✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 20

610 97 4
                                    

"lee boram, cepat turun bawah and then breakfast." suara juyeon terdengar dari arah dapur.

"okay, kejap lagi aku turun."

kejadian tempoh hari masih segar bermain di fikiran aku. makin difikirkan, makin serabut aku dibuatnya.

"eh, pagi-pagi dah tak ada mood kenapa?"

"aku tak sihat lah." aku mengambil tempat di sebelah juyeon yang tak henti-henti mengunyah roti toast nya.

"habis tu hari ni kau nak keluar pergi mana-mana tak?"

"tak, aku tak nak keluar. aku nak rehat dekat rumah je."

"ha kalau kau tak nak keluar, kau pergi bagitahu yoshi yang kau tak nak keluar hari ni."

"maksudnya?"

"yoshi ada dekat luar. dari tadi dia tunggu kau." tersedak aku dibuatnya bila juyeon bagitahu yang yoshi ada dekat luar.

"dia ada dekat luar? ish kenapa tak bagitahu awal-awal?"

aku cepat-cepat lari ke luar dengan keadaan rambut aku yang agak serabai. aku tak kisah dengan penampilan aku, yang penting aku nak jumpa yoshi terlebih dahulu.

"yoshi? kenapa kau tak bagitahu yang kau ada dekat sini? kesian kau duduk dekat luar sorang-sorang."

"saje je, lagipun aku tahu yang kau akan keluar waktu-waktu macam ni."

"tak lah, aku tak keluar pun sebab aku tak berapa nak sihat hari ni."

"ouh ye ke. hm tak apa lah, kau rehat je lah. aku balik dulu okay. jangan lupa makan ubat."

"yoshi, aku dah besar lah. jangan risau, aku akan selalu makan ubat okay?"

"hm kalau macam tu, aku pergi dulu. bye."

"okay, bye."

bila aku pandang muka yoshi, air mata aku mengalir perlahan di pipi tanpa disedari.

"aduh, kenapa aku nak menangis pula ni."

-

"boram, seminggu ni aku dengan ayah tak ada dekat rumah tau sebab kitorang jaga mak dekat hospital." juyeon muncul dari tingkat atas sambil membawa beg galas dan beberapa barang yang lain.

"okay."

"kalau ada apa-apa yang kau perlukan, telefon aku je tau. dan kalau kau rasa selsema kau makin teruk pun call aku tau. aku sentiasa on telefon."

"ha kalau kau bosan, kau ajaklah aera dengan minsu datang rumah

"ye ye, aku tahu lah. adik kesayangan kau ni dah besar dah pun."

"tapi bagi aku kau masih lagi boram yang kecil. dah, aku pergi dulu okay. bye bye, jaga rumah elok-elok."

"ha yelah. bye bye, hati-hati tau."

rumah kembali menjadi kosong dan hanya aku sorang sahaja yang tersisa. mata aku melilau ke seluruh tempat untuk mencari sesuatu yang boleh hilangkan rasa sedih tapi tak jumpa.

aku masuk ke bilik dan tenung beg baju aku dengan lama. entah apa yang merasuki aku, tiba-tiba aku berfikir yang aku patut pergi dari sini.

pergi jauh

sehinggakan semua orang tak boleh jumpa aku

seperti lansung tak pernah wujud dalam dunia ni

terutamanya, yoshi

aku tak ada pilihan lain. aku akan larikan diri ke busan. aku tahu, idea ni agak tak masuk akal.

aku pergi ke busan dengan menaiki keretapi dan dijangkakan dari seoul ke busan mengambil masa 6 jam untuk sampai.

𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시Where stories live. Discover now