✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 14

643 112 13
                                    

ayat perempuan tu asyik bermain di fikiran aku dan aku cuba untuk fahamkan ayat tu.

"boram, are you okay?"

"aku okay je, kenapa?"

"tak lah, aku tengok kau dari tadi asyik termenung je. macam ada benda yang serabutkan kepala kau. ada apa-apa yang berlaku ke?"

"mana ada apa-apa yang berlaku."

aku baru teringat yang aku kena jumpa dengan ssaem kim, jadi aku ajak sahaja yoshi untuk teman pergi ke bilik guru.

"yoshi, teman aku sekejap."

"teman kau? pergi mana? bukan kelas dah nak mula ke?"

"jangan banyak tanyalah."

"kalau kau tak nak bagitahu, aku tak nak ikut."

"aku nak pergi bilik guru sebab ssaem kim nak jumpa aku. ha, ada apa-apa lagi soalan?"

"ouh.. okay tak ada soalan. dah, jom."

sepanjang perjalanan tu, aku hanya diam membisu.

lagipun koridor agak sesak, jadi kalau nak berbual pun susah juga sebab takut menghalang jalan orang lain.

"hm sunbae." ada seorang pelajar perempuan datang pada yoshi sambil menghulurkan sekotak susu strawberi.

"kenapa?" nada suara yoshi terus berubah dalam sekelip mata.

"nah, saya bagi susu ni. sunbae minum lah."

"thanks."

yoshi jalan melepasi dia, tapi dia cepat-cepat hentikan yoshi dari pergi lagi jauh.

"sunbae, sekejap."

"kenapa?"

"sunbae.. s- saya sebenarnya dah lama suka sunbae.."

yoshi memandang pelajar perempuan tadi dan kawannya yang berada di belakang secara bergilir-gilir.

"tahu kan apa akibatnya kalau menipu?"

makin lama, makin ramai yang berkumpul untuk tengok apa yang tengah terjadi.

aku pula yang malu

"yoshi, dah lah. dia tu kan junior kita. janganlah ambil serius sangat ." aku cakap dengan yoshi dengan cara berbisik, tapi dia hiraukan sahaja aku.

aku rasa bersalah dengan pelajar perempuan tadi. pada awalnya dia elok sahaja senyum. tapi sekarang terketar-ketar sebab takut dengan yoshi.

"y- ye?"

"yoshinori, stop it okay." aku terus tarik tangan yoshi sebelum situasi tadi semakin teruk.

-

"kenapa kau nak marah budak junior tu?"

dia hanya diam dan lansung tak jawab soalan aku tadi. pandang aku lagilah tak.

"kanemoto yoshinori."

"kenapa?"

"kenapa kau marah budak tu tadi?" aku tanya sekali lagi dan berharap yang dia akan jawab.

"kenapa kau marah budak tu tadi?" aku tanya dia sekali lagi.

"kau tak nampak ke yang dia tu tengah menipu?"

"kalau ye pun dia menipu, tak boleh ke cakap elok-elok? yoshi, semua orang ada perasaan juga tau dan kita kadang-kadang kena menipu juga untuk kebaikan."

"aku.."

"dah, jom lah masuk kelas."

lebih baik aku batalkan sahaja niat untuk jumpa dengan ssaem kim. kalau dia terserempak dengan budak tu lagi macam mana?

"kenapa pula nak masuk kelas? tak nak jumpa ssaem kim ke?"

"tak jadi."

▃▃▃▃▃▃▃

"boram." aera duduk di meja hadapan diikuti dengan minsu di sebelahnya.

"ha, kenapa?"

"kenapa dengan yoshi tadi?"

"haah, betul tu. lepas kau dengan dia masuk ke kelas tadi muka dia masam je. kau ada buat apa-apa dekat dia sampai dia mengamuk macam tu ke?" celah minsu.

"aku tak buat apa-apa pun. just tadi dia ada masalah sikit dengan junior."

"ni mesti dia marah sebab budak tu menipu kan? betul tak cakap aku?"

aku hanya mengangguk perlahan.

"aduh, apa lah dia ni. harap je muka handsome tapi hati macam tak ada perasaan."

how dare you kutuk crush aku.

"tulah, sebab tu masing-masing jarang nak bercakap dengan dia." minsu pula setuju dengan ayat aera tadi.

"dah lah korang berdua ni. kalau mengumpat orang nombor satu."

× yoshinori ×
"kanemoto yoshinori." sekali lagi, dahyun dah menunggu aku di hadapan pagar rumah.

dia ni memang tak ada kerja nak buat ke?

"kau nak apa?"

"alah sayang ni, buat-buat tak tahu pula."

"aku malas lah nak layan kau. lagipun aku ada banyak benda nak kena buat."

aku jalan melepasinya dan hiraukan sahaja dahyun, tapi dia pegang tangan aku supaya aku tidak pergi dari situ.

"apa lagi?"

"kenapa awak dah tak sayangkan saya? dulu bukan ke awak sayangkan saya sangat-sangat?"

"ada ke orang nak sayangkan perempuan yang suka menipu macam kau? yang sanggup berdrama depan aku dan pura-pura suka aku semata-mata nak duit je?"

"kau dengan ayah aku sama je."

"yoshi, i'm sorry? okay, i'm promise lepas ni saya tak kan buat lagi. i'm promise."

nak minta maaf pun tak ada guna.

"kau pergilah. aku malas nak tengok muka kau."

aku nak tutup pintu dan biarkan dia tapi dahyun halang.

"sayang, please dengar penjelasan saya."

"okay cepat, aku dengar."

"masa tu saya terdesak okay. saya terpaksa tipu awak supaya saya boleh dapat duit dan saya buat semua ni sebab saya nak tolong abang saya selesaikan hutang dia. that's all. tapi saya memang betul-betul suka and sayangkan awak. saya tak tipu. please yoshi, give me one more chance."

nonsense

"dah? dah habis jelaskan? kalau dah, pergi balik and jangan datang lagi.

"okay, fine. kalau awak nak halau, awak halau je lah. tapi kalau ada apa-apa berlaku pada orang sekeliling, terutama orang yang awak sayang.. jangan salahkan saya. saya dah warning awal-awal. and awak jangan ingat yang saya tak tahu apa-apa tentang awak."

𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시Where stories live. Discover now