✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 07

953 133 10
                                    

akhirnya pusingan terakhir roller coaster sudah pun tamat. risau juga dengan keadaan masing-masing terutamanya yoshi sebab dia naik secara paksa bukannya rela.

"yoshi, kau okay tak?"

"okay je."

yoshi dah turun, tapi aku nampak hanya yoshi sahaja yang ada di sini.

mana junkyu dan aera?

"eh? mana junkyu dengan aera?"

pada masa yang sama, aera datang sambil memapah junkyu yang tidak bermaya.

"junkyu, kau nak balik tak? aku tengok kau ni macam teruk je."

"aku.. nak balik."

"ha kalau macam tu, korang pergilah berdua. biar aku hantarkan junkyu balik."

"ha yelah, bye bye. take care tau."

"okay okay, bye bye. nanti dah sampai aku call kau." aera kuatkan diri untuk bawa junkyu yang tengah lemah dan terus pergi.

tiba-tiba suasana menjadi kekok bila tiada aera dan junkyu. tinggallah aku berdua dengan dia.

aku nak kena buat apa ni? patut ke aku ajak dia balik juga? ataupun sambung main dekat funfair?

"so... kita nak buat apa sekarang ni?" walaupun rasa kekok, tapi aku tetap nak tanya daripada aku berdiri kat tengah-tengah funfair macam tiang lampu tak laku.

"kita jalan-jalan dulu lah."

"okay."

tengah aku sibuk jalan-jalan dengan yoshi, perut aku tiba-tiba berbunyi.

"ish kenapa waktu macam ni juga kau nak berbunyi."

"hm.. yoshi."

"kenapa?"

"jom beli makanan, aku lapar ah."

"jom."

▃▃▃▃▃▃▃

keesokan harinya..

"macam mana semalam? okay tak? hm sorry sebab tinggalkan korang berdua. aku tengok junkyu macam teruk je." aera mula rasa bersalah.

"okay je. lagipun semalam kitorang tak lama pun sebab masing-masing tak tahu nak main apa dekat."

"hm baguslah.. sekurang-kurangnya korang dapat luangkan masa berdua." mulut itik aera mula ditayangkan.

lah, aera cemburu ke?

"kenapa? bukan kau dah memang berdua dengan junkyu ke semalam?"

"ye lah. aku baru je yang luangkan masa dengan dia, tapi dia tiba-tiba tak sihat and kena hantar dia balik."

aku rasa mula rasa pelik dengan aera.

"haah, ye tak ye juga."

"eh sekejap, kenapa kau tiba-tiba nak luangkan masa dengan junkyu pula?"

"aera, kau suka dia ke?"

"ish mana ada. kau ni mengarut lah." aera cuba untuk mengelak dari memandang aku.

"hai korang." minsu baru datang dan terus pergi ke meja aku untuk menyapa.

"minsu! aku rindu kau!" badan minsu aera peluk dengan kuat. tapi dari riak wajah minsu, dia nampak macam bingung pun ada.

"kau ni aera, hujung minggu bukannya lama sangat pun. ni sampai rindu sangat ni kenapa? ha kau tengok boram, dia okay je."

"alah, tak boleh ke?" mulut aera dah mula muncung ke depan.

𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시Where stories live. Discover now