Tuk.. tuk.. tuk..
Pintu rumah itu diketuk beberapa kali. Renjun yang baru selesai membersihkan diri terus menuju ke arah pintu tersebut untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu.
"Selamat Pagi" ucap si dia yang mengetuk pintu sebaik sahaja Renjun membuka pintu rumah itu.
"Selamat pagi" jawab Renjun kekok.
"Aku Jisung. Hyung semua dah siap?" tanya jejaka yang memperkenalkan diri sebagai Jisung itu.
"Ada sorang lagi yang masih mandi" kata Renjun.
"Okey nanti kalau dah siap terus pergi ke rumah berbumbung warna biru cair tu tau" tunjuk Jisung ke arah sebuah rumah yang berbumbung biru.
"Baiklah. 10 minit lagi kami kami akan ke sana" jawab Renjun.
******
"Jadi begitu ceritanya" tanya Taeyong.
"Ya. Disebabkan itulah ibu bapa kami suruh kami kemari" jawab Winwin selaku yang paling tua antara rombongan yang baru tiba semalam itu.
"Sekarang giliran kalian pula. Mengapa kalian macam tak suka orang luar?" tanya Haechan.
"Sebenarnya sebelum kedatangan kamu semua. Tempat ni sudah beberapa kali diceroboh oleh musuh kita. Tu yang kami sukar percaya orang luar. Haritu hampir sahaja seorang ahli kami mati akibat ditikam oleh musuh yang mulanya perkenalkan diri mereka sebagai ahli SM" cerita Taeyong lagi.
"Habis tu macam mana kalian boleh pasti kami bukan musuh?" tanya Renjun.
"Sebab kami jumpa rantai SM dalam salah sebuah beg semasa kami geledah beg kalian semalam" kata Doyoung.
"Bahaya tahu letak rantai tu dalam beg. Tu tanda identiti diri ahli SM" beritahu Doyoung.
"Maaf... Kami buka semalam sebab nak mandi sungai" kata Renjun sambil tersengih bagaikan kerang busuk.
"Make sure you guys tak ulang balik kesalahan tu. Jika rantai jatuh di tangan musuh ia akan membahayakan seluruh ahli kita" kata Johnny.
"Seriusly?" tanya Renjun.
"Yes. Boleh jadi sistem SM akan mati and lebih teruk kita yang mati akibat terdedah kepada musuh" jawab Jisung.
Renjun melogo apabila mengetahui betapa bahayanya akibat akan akan terjadi sekiranya rantai tersebut jatuh ke tangan musuh.
"Kamu semua buat apa berkumpul di sini? Apa aktiviti yang kalian lakukan?" tanya Jaemin apabila melihat semua orang mendiamkan diri.
"Oh good question! Ten jawab" arah Johnny.
"Kami disini hidup seperti manusia biasa. Berniaga, bercucuk tanam, menangkap ikan dan belajar mempertahankan diri" jawab Ten.
"Owhhh"
"Kenapa mempertahankan diri?" tanya Jeno.
"Sebabnya kita mesti bersedia untuk menghadapi anti SM yang akan menyerang kita bila-bila masa" jawab Taeyong.
Winwin, Mark, Renjun, Jeno, Haechan dan Jaemin mengangguk tanda setuju dengan jawapan Taeyong.
"Jadi apa yang boleh kami lakukan?" tanya Winwin.
"Well... kamu semua boleh belajar material arts dan bekerja seperti yang lain" kata Teayong.
"Nak tanya sini ada kafe ke?" tanya Jaemin.
"Oh ada. Tu yang bumbung merah tu adalah kafe dan tempat membeli makanan" jawab Johnny.
"Perlukan orang di sana? Kalau perlu aku boleh bekerja di sana" kata Jaemin.
"Ada je tempat kosong. Mengapa hyung hendak bekerja di kafe?" tanya Jisung.
"Sebelum ni aku pernah bekerja di sebua kafe selama 2 tahun jadi kepakaran aku sudah tentu dalam masakan dan bancuhan air" kata Jaemin.
"Betul tu. aku juga. Kami bekerja di kafe yang sama cuma aku tidaklah selama Jaemin. Aku pon boleh bekerja di sana?" tanya Renjun.
"Baguslah kamu berdua volunteer.. Kami memang kekurangan pekerja di kafe dan tempat membeli makanan. Kami senang hati untuk menerima pekerja kafe" kata Jaehyun dengan senyuman lebar.
"Kalau yang lain tak tahu nak kerja apa. Korang semua boleh lah lawat kawasan ni dulu. Tengok-tengok apa yang patut" kata Jaehyun.
"Okey ada apa-apa soalan tak?" tanya Taeyong.
"Tak"
"Nope"
"Okeylah kalau gitu bolehlah ikut Jisung lawat kawasan sekitar" kata Taeyong.
Jisung juga mengangguk apabila Taeyong memandang ke arahnya.
"Aye. Aye. Appa" kata Jisung.
"Appa?!" suara terkejut dikeluarkan oleh tujuh jejaka itu.
"Seriusly. Asal kau nampak macam muda lagi?" tanya Winwin.
"Hehehheehe bukan appa betul pon. Taeyong hyung yang jaga aku sejak kecil lepas parents aku meninggal tu yang aku atau yang lain gelarkan dia appa aku. Lagipun dulu kami berjiran" terang Jisung.
"OOOOOO"
"Buat terkejut je" kata Mark.
"Okeylah jom kita melawat kawasan" ajak Jisung.
Akhirnya ketujuh-tujuh orang itu keluar dari banggunan itu mengikut Jisung yang akan menunjukkan kawasan tersebut.
TBC
Setelah sekian lama tak update. Sorry semua.
YOU ARE READING
03| STAR MAESTRO
FanfictionSM SERIES: 2 4 orang sahabat berjanji untuk bertemu semula di tempat kegemaran mereka selepas 15 tahun. Adakah mereka akan menepati janji zaman kanak-kanak mereka? "Kita akan jumpa dekat sini selepas 15 tahun" "Jangan lupa janji kita" Somethings ha...