sampai dari airport. Datang sini ingat nak tengok tempat kita sambil relax kejap tapi tak sangka tempat kita dah berubah"

"Nasib baik kau terus datang sini. Kalau tak aku takkan jumpa kau"

Renjun hanya ketawa kecil mendengar ucapan Jaemin.

"Kau dah ada tempat tinggal?"

Renjun hanya tersengih lalu menggelengkan kepalanya.

"Jom tinggal dengan aku. Aku pon tinggal sorang je" kata Jaemin dengan mata berharap.

"Tak menyusahkan kau ke Jay?"

Jaemin memandang Renjun sebelum menyekel kepalanya.

"Kau ni tanya benda tak logik lah. Kan aku dah ajak maknanya kau takkan menyusahkan aku"

"Ala tanya je pon tu pon nak sekeh kepala precious aku. Jay kau kata kau tinggal sorang kan? Uncle and auntie tak ikut balik ke?"

Berubah terus muka Jaemin apabila mendengar persoalan Renjun.

"Ma dengan Pa aku dah takda. Mereka dah tinggalkan aku selamanya" kata Jaemin sambil menahan air matanya daripada keluar.

"Jaeminnn. Aku minta maaf. Aku tak tahu pon parents kau dah takde" kata Renjun sambil mengusap badan Jaemin bagi menenangkan gelodak di hati Jaemin. Walaupun Jaemin tidak menangis tapi di sudut hatinya di pasti menderita rindukan ibu bapanya.

"Takpelah Jun. Benda dah jadi. After parents aku pergi aku terumbang-ambing mencari kekuatan. Even sekolah pon aku berhenti. After one year baru aku dapat balik kekuatan aku dan ambik keputusan untuk balik sini semula. Tempat ni adalah tempat pertama yang aku datang lepas turun dari airport" terang Jaemin panjang lebar.

"Nampaknya kau dan aku sama-sama cari tempat ni dulu masa jejakkan kaki ke sini" kata Jaemin.

"Jun mana parents kau?"

"Parents aku ada kat Canada. Actually aku datang sini tanpa keizinan mereka. Mereka membangkang habis bila aku kata aku nak balik Korea. Aku pon tak tahu kenapa. Tapi aku still pergi sebab aku dah janji dengan korang dan yang paling penting aku rindu korang"

"Kau tak tanya mereka kenapa mereka tak bagi kau datang Korea?"

"Aku dah tanya tapi mereka senyap je"

"Ish kau ni mesti sekarang uncle and Auntie sedang risaukan kau"

"Takdenya aku dah kata dengan mereka aku pergi bercuti ke Thailand dengan kawan-kawan aku. Dan aku mengambil masa yang agak lama untuk yakinkan mereka. Akhirnya mereka izinkan aku pergi 'bercuti' kerana mereka ada kerja nak kena buat" kata Renjun.

"Ermm suka hati kau lah Jun. Jom kita balik rumah aku. Dah lewat ni" kata Jaemin sambil berjalan melepasi Renjun. Dia akan menunjukkan Renjun jalan ke rumahnya.



TBC

03| STAR MAESTROWhere stories live. Discover now