28

5 1 0
                                    

"Shush senyap bebal" marah Jeno tapi nada suaranya masih terkawal.

"Bukan salah aku. Haechan ni lagi tadi cuit-cuit pinggang aku. Geli tahu tak" kata Renjun.

Haechan hanya membuat muka selamba seolah-olah dia tidak membuat apa yang diperkatakan oleh sahabat baiknya itu.

Jeno dan Yang Yang menggeleng pasrah. Budak berdua ni bila je nak serius.

Perjalanan diteruskan. Sedaya upaya mereka bergerak dalam keadaan senyap supaya tidak disedari oleh sesiapa.

"Aku ingat nak suruh Karina masak Samgyetang lah esok. Lama tak makan"

"Bulgogi sekali weh. Lama tak makan"

"Fuh kecur air liur mengingatnya"

Suara-suara yang kedengaran tidak asing itu membuatkan Jeno, Haechan, Renjun dan Yang Yang berdiri kaku tidak bergerak di sebalik pokok besar di sebelah banggunan itu. Nafas juga ditahan tanpa disedari.

Apabila suara-suara itu kedengaran jauh barulah mereka mula menghembuskan nafas lega.

"Hampir kantoi"

"OMG gugur jantung aku. Nasib diorang tak perasan"

"Sudah-sudah jom gerak. Kang gagal misi kita"

Mereka bergerak dengan pantas dan senyap. Misi untuk mendapatkan alat komunikasi bagi menelefon ibu bapa Yang Yang.

Mereka menyelinap di balik-balik banggunan dengan pantas. Beberapa langkah lagi mereka akan tiba di pintu dewan D tidak pernah dimasuki mereka. Hanya hyung-hyung sahaja yang dibenarkan masuk.

Tap.. tap.. Tap

"Korang buat apa dekat sini?" tegur satu suara.

Haechan, Jeno, Renjun dan Yang Yang berdiri kaku selepas mendengar teguran tersebut. Langsung tidak bergerak walau seinci pon.

"Hyung tanya apa korang buat dekat sini? Jeno?" soal suara itu lagi. Kini nadanya lebih ditegaskan.

"Erkkk.. Kami.. kami..." tergagap-gagap Jeno mahu membalas sambil memikirkan alasan.

"Kami apa?" sergah orang itu lagi.

"Kami nak jalan-jalan je" tipu Renjun.

"Jalan-jalan? Dengan menyelinap di setiap banggunan?" tanya suara itu lagi.

Keempat-empat jejaka itu diam menunduk.

"Baik korang bagitahu sebelum hyung hukum korang" ugut pemuda itu.

Haechan, Jeno, Renjun dan Yang Yang berpandangan sesama mereka. Dengan isyarat mata akhirnya mereka mengalah. Setelah melihat pemuda itu memeluk tubuhnya dengan kening yang dinaikkan. Tanda mahukan jawapan segera daripada mereka.

Akhirnya, Jeno membuka mulut. Dia menceritakan semua yang terjadi kepada Yuta a.k.a orang yang menangkap mereka.

Yuta mengangguk mendengar butir bicara Jeno. Dia juga mengerutkan dahinya sesekali.

"So korang datang sini sebab nak call parents Yang Yang or Renjun?" tanya Yuta.

Keempat-empat mereka menganggukkan kepala mereka tanda ya.

"Kenapa tak inform kami dulu? Perkara ni bukannya main-main tau"

"Kami minta maaf hyung. Kami ingat nak buat confirmation dulu baru bagitahu hyung-hyung semua" jawab Haechan.

"Dah sekarang korang semua ikut hyung"

"Ke mana hyung?" tanya Jeno.

"Jumpa Taeyong"

"ANDWAEEEEeee" jerit mereka serentak.

"Tak payahlah hyung. Kita-kita je dulu" pujuk Haechan.

"Apa yang tak payah? Apa yang kita-kita je dulu?" tanya sesorang secara tiba-tiba.

Mendengar suara itu, muka Haechan, Jeno, Renjun dan Yang Yang bertambah pucat daripada ditegur Yuta 5 minit yang lepas.

"Ni ha.. Budak-budak ni ada benda nak kena cerita pada kau" jawab si Yuta dengan selamba tanpa menghiraukan pandangan empat orang jejaka itu.

Haechan, Jeno, Renjun dan Yang Yang hanya mampu menggeleng pasrah.

"Cerita apa?" tanya Taeyong.

"Aik nak kena cerita balik ke? Bukan kau dah dengar dari tadi?" tanya Yuta tidak puas hati.

"Saje je. Jom balik rumah aku. Bincang sana"

Akhirnya dengan keterpaksaan Haechan, Jeno, Renjun dan Yang Yang berjalan menuju ke rumah Taeyong untuk berbincang tentang perkara yang berlaku siang tadi.


TBC

03| STAR MAESTROWhere stories live. Discover now