"hello?" - junkyu
"kim junkyu."
"ye? kenapa kau call aku?" - junkyu
"aku nak minta tolong sikit dengan kau boleh tak?"
...
aku merancang nak buat kerja separuh masa untuk tolong ayah cari duit yang cukup supaya mak boleh buat pembedahan nanti dengan cara bekerja di kedai seoul coffee cafe.
"hai boram." junkyu menyapa sebaik sahaja nampak aku di pintu masuk.
"hai."
"awal kau sampai?"
"aku ada dekat sekitar ni sebab tu aku datang awal."
"hm.. jadi bila aku boleh mula kerja?"
"esok rasanya, tapi kalau kau nak mula kerja hari ni pun boleh. nanti aku cakap dekat akak aku. kalau kau nak lah.."
"boleh lah, lagipun aku tak ada benda nak buat lepas ni."
"okay okay, sekejap eh."
"akak! boram nak start kerja hari ni!" terkejut aku dibuatnya bila junkyu secara tiba-tiba menjerit.
"okay! kau ambil uniform dekat almari dan suruh dia tukar baju!" suara akak junkyu terdengar dari arah dapur.
"okay okay!"
"ah- sorry. aku memang macam ni dengan akak aku. memang always menjerit je."
"ouh i see."
kalau everyday diorang macam ni, memang sakitlah telinga aku ni.
"jap tau."
"okay."
junkyu masuk ke dalam sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari aku berdiri dan keluar semula sambil membawa uniform.
"nah, ni uniform nya. kau tukar lah dulu. nanti dah siap kau terus pergi kaunter. aku tunggu dekat situ."
"okay."
-
walaupun aku tak berapa nak yakin dengan uniform ni, tapi aku terpaksa biasakan diri juga.
"kau dah siap tukar?"
"dah, baru je."
"okay. kalau macam tu, tugas kau hari ni kau hanya perlu jadi partner aku je."
aku tersalah dengar ke?
"ha? partner? for what?"
"partner untuk kerja lah. kenapa? kau ingat aku nak suruh kau pura-pura jadi girlfriend aku ke? eh sorry, aku dah ada aera ye."
"ye ye, aku tahu partner kau aera. dah cepatlah, kerja aku yang mana?"
"kau jaga kaunter, aku pula bahagian kopi. kalau ada apa-apa masalah, tanya aku."
lah, tu je ke? hm senang sangat. celah gigi je ni.
"alright. dah pergi lah sambung kerja, sibuk je kau ni."
"yelah yelah."
pelanggan hari ni pun ramai jadi aku agak gelabah. tapi tak apa, berbaloi juga.
bila pelanggan dah mula berkurangan, barulah aku susun semula duit duit kertas yang agak tidak terurus.
"boram?" suara yang seperti sudah biasa terdengar tiba-tiba memanggil nama aku.
"minsu? aera? korang berdua buat apa dekat sini?"
YOU ARE READING
𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시
Fanfic⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ kenapa ada sesetengah orang memang susah untuk senyum? atau dia akan mendiamkan diri buat selama-lamanya? no! aku benci dengan semua benda yang tak berkaitan dengan kegembiraan. termasuk seatmate baru aku. © thesky_hoon ◩ star...