"mungkin kau patut cuba?"
"tak nak lah. nanti dia tolak, malu pula nanti."
"tak apa lah, aku sentiasa sokong kau."
"betul ni?"
"ye, betul."
aku kumpulkan keberanian aku. bila dah sedia, barulah aku bagitahu.
"kanemoto yoshinori."
"kenapa?"
"aku suka kau."
"ha?"
"aku suka kau lah, bijak. aku dah lama suka kau."
ish dia ni. peka please!
"jap, aku suruh kau confess dekat crush kau tapi kenapa kau confess dekat aku pula?"
"yelah. kau lah crush aku."
"tapi ak-"
aku tak sanggup nak dengar dia jawab apa jadi aku potong sahaja ayatnya.
"hm aku tak paksa pun kalau kau nak jawab ke tak. yang penting aku dah bagitahu perkara sebenar."
yoshi berdiri sambil terpinga-pinga. masih lagi nak fahamkan apa yang tengah berlaku sekarang ni.
"d- dah, jomlah. tak kan lah kita nak duduk sini lama-lama sampai malam."
"okay."
aku sedaya upaya untuk elak daripada pandang muka yoshi.
mungkin sebab malu?
"lee boram."
"k- kenapa?"
dia tak kan tanya tentang tadi right? ah janganlah tanya, please!
"kau okay tak?"
"aku okay je. kenapa?"
"are you sure? sebab aku tengok muka kau dah merah semacam."
muka aku merah?! ish ni semua dia punya sebab lah!
"tak ada lah, mungkin sebab aku tengah sejuk?"
-
× kanemoto yoshinori ×
muka boram masih lagi kemerah-merahan. dan perlahan-lahan perasaan rasa bersalah mula menyelubungi fikiran aku."boram, kau okay?"
"aku okay je. janganlah risau sangat."
"tak apa, jomlah kita balik. aku hantarkan."
"okay."
jarak antara sekolah dan rumah boram agak dekat. sama lah juga dengan rumah aku, cuma rumah aku jauh beberapa meter sahaja.
aku berjalan seperti biasa dan mula rasa pelik bila nampak kelibat kereta yang sudah biasa dilihat berhenti di hadapan aku.
boram yang tengah fokus berjalan, terlanggar bahu aku dan membuatkan boram menjerit kesakitan.
"ish, yoshi. kenapa tiba-tiba kau berhenti!"
"ayah? ayah buat apa dekat sini?"
kenapa dia muncul sekarang..
"ayah saja je lalu dekat sini dan kebetulan ayah nampak kamu dengan sorang perempuan."
rasa marah perlahan-lahan muncul dan lebih baik aku suruh boram balik terlebih dahulu sebab aku tak nak keadaan akan jadi lebih teruk.
"boram, aku minta maaf sangat-sangat tapi kau balik lah dulu. nanti aku telefon kau."
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시
Fanfic⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ kenapa ada sesetengah orang memang susah untuk senyum? atau dia akan mendiamkan diri buat selama-lamanya? no! aku benci dengan semua benda yang tak berkaitan dengan kegembiraan. termasuk seatmate baru aku. © thesky_hoon ◩ star...