✎ 𝐜𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 16

599 108 12
                                    

aku dah mula rasa bosan sebab menunggu yoshi belajar.

"yoshi, lambat lagi ke kau nak siap?"

"kenapa? kau rasa bosan ke?"

"yelah, aku bukannya macam kau jenis ulat buku."

"yelah, jap. aku nak kemaskan barang-barang ni dulu."

"ha cepat sikit. aku tunggu dekat luar."

"okay."

aku menunggu yoshi di luar sementara dia mengemaskan barang-barangnya dahulu.

beberapa minit kemudian, barulah dia muncul kan diri.

"hai, dah lama tunggu?"

"memang pun. kau yang lambat sangat."

"yelah. jom kita balik."

/kring, kring, kring/
telefon bimbit milik yoshi berdering dan dia mengundur beberapa langkah untuk menjawab panggilan tadi.

mungkin privasi dia?

"boram, sekejap eh. aku nak jawab call ni."

"okay."

"hello?"

....

"tak ada lah. saya ada dekat library dengan kawan."

....

"sekarang ke?"

....

"okay okay, saya datang sekarang."

....

"okay terima kasih ye."

"kenapa? siapa call?"

"kawan ayah aku call."

"ouh, okay."

"hm boram."

"yes?"

"kalau kau balik sorang-sorang boleh tak sebab aku ada hal sikit nak kena uruskan, jadi aku tak dapat nak hantarkan kau balik."

"tak apa lah, aku faham."

"sekarang dah nak malam jadi kau terus balik je okay. jangan pergi mana-mana sorang-sorang tau. kalau ada orang ikut kau, kau lari je."

eleh, risaukan aku pula. malu kita.

"ye ye, dah cepatlah pergi."

"yelah, bye bye."

"bye."

-

sama seperti tempoh hari, ada yang mengekori aku daripada belakang. walaupun bunyikan tidak kuat, tapi aku semakin takut dan cuba untuk lari.

ish, siapa pula yang nak ikut aku ni.

aku cepatkan langkah dengan harapan supaya dia tak kan kejar aku lagi.

aku toleh ke belakang untuk tengok dari datangnya bunyi tadi, tapi tiada sesiapa pun yang mengekori aku.

bila aku pandang ke depan, ada seorang perempuan berpakaian serba hitam dan bertopi hitam berdiri betul-betul di hadapan aku.

"k- kau siapa?"

dia buka topi dan rupa-rupanya dia lah perempuan yang aku jumpa tempoh hari.

tapi maaf, dia tak begitu penting jadi aku tak nak ingat nama dia.

"kau nak apa?"

walaupun aku dah jumpa dengan dia dua kali, firasat aku mengatakan bahawa perempuan ni jahat.

𝐌𝐄𝐋𝐓 || 요시Where stories live. Discover now