Matahari bersinar terang. Awan berarak perlahan bersama tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Makanya hari itu dipilih oleh mereka untuk berkelah bersama. Sinaran cahaya matahari yang memancar kan permukaan sungai membuatkan air sungai itu kelihatan bersinar bak permata.
Di bawah pokok redang di tepi sungai berdirinya 9 jejaka bersama 4 gadis yang memakai baju t-shirt berlengan pendek bersama seluar track.
"Bentang sinilah tikar tu" arah Winter.
"No no no depan sikit ah"
"Kau nak bentang dalam air terus ke apa sengal?"
"Dalam air lah best terus boleh berenang"
"Yo budak aku tahu kau tu jelmaan dolphin tapi tak payahlah nak kelah dalam air terus"
"Baik kau masuk je dalam air tu before aku selamkan kau dalam tu" kata Haechan.
"Aaa hyung. Sampai hati" cebik Chenle.
"Sudah-sudahlah tu. Macam budak-budak lah korang ni. Cuba tengok Jisung. Elok je diri kat situ sambil pegang bakul. Takde pon gaduh macam korang. Tunjuklah contoh yang baik kepada kami yang terpaling muda ni. Kan Cung?" kata Ning Ning.
"Betul. Cubalah jadi macam kami. Baik je" ujar Jisung tanda menyokong kata-kata Ning Ning.
"Ceh. Isi bakul angkat sendiri" cebik Chenle.
"Sudah. Bak sini tikar tu. Biar saya yang bentang. Nak tunggu korang bentang rasanya sampai esok pon kita takkan dapat duduk" ujar Giselle. Tangan dihulur untuk mendapatkan tikar yang berada dalam pegangan Haechan.
"Its okey Giselle. Biar je aku yang buat. Kau diri je kat situ" kata Jeno. Tikar yang berada dalam pegangan Haechan ditarik dan dibentang ditempat yang disuruh Winter.
"So sweet habang Jeno kita" usik Yang Yang.
"Bersemut pula aku rasa" usik Renjun juga.
"Benda tho korang ni" kata Jeno membuat derp facenya.
Jaemin dan Haechan senyum penuh makna melihat sikap gentlement Jeno yang muncul secara tiba-tiba.
Shotaro dan Sungchan yang berdiri memegang bekas air itu juga tersenyum melihat Jeno yang bakal diusik oleh sahabatnya kelak. Walaupun baru mengenali mereka semua beberapa hari yang lalu, namun perwatakan dan perangai mereka sudah dapat di agak kerana mereka semua kerap bersama semasa berlatih ataupun di waktu lapang.
"Gediklah korang ni. Jangan nak mengusik Giselle aku eh!" kata Karina memberi amaran.
"Jealous ke akak Karina kita ni?" usik Haechan.
"Memang pon. Giselle hanya untuk aku. Korang jangan nak rampas dia daripada aku" kata Karina.
"Hehehehe comellah noona jealous. Tak kemana pon kembar noona tu kalau diorang usik Giselle noona" kata Jisung.
Kata-kata Jisung disetujui oleh mereka yang lain.
Karina mencebik tidak puas hati.
"Sudahlah tu semua. Kita datang sini nak picnic bukan nak gaduh" kata Sungchan.
"Jom kita mulakan aktiviti picnic kita!!" kata Jaemin dengan bersemangat.
Akhirnya keadaan menjadi seperti mereka mula-mula tiba di kawasan itu. Datang untuk merehatkan diri setelah bertungkus-lumus bekerja dan berlatih mempertahankan diri. Di samping itu, mereka turut dilatih menyanyi, menari dan bermain alat musik. Telah menjadi perkara biasa setiap ahli SM perlulah sekurang-kurangnya pandai asas kepada objektif pembinaannya.
Barang-barang disusun oleh Karina, Giselle, Winter dan Ning Ning manakala si jejaka itu semua berada di tebing sungai bersedia untuk masuk ke dalam air untuk berendam.
YOU ARE READING
03| STAR MAESTRO
FanfictionSM SERIES: 2 4 orang sahabat berjanji untuk bertemu semula di tempat kegemaran mereka selepas 15 tahun. Adakah mereka akan menepati janji zaman kanak-kanak mereka? "Kita akan jumpa dekat sini selepas 15 tahun" "Jangan lupa janji kita" Somethings ha...