"rumah kamu dekat mana? pakcik boleh hantarkan sampai depan rumah."
"dekat je dengan rumah pakcik. dekat kawasan situ juga."
"lah yeke? ha bolehlah boram pergi sekolah hari-hari dengan kamu."
"boleh je pakcik."
aku sibuk termenung memikirkan masa depan tiba-tiba tersedar sebab aku terdengar nama aku disebut.
"ah? kenapa kenapa? ayah cakap apa dengan yoshi tadi?"
"mulai esok kamu pergi sekolah dengan yoshi ye. tak ada lah ayah nak risau dengan anak ayah sorang ni."
terkedu aku..
"alah kenapa? boram kan boleh naik bas."
"orang tua bercakap jangan nak melawan."
aku terpaksalah mengalah. nak tak nak kena lah pergi sekolah sama-sama dengan dia.
yoshi dekat belakang ketawa tengok gelagat antara aku dan ayah.
best lah tu gelakkan orang? ish.
"ah yoshi, kamu dah ada teman wanita ke?"
aku cuba menghalang ayah untuk tidak bertindak dengan lebih jauh, tapi ayah abaikan sahaja.
pasrah je lah.
"belum lagi, pakcik."
"belum lagi? ha baguslah, kamu boleh lah jadi boyfriend anak pakcik ni. kesian pula pakcik tengok dia ni alone sebab pakcik ni bukannya selalu ada dekat rumah pun."
dia ingat ni cerita melayu ke nak jodoh kan saya?!
tapi kalau nak jodoh kan dengan crush, saya okay je.
"ish ayah ni. janganlah tanya soalan pelik-pelik. kalau yoshi tak selesa macam mana? dah lah ayah baru first time jumpa dengan dia."
alasan je tu
"kalau pakcik izinkan, saya okay je."
"tak apa, pakcik izinkan."
"y- yoshi. dah lah dah lah." aku cuba hentikan yoshi tapi dia pura-pura tak dengar.
please, saya mengblushing teruk ni.
"boram, tak baik cakap macam tu. cakap lah elok-elok sikit."
"hm yelah."
"ha pakcik, pakcik boleh turunkan saya dekat simpang tu je."
"sini? okay okay."
"terima kasih pakcik dan saya minta maaf sebab menyusahkan pakcik."
"eh tak ada lah, mana ada menyusahkan."
"kalau macam tu, saya pergi dulu lah ye."
yoshi melambai ke arah aku, tapi aku hanya hiraukan sahaja lambaian tadi.
"ayah, kenapa ayah cakap macam tu dekat dia? bukannya dia nak dekat boram pun."
humble, humble!
"ish kamu ni. dia tu sesuai jadi menantu ayah tau. dah jom balik."
× yoshinori ×
dari jauh aku boleh nampak ada seorang perempuan berdiri di hadapan rumah aku.aku mempercepatkan langkah, takut-takut jiran di sekitar rumah aku yang datang.
"dahyun? kau buat apa dekat sini?"
"eh sayang, kenapa awak balik lambat ni? penat saya tunggu awak tau."
kenapa dia muncul lagi?
"aku tanya kau, kau boleh tak jawab soalan aku?"
"awak jangan lah marah. saya datang sebab nak melawat awak lah. dah lama saya tak jenguk awak. hm rindu tau."
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시
Fanfic⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ kenapa ada sesetengah orang memang susah untuk senyum? atau dia akan mendiamkan diri buat selama-lamanya? no! aku benci dengan semua benda yang tak berkaitan dengan kegembiraan. termasuk seatmate baru aku. © thesky_hoon ◩ star...