orang yang berpakaian maskot beruang tadi membuka bahagian kepalanya dan muncul muka yoshi.
"yoshi? kau buat apa dekat sini?"
kenapa dia pakai maskot tu?
"a- aku nampak kau macam ada problem je seminggu ni, jadi aku cuba nak buat kau happy."
"hahahaha." aku cuba untuk tahan gelak tapi tak menjadi.
"k- kau gelak?"
"kau pakai ni untuk aku ke? wah, yoshi. gentleman juga kau ni ye. kenapa? kau risau yang aku masih fikirkan tentang dahyun ke?" makin kuat aku gelak bila tengok yoshi tengah dalam kebingungan.
"yelah, mungkin dia ada buat sesuatu berbahaya dekat kau. ha, nyawa kau boleh je dalam bahaya."
"aku okay je lah. janganlah risau sangat."
aku pun tak tahu kenapa dengan yoshi ni sampai dia sanggup pakai maskot dengan cuaca yang agak panas.
"ish dia ni, buat penat je aku pakai maskot beruang ni."
"kau pakai macam ni biar aku gembira dan lupakan segala masalah ke?"
"yelah. habis tu tak kan aku pakai ni saja-saja je. aduh, buang masa, tenaga dan peluh aku je lah."
"jangan risau, kau nampak comel bila pakai. dah, duduk diam, aku nak ambil gambar."
"tak payahlah, hm buat malu je." aku ambil sahaja gambarnya walaupun yoshi tak nak.
"biarlah. dah cepatlah, posing sikit. dalam kiraan 3,2,1!"
/click/📸
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"nah, tengok ni." aku hulurkan telefon pada yoshi. biar dia tengok sendiri gambar yang aku ambil tadi.
"padam lah, jatuh maruah aku nanti."
"awak tengok muka saya ni. ada nampak macam saya kesah ke?"
padan muka dia.
"ish lee boram!"
"korang." akhirnya minsu dan aera muncul kan diri juga.
"minsu? aera?"
"amboi, korang berdua tengah buat apa ni?" aera mula mengusik aku dan yoshi.
"korang korang, orang yang pakai maskot beruang tu rupanya yoshi. terkejut aku bila nampak muka dia." aku dengan bersungguh-sungguh bagitahu diorang tentang ni tapi reaksi diorang agak biasa.
"tahu." kata minsu ringkas.
"yoshi, terima kasih tau sebab tolong." sambung minsu lagi.
"tak apa, it's okay."
diorang rancang semua ni tanpa pengetahuan aku ke?