✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 13

672 102 4
                                    

"boram, aku nak tanya sikit boleh tak?"

"boleh, kau nak tanya apa?"

"sejak bila kau rapat dengan mamat muka beku tu?"

"entah, aku pun tak perasan. kenapa kau tiba-tiba tanya?"

"yelah, selama ni aku tak pernah tengok pun dia senyum dekat mana-mana perempuan kecuali kau. sebab tu lah aku macam pelik sikit. mungkin ada benda yang rasuk dia, ha mana lah kita tau."

"kau nampak buku teks aku ni? buku ni melekat dekat muka kau, kau jangan merajuk dengan aku."

sabar boram, bawa bersabar.

"sorry lah. aku gurau je."

aku baru perasan yang aera dan junkyu tiada di dalam kelas.

tak syak lagi. ni mesti tengah dating.

"kalau aku datang je, mesti ada yang menghilang. ha, mana aera?"

"seperti biasa, memang dia akan bersama dengan kim junkyu."

sejak aera dah ada boyfriend, dia dah jarang nak luangkan masa dengan aku dan minsu. nak nangis lah macam ni SOB SOB

"ah, boram.. homework math kau dah sia-"

belum sempat minsu habiskan ayatnya, ssaem jung sudah berada dihadapan kelas dengan mukanya yang agak serius.

homework aku!!

"selamat pagi semua." sapa ssaem jung.

"selamat pagi, jung seonsaengnim."

"okay semua hantar homework yang saya bagi semalam. siapa yang tak siap sila berdiri."

ARGHHH, macam mana ni. aku dah lah lupa nak siapkan.

dengan harapan setinggi gunung aku harap akan ada orang yang belum siap selain aku tapi rupanya aku sorang sahaja yang berdiri.

"disebabkan kamu sorang je yang tak siap, kamu akan didenda."

"baik, ssaem."

denda yang ssaem jung bagi ialah aku kena jawab soalan matematik satu bab waktu balik nanti.

nak tak nak aku terpaksalah buat.

▃▃▃▃▃▃▃

aku jangkakan akan ramai yang belajar di perpustakaan waktu-waktu macam ni, tapi tidak..

hanya aku dan pengawas perpustakaan sahaja yang ada.

aku memilih tempat duduk dan tanpa membuang masa, aku terus selesaikan soalan matematik yang diberikan oleh ssaem jung tadi.

beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi tapak kaki.

ish tak kan lah hantu. mesti pengawas perpustakaan kan?

bila aku menoleh ke belakang, tiada sesiapa pun sebab aku baru teringat yang pengawas perpustakaan keluar sekejap sebab dia ada hal nak diuruskan.

"lee boram, imaginasi kau je lah. janganlah fikir jauh sangat."

secara tiba-tiba bahu aku disentuh dan membuatkan aku menjerit ketakutan.

"hantu!"

"kau dah kenapa? tak kan aku tegur kau, kau nak terkejut?"

bila aku pandang belakang, rupa-rupanya yoshi yang sentuh bahu aku tadi.

"ish terkejut aku. yoshi!"

"ye? kenapa?"

"kenapa kau terkejut kan aku ha?"

"sorry lah, aku nak gurau dengan kau je. tak tahu pula sampai kau terkejut macam ni."

"kau ni, nasib baik aku tak tampar kau tadi tau tak."

"aduh kau ni, bertenang lah."

"ish yelah."

"ha, kau buat apa dekat sini? kau tak balik lagi ke?"

"tak, aku nak teman kau."

aku terdiam sejenak

omo, dia nak temankan aku ke?

"kenapa kau nak temankan aku pula? nanti kalau kau balik lambat ada orang yang risau pula."

"tak ada sesiapa pun yang nak kisah tentang aku, lee boram."

"dah, pergi lah sambung selesaikan soalan tu. aku tunggu kau."

"okay."

-

atas bantuan yoshi aku dapat siapkan soalan math. sekarang pun dah malam jadi kami terus balik ke rumah.

aku tiba-tiba berhenti di kedai serbaneka untuk membeli sesuatu. disebabkan aku rasa bersalah pada yoshi, aku menyuruhnya balik terlebih dahulu.

sepanjang perjalanan balik, jalan agak sunyi. yang ada pun hanyalah dua atau tiga orang sahaja.

tiba-tiba aku terdengar bunyi tapak kasut tumit tinggi mengekori aku dari belakang.

aku cuba mempercepatkan langkah, tapi dia tetap juga mengejar.

"hai."

akhirnya dia dapat mengejar aku dan menegur aku dengan senyuman yang lebar.

"h- hai."

"awak.. siapa eh?"

"nama saya kim dahyun. nama awak mesti lee boram kan?"

dia tahu nama aku? but how?

"m- macam mana awak tahu nama saya?"

selalunya orang akan kenal aku melalui tag nama, tapi hari ni aku tak pakai tag nama.

"it's secret, sweetie."

"ouh lupa pula, selamat berkenalan." sambungnya lagi.

"selamat berkenalan juga."

"okay lah, saya nak balik dulu. ah, lupa pula nak bagitahu. please jaga jarak dengan orang lain boleh? tak pernah terfikir ke kalau orang yang awak rapat tu dah berpunya?"

okay ayat dia dah start pelik. kau baru jumpa aku and cakap benda tak masuk akal and then blah macam tu je? what the heck this girl.

apa maksud ayat dia tu? siapa yang dia maksudkan?

𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시Where stories live. Discover now