2 bulan dah pun berlalu. kaki aku dah sihat sepenuhnya, jadi boleh lah aku berlari dan tinggalkan aera!
"hai boram."
aku muncul dari arah pintu belakang kelas, tapi aku hanya nampak aera. mana minsu?
"hai. eh? minsu mana? bukan selalunya dia datang dulu sebelum aku ke?"
"dia ada perjumpaan dengan kelab so lepas rehat baru dia masuk kelas."
"hai aera." junkyu datang menyapa aera.
"hai junkyu."
bila aku pandang muka junkyu, tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"oi kim junkyu!"
"kenapa kenapa?" terkejut dia dibuatnya.
"pen aku yang kau pinjam hari tu bila kau nak pulangkan? aku baru je beli pen tu minggu lepas."
"ah sorry, aku lupa nak bawa pen tu hari ni." daripada hari tu lagi dia asyik bagi alasan yang sama. argh, pen kesayangan aku!
"maaflah kalau tiba-tiba aku mencelah. tapi kan.. aku nampak junkyu tak sengaja gigit pen kau waktu kita belajar subjek matematik semalam."
bila aera bagitahu perkara sebenar, aku merenung muka junkyu dengan tatapan yang agak tajam dan hanya menunggu masa untuk aku serang sahaja
"kim junkyu! siapa suruh kau gigit pen aku!"
"sorry boram, nanti aku ganti balik! okay bye bye!" junkyu terus berlari keluar dengan laju. ibarat seperti dia macam kena kejar dengan hantu.
"kalau aku dapat tangkap dia tu, memang aku cincang cincang dia and then masak ggalbijjim."
"sabar, boram."
"alah, kau bagi je lah pen tu dekat dia. lagipun dia dah gigit pen tu tak kan lah kau still nak pen tu."
-
"aera, aku nak tanya sesuatu boleh tak?"
"boleh, kau nak tanya apa?"
"kenapa yoshi macam tu ha? aku nak bercakap dengan dia pun susah."
"hm.. aku tak tahu sangat apa yang berlaku dekat yoshi. tapi ada rumor kata yang mak ayah dia bercerai setahun yang lalu sebab ayah dia tipu tentang sesuatu lah. bermula dari kejadian tu, yoshi dah jarang nak bercakap ataupun bergaul dengan orang lain."
"tapi kalau kau nak cakap dengan dia, jangan sesekali nak menipu dia sebab dia paling tak suka orang menipu dengan dia."
"hari tu pun aku dengan minsu nampak sorang junior kena marah dengan yoshi sebab dia tipu yoshi."
makin menarik nampaknya bila dia nak bercerita lagi dalam. tapi better aku hentikan, kalau tak sampai esok pun dia tak habis cerita lagi.
"okay dah dah. kalau aku biarkan kau bercerita sampai esok tak habis. thank you sebab cerita tentang benda ni."
"you're welcome."
eh sekejap, kenapa tiba-tiba kau tanya tentang dia tu? kau suka dia eh?"
"mana ada. aku tanya sebab nak tahu je."
▃▃▃▃▃▃▃
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
이주연Lee Juyeon
boram, hari ni aku tak boleh
nak ambil kau tau.You
alah kenapa? aku malas ah nak
jalan kaki hari ni.Lee Juyeon
sunwoo pinjam kereta aku
so aku tak boleh nak ambil
kau.sorry tau.
You
ish yelah yelah.━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
▃▃▃▃▃▃▃
perut aku berbunyi. sekarang pun dah waktu malam jadi aku agak malas untuk cari makanan yang berat-berat dan aku makan coklat untuk dijadikan sebagai alas perut sahaja.
"eh? mana coklat aku? rasanya aku baru beli semalam tau."
"ke aku ada letak kat mana-mana ah?"
selalunya memang aku beli banyak coklat dan simpan dalam peti ais untuk dijadikan snack. tapi kenapa coklat tu dah tak ada?
penat aku cari seluruh dapur,tapi tak jumpa juga.
okay— aku tahu coklat tu ada kat siapa.
"lee juyeon!"
juyeon yang tengah fokus bermain PS4 terkejut dengar suara jeritan aku.
"kau ni tak boleh ke nak panggil aku elok-elok? kalau jiran dengar macam mana?
"tak kisah pun. dah, mana coklat aku?"
"coklat kau?"
"ye lah. coklat yang aku beli semalam."
"coklat yang ada biskut dengan jeli yang berwarna merah dengan ungu tu ke?"
"haah, yang black forest tu."
"eh jap, macam mana kau boleh tahu? tak silap aku tak buka lagi balutan coklat tu."
"coklat tu dah masuk dalam perut aku so that's why aku tahu."
wahhhhhhhhhhhh dugaan apakah ini.
"ish kau ni, lain kali kalau nak coklat beli sendiri boleh tak? kawan-kawan kau kan kaya, suruh lah diorang belikan."
dasar anak kambing
"daripada kau biarkan coklat tu lama-lama, lebih baik masuk dalam perut aku. ha ada faedah juga."
"dah lah kau. makin lama aku bercakap dengan kau, makin stress aku dibuatnya."
tak silap boleh darah tinggi aku nanti.
"kau lapar kan? nak aku belanja kau tteobeokki tak?"
"ah? tteobeokki? nak nak!"
"jap, aku nak bersiap!"
"aku cakap tteobeokki laju je eh kau. jangan bersiap lama sangat, aku tunggu kat luar."
"yes sir!"
-
"kau dah siap ke belum?"
"dah. jom lah, perut aku tengah berbunyi."
tadi juyeon kata sunwoo pinjam kereta tapi kenapa keretanya ada dalam garage?
"eh jap, ni kereta kau kan? bukan kau kata sunwoo pinjam kereta kau ke?"
"itu alasan je. alah, aku malas ah nak ambil kau hari ni."
"dah, jom kita gerak. kau ni asyik membebel je, mak tak ada pun nak membebel macam ni."
-
"sekolah macam mana?"
"okay je, ramai lah juga kawan aku."
"lee juyeon."
"ha, kenapa?"
"aku rindu lah nak pergi busan."
"tu lah, aku pun rindu juga."
"ha. cakap pasal busan, hari tu budak yang suka kau dulu telefon aku. dia tanya tentang kau."
kenapa juyeon sebut tentang dia? kalau boleh aku nak lupakan terus dia tu!
"ish dia tu lagi. dia cakap apa je dengan kau?"
"macam biasa. dia cakap yang dia masih lagi suka kau, dia rindu kau, ha macam-macam lagi."
"dah dah, tak payah lah cakap pasal dia. aku baru nak lupakan tapi kau sebut tentang dia balik kenapa lahanat?"
"oops— terlepas."
mood aku tengah tak elok, dia boleh lagi sebut tentang dia tu.
![](https://img.wattpad.com/cover/251363798-288-k989638.jpg)
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시
Fanfiction⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ kenapa ada sesetengah orang memang susah untuk senyum? atau dia akan mendiamkan diri buat selama-lamanya? no! aku benci dengan semua benda yang tak berkaitan dengan kegembiraan. termasuk seatmate baru aku. © thesky_hoon ◩ star...