21

13 3 10
                                    

"Yow Jisung pergi mana tho. Aku cari kau lagi tadi" kata seorang jejaka yang baru sampai di hadapan kami.

"Aku bawa orang baru lawat kawasan" kata Jisung.

"Korang, perkenalkan ni Chenle bff aku" kata Jisung memperkenalkan kawan baiknya.

"Owh.. ni yang semalam tu eh?" tanya Chenle itu lagi.

"Yup" jawab Jisung pendek.

"Hai semua. Aku Chenle. Selamat berkenalan" katanya sambil menghulur tangan.

Kami menyambutnya satu per satu.

"Hai aku Winwin dan ni adik aku Yang Yang"

"Aku Jeno"

"Jaemin"

"I am Haechan and my brother Mark"

"Aku Renjun"

"Semoga selesa tinggal dekat sini" ucap Chenle.

"Jisung, Yong hyung cari kau tadi... Dia kata jangan nak mengelat berlatih" pesan Chenle kepada Jisung.

"Alaaaaa... Yong hyung ni tak boleh ke nak bagi aku rehat sehari je. Bosan tahu tak hari-hari berlatih" rungut Jisung. Rungutan dia hanya diperhatikan oleh kami.

"Yong hyung sayang kau sebab tu dia suruh kau berlatih. Kalau kejadian haritu berlaku lagi macam mana? Kau nak ke tengok hyung kesayangan kau tu jadi gila macam haritu" tanya Chenle dengan nada tegas.

"Alaaaa. Tu aku tahu. Tapi bagilah aku rehat sehari" rengek Jisung.

"Jisung. Dengar je cakap hyung okey. Bila kau dah makin mahir mesti Yong hyung takkan paksa kau lagi. Buat masa ni kau berlatih sekali dengan mereka" pujuk Chenle. Buat sementara aku rasa mereka hampir terlupa dengan kehadiran kami, 7 orang jejaka yang dibawa oleh Jisung.

"Yelah. Nanti lepas habis kenalkan mereka dengan yang lain aku akan sambung berlatih" kata Jisung mengalah dengan pujukkan sahabatnya. Walaupun Chenle tua setahun daripadanya tetapi Chenle mahu menjadi kawan Jisung disebabkan Jisung tiada kawan sebaya.

"Okey. Aku rasa yang lain ada dekat gelanggang B. Girls pula dekat cafe lagi rasanya" beritahu Chenle untuk memudahkan Jisung mencari ahli SM yang lain.

"Okey thanks. Bye" kata Jisung. Mereka bersalaman dengan cara mereka sebelum Jisung dan 7 jejaka itu berlalu ke gelanggang B.


***

"Ramah jugak kan orang dekat sini" tanya Jaemin.

"Ye weh. Cepat je aku rasa selesa tinggal dekat sini padahal baru 2 hari kita dekat sini" kata Yang Yang.

"Maybe sebab diorang sikit sebab tu diorang gembira bila ada ahli baru. Diorang pon hanya boleh berjalan dalam kawasan ni je. Takde hubungan luar" kata Renjun.

"Betul. Aku setuju" kata Jeno.

"Cakap pasal tinggal dekat sini, korang dah tahu nak buat kerja apa?" tanya Haechan yang diam sejak tadi.

"Aku dengan Renjun kerja dekat cafe" kata Jaemin.

"Aku rasa nak jadi ahli gymlah. Kerja dekat sana" jawab Jeno.

"Kau Chan? Aku tak tahu nak ambik apa" kata Yang Yang.

"Aku rasa macam nak ambik pertanian" kata Haechan sambil sengih tunjuk giginya yang putih.

"Seriously!!" serentak suara Jeno, Jaemin, Renjun dan Yang Yang berkumandang menandakan mereka tidak percaya dengan apa yang dikata Haechan.

"Pahal tho korang ni. Pekak telinga aku. Betullah. Aku nak try benda baru" kata Haechan sambil mengusap kedua-dua belah telinganya yang hampir pekak apabila mendengar gabungan suara 4 orang sahabatnya itu.

03| STAR MAESTROWhere stories live. Discover now