"Baguslah sekarang aku dah jumpa kau. Aku takut kalau aku tak sempat nak jumpa kau" kata Jaemin. Orang didepanku hanya tersenyum.
Tiba-tiba pintu ditolak daripada luar.
"Siapa yang kau dah jumpa Jay?" tanya Renjun.
Jaemin tidak bersuara selain menunjukkan ke arah lelaki yang kami selamatkan beberapa jam lepas.
"Siapa dia?" tanya Jeno.
"Chan. Lee Haechan" jawab lelaki itu.
Mata Jeno dan Renjun membulat tanda tidak percaya begitu juga dengan mulut mereka.
"Woi tutup sikit mulut tu. Nanti lalat masuk" gurau Haechan.
"Lee Haechan??" tanya Renjun dan Jeno serentak.
"Yeah. Annoying Chan" jawab lelaki itu.
Tanpa amaran Jeno dan Renjun berlari dan memeluk Haechan.
"Aaahh sakit bongok. Aku ni baru kena pukul, korang dan 'rempuh' aku macam ni" kata Haechan sambil mengerang kesakitan.
"Ops sorry Chan" kata Renjun. Renjun dan Jeno melepaskan pelukkan mereka.
"Ha Jay! Apa yang kau nak tanya dia tadi?" tanya Renjun.
"Oh aku just nak tanya dia ni betul ke Lee Haechan"
"Macam mana kau agak dia ni Chan?" tanya Jeno.
"Aku tak boleh nak cerita kat sini. Nanti lepas Chan keluar hospital aku akan bagi tahu. Tempat ni bukan selamat sangat" kata Jaemin.
"Apa maksud kau 'bukan selamat sangat' Jay?" tanya Haechan.
"Sesiapa je boleh dengar apa yang kita bualkan. So aku taknak perkara ini berlaku. Ia boleh membahayakan kita" terang Jaemin lagi. "Aku just nak pastikan keselamatan kita terjamin" sambungnya lagi.
Jeno dan Renjun memandang antara satu sama lain. Mereka sudah agak ada perkara yang Jaemin sorokkan daripada mereka.
"Okey. Make sure bila Haechan dah keluar daripada hospital kau ceritakan semuanya kepada kami. Kau pelik sikit lately ni" kata Renjun.
"Yeah aku janji. Cuma bukan sekarang dan di sini" kata Jaemin dengan tenang.
"Oh yeah. Korang jumpa macam mana? Aku pon nak tahu macam mana korang jumpa after 15 tahun ni" tanya Haechan.
"Nothing special. Kami bertiga jumpa dekat kafe yang Jay kerja. Actually aku dengan Jay berjumpa dulu. Tapi disebabkan kami tak kenal satu sama lain, kami sedar after dua bulan Renjun mula berkerja dekat kafe tu. Tu pon sebab aku tertinggal dompet aku and Renjun buka sebab nak tahu pemiliknya. Kalau tak sampai sekarang pon aku still tak tahu yang pekerja kafe yang aku kunjungi hari-hari tu adalah orang yang aku cari dan rindu selama ni" terang Jeno panjang lebar.
"Haah. Kalau aku pula Jay yang sedar aku ni Huang Renjun akan sahabat kecil dia"
"Thanks to your name and birth mark kat tangan kau tu. Kalau tak aku pon tak tahu" kata Jaemin.
"Yeah thanks to you too. Kau dapat pujuk mama aku yang tengah mengamuk bila tahu aku balik Korea. Kalau tak aku pon tak dapat jumpa mereka berdua"
"Well you know me" kata Jaemin dengan bangga.
"Cuma aku je yang korang jumpa dalam keadaan yang tak berapa bagus" kata Haechan dengan nada yang agak sedih.
"Bagus tak bagus sekarang ni kita semua dah berkumpul semula. Janji kita sudah ditepati" kata Jeno.
TBC
YOU ARE READING
03| STAR MAESTRO
FanfictionSM SERIES: 2 4 orang sahabat berjanji untuk bertemu semula di tempat kegemaran mereka selepas 15 tahun. Adakah mereka akan menepati janji zaman kanak-kanak mereka? "Kita akan jumpa dekat sini selepas 15 tahun" "Jangan lupa janji kita" Somethings ha...