"Woi Jay bangun. Harini kerja weh" kejut Renjun.
"Aduh budak sorang ni memang tak reti nak bangun ke. Biasa elok je bangun. Ni kalau lambat pergi cafe ada yang boss marah kang" bebel Renjun sambil bersiap.
"Jun boleh tak kau jangan membebel pepagi buta ni. Bisinglah" rungut Jaemin sambil mengalihkan selimutnya.
"Aku bukan apa. Aku takut kau tak bangun je. Kang sape nak buka cafe tu? Kunci ada dekat kau kan?" pantas sahaja Renjun memberi alasan.
"Ish ada jekan alasan kau" rungut Jaemin. Dia mengambil tuala yang tersidai di belakang pintu dan bergerak ke bilik mandi yang berada berhampiran dengan dapur dengan langkah malas.
Renjun menyediakan sarapan buat mereka berdua sementara menunggu Jaemin bersiap-siap.
Kelibat Jaemin yang sudah lengkap mengenakan pakaian kerja membuatkan Renjun tersenyum.
"Jom makan!" kata Renjun dengan girang. Fuh berkorongcong perut yini menunggu Jaemin bersiap.
"Makan je tahu" perli Jaemin. Renjun pula hanya menghiraukan rakan baiknya yang memerli dirinya. Jaemin duduk dan memulakan suapan. Seusai bersarapan mereka berjalan ke cafe yang terletak kira-kira 10 minit daripada rumah yang mereka duduki.
"Jun aku lupa nak bagi tahu kau. Harini ada someone nak datang jumpa kau, Chan and Jeno" ujar Jaemin sambil membantu Renjun menurunkan semua kerusi.
"Siapa?"
"Kau tunggu jelah. Tak silap aku nanti waktu kita balik kerja dia akan datang ke kafe "
"Ish kau ni tak habis-habis nak berahsia" rungut Renjun.
"Ala petang kang kau tahu juga"
"Yelah. Kau memang suka menyiksa aku dengan pelbagai tanda tanya" rajuk Renjun.
"Uit merajuk ke?" tanya Jaemin sambil ketawa kecil.
"Dah ah kau. Aku nak sambung buat kerja aku. Kang pelanggan datang cafe tak siap tak siap lagi"
......................................................................................................
Tingg
Bunyi loceng di pintu masuk cafe berbunyi. Kelihatan seorang jejaka memasuki cafe tempat Jaemin dan Renjun berkerja.
"Maaf encik. Cafe telah ditutup" kata Renjun dengan sopan.
Lelaki yang masuk itu hanya tersenyum mendengar kata-kata Renjun sambil menyandarkan badannya di meja berhampiran dengan pintu masuk. Renjun memandang pelik ke arah jejaka itu.
"Encik cafe dah ditutup" ujar Renjun sekali lagi.
"Aku datang bukan nak makan or minum tapi..." sengaja jejaka itu mengangtungkan ayatnya untuk melihat reaksi Renjun.
"Tapi?" tanya Renjun agar jejaka tersebut menyambung ayatnya.
"Nak mengorat kau" kata lelaki itu sambil wink ke arah Renjun.
Meremang segala bulu dia badan Rnjun apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
"Encik ni nak kena ketuk ke" kata Renjun sambil mengacukan mop di tangan.
"Ala janganlah marah sayang" kata lelaki itu. Namun kini dia tangannya cuba menggapai lengan Renjun.
"Ish nak mati agaknya" kata Renjun. Tangannya juga menghayunkan batang mop yang dipegangnya.
"Stop. Stop. Gurau jelah. Aku datang ni nak jumpa orang" kata jejaka tersebut tanpa memandang Renjun tetapi sibuk meneliti sekitar cafe itu.
"Encik nak jumpa siapa?"
"Kau rasa aku nak jumpa siapa?" tanya jejaka itu. Pertanyaan itu berjaya membuatkan darah Renjun naik.
"Encik ni nak jumpa siapa sebenarnya? Jangan main-main boleh tak?" tanya Renjun dengan tegas. Tiada lagi nada lembut dalam percakapannya. 'Naik pulak darah aku bila dia ni main-main' rungut hati Renjun.
"Dah tak baik permainkan dia Yang Yang" celah suatu suara dari arah belakang Renjun.
"Ala kau ni Jay. Saja je aku nak usik dia. Rindu nak tengok dia naik angin" kata jejaka yang dipanggil Yang Yang itu.
"Kau dengan Chan sama je suka menyakat dia sampai naik angin dia dibuatnya" kata Jaemin sambil berjalan menuju ke arah Yang Yang. Penumbuk dilagakan seperti setiap kali mereka berjumpa.
"So Jay siapa mamat ni?" tanya Renjun sambil menyilangkan tangannya ke dada.
"Dia nilah orang yang nak jumpa kau. Kan pagi tadi aku dah bagi tahu kau" selamba Jaemin membalas.
"So Yang Yang?" tanya Renjun.
"Yeah. Aku Yang Yang. Kau ingat aku lagi tak?"
"Nope"
"Perghh sampai hati tho kau tak ingat aku" kata Yang Yang sambil tangannya di bawa ke dada tanda sakit yang teramat kerana Renjun tidak mengenalinya.
"Dah acah kau. Jeno pon tak ingat kau actually" beritahu Jaemin.
"Fuhhh sampai dua orang tak ingat aku. Adakah aku pergi terlalu awal sampai korang tak ingat aku"
"Jangan risau Haechan kata dia ingat kau" kata Renjun.
"Finally someone remember me besides Jay"
"Udah dramanya Yang Yang. Kau duduk dulu tunggu kitaorang berkemas. Kang kita pergi rumah aku"
"Oh Yeah. Kalau gitu korang kemas dulu aku nak gi beli minuman kat convenience store depan sana" kata Yang Yang. Selepas Jaemin mengangguk Yang Yang berlalu untuk membeli air dan snek manakala Jaemin dan Renjun menyambung kerja mereka untuk mengemas cafe.
TBC
YOU ARE READING
03| STAR MAESTRO
FanfictionSM SERIES: 2 4 orang sahabat berjanji untuk bertemu semula di tempat kegemaran mereka selepas 15 tahun. Adakah mereka akan menepati janji zaman kanak-kanak mereka? "Kita akan jumpa dekat sini selepas 15 tahun" "Jangan lupa janji kita" Somethings ha...