hari ni hari pertama aku akan bersekolah di Seulli Highschool. aku harap hari ni semua akan berjalan dengan lancar.
"boram, sorry tapi ayah hantar sampai sini je ye."
ayah tak boleh nak hantar aku sampai ke bilik guru disebabkan oleh tempat kerja ayah yang ajak jauh. jadi, terpaksalah aku berdikari di hari pertama ni.
"tak apa, boram boleh jalan kaki. ayah pergilah dulu, nanti takut lambat pula."
"okay, kalau macam tu belajar elok-elok tau. balik nanti abang kamu yang akan ambil. tunggu dekat bustop je, okay?"
▃▃▃▃▃▃▃
aku berdiri tegak kerana terkejut dengan kecantikan sekolah ni. almaklumlah, sekolah lama aku suasananya agak muram.
"eh? hai, pretty." seorang pelajar perempuan datang menegur aku dari arah belakang.
mukanya aku pandang dengan tajam.
mak aku kata jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal.
"awak pelajar baru ke? sebab saya tak pernah nampak awak dekat sini lagi." katanya lagi.
jawab je lah, nanti dia ingat aku ni sombong lah pula.
"h- haah, saya baru pindah ke sini. hm nak tanya, bilik guru dekat mana eh?" sambil mata aku sibuk mencari dimana terletaknya bilik guru.
"okay, jom ikut saya. saya tolong awak, okay?"
-
"okay, dah sampai! ah, lupa pula nak perkenalkan diri. nama saya park aera, just call me aera." katanya ringkas.
"hai, aera. terima kasih sebab sudi tolong saya tadi."
"kalau macam tu, saya pergi dulu ye."
"okay, bye bye!"
dengan beraninya aku melangkah masuk ke dalam tanpa ditemani siapa-siapa.
sebenarnya aku ni shyshy ton jadi kalau pergi ke mana-mana, mesti kena ada peneman.
"ye? ada apa yang boleh cikgu bantu?" kata salah sorang guru yang berdiri berdekatan pintu masuk.
"saya pelajar yang baru pindah hari ni dan saya datang nak berjumpa dengan guru kelas saya."
"nama awak lee boram eh?"
"ye."
"ah, saya guru kelas awak. nama saya encik kim hyun jun dan awak boleh panggil saya ssaem kim. selamat berkenalan ye, lee boram." sapa ssaem kim.
"selamat berkenalan ssaem kim, saya lee boram."
"ah, lupa pula. awak duduk dalam kelas 2-6 okay? hm, ah park aera. sini sekejap." ssaem kim memanggil aera setelah mengetahui bahawa dia bersembunyi di belakang pintu sambil mengintai apa yang aku tengah buat sekarang.
"ye, ssaem kim?"
"awak bawa boram pergi masuk ke kelas kemudian suruh mereka semua buka buku. sekejap lagi saya sampai, saya nak uruskan sesuatu sikit."
"baik, ssaem kim."
sepanjang kami berjalan di koridor, aku hanya diam membisu. tak tahu nak cakap apa dengan dia. nak perkenalkan diri, aku dah kenalkan diri banyak kali.
"tak sangka kita jadi rakan sekelas. mulai sekarang kita akan jadi kawan baik, okay?" badan aku dipeluk erat.
"nanti kita boleh buat macam-macam. kita pergi cafe internet, pergi library, pergi semua tempat sama-sama!" sambungnya lagi.
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시
Fanfic⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ kenapa ada sesetengah orang memang susah untuk senyum? atau dia akan mendiamkan diri buat selama-lamanya? no! aku benci dengan semua benda yang tak berkaitan dengan kegembiraan. termasuk seatmate baru aku. © thesky_hoon ◩ star...